𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 65

2.1K 62 4
                                    

Stripped sweater dan juga seluar jenis wide leg linen dikenakan pada tubuhnya dan itu cukup simple bagi gadis itu namun kelihatan attractive apabila orang lain memandang ke arahnya. Bak kata Zeyn gunalah pakaian yang sopan dan dia turuti sahaja arahan lelaki itu lagipun zaman 'pakaian seksi seksanya' sudah ditanam dan dikubur begitu lama.

Zeyn tersenyum senang melihat ke arah gadisnya. Sejuk sahaja dia melihat penampilan Nehza walaupun pada hakikatnya pakaian sopan itulah yang membuatkan dirinya tidak senang duduk dibanding dengan penampilan Nehza dulu.

"Apa? Ni tak cukup sopan lagi ke?" Nehza membelek-belek baju yang dia pakai. Sepertinya tidak ada pun yang salah dia kenakan baju itu, semuanya bertutup tapi kenapa pula pandangan Zeyn ke arahnya macam nak terkam dia pun ada juga.

"Bajunya sudah sopan cuma orangnya belum." lalu Zeyn membetulkan rambut Nehza yang sedikit kusut di tepi telinga gadis itu. Perfect.

Nehza mengerutkan dahinya. "I?" gadis itu menuding jari ke arah dirinya sendiri untuk meminta kepastian. Kenapa pula dia tidak sopan? Apa salah dia?

"Yes you. Sebab dah buat saya rasa macam nak...lebih sayang dekat thi rak." ujar Zeyn yang membuatkan Nehza mengerdipkan matanya berkali-kali kerana tidak faham akan maksud yang ingin lelaki itu sampaikan.

"Bukan you memang dah sayang dekat saya dengan lebih ke?" balasan Nehza itu sedikit sebanyak membuatkan Zeyn tertawa halus.
Lagi suka dia melihat Nehza yang seakan-akan begitu polos dan tidak mengerti apa-apa yang ingin dia sampaikan.

Tangan gadis itu dibawa ke bibirnya lalu mencium tangan Nehza dengan penuh lembut sebelum membuka pintu kereta untuk gadisnya itu.

"I love you too much sayang. I won't deny it. Masuk nanti sayang kepanasan pula dekat luar ni." arah Zeyn menyuruh Nehza untuk masuk ke dalam kereta dan gadis itu hanya menurut namun masih juga ada bingung-bingung yang terserlah di wajahnya.

Beberapa minit kemudian kelihatan kereta yang dipandu Zeyn itu mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan. Hari ini kerja di pejabatnya tidak begitu banyak jadi dia ada masa untuk menemani Nehza membeli barangan sekaligus meluangkan masa bersama gadisnya itu.

"Zeyn..." panggil Nehza apabila sedar lelaki itu tidak bersuara sebaik sahaja mereka bergerak menuju ke destinasi yang ingin dituju. Lelaki itu tersenyum lalu memandang sekejap ke arah Nehza dan berbalik semula ke arah pemanduannya.

Namun Nehza masih tidak meneruskan untukmenyambung ayatnya kerana mahu mengumpul keberanian untuk bertanyakan hal itu. Zeyn pula jadi risau kalau ada sesuatu yang menganggu fikiran Nehza.

"Sayang...just tell me what is it. No worry I'm fine." tutur Zeyn lembut. Nehza kembali memandang ke arah lelaki itu dengan tangannya yang dipegang erat untuk mencari keberanian bertanyakan hal yang ingin dia sampaikan.

"Err..." Nehza jadi gugup apabila sekali lagi panahan anak mata Zeyn melihat ke arahnya begitu mendalam. Hairan juga dia dengan dirinya yang dulunya bukan kemain berani menentang lelaki itu namun lama kelamaan dia pula yang tertunduk di hadapan Zeyn.

"Yes thi rak?"

"When we will get married? I...I just want to ask but if you can't answer it then it's okey. I understand." laju sahaja Nehza bertanyakan hal itu kerana semua perasaan bercampur aduk ketika ini. Aduh Nehza! Kenapa sampai ke situ otak ini fikirkan! Memalukan!

Ini membuatkan dia teringat akan kisah mereka semasa berada di Numana Alta yang mana Zeyn memberikan dia cincin dan menyarungkan cincin itu di jari manisnya. Sungguh dia rindu akan moment penuh romantik mereka semasa berduaan di negara orang. Nehza akui yang dia berasa selamat selama berada di samping lelaki itu.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now