𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 41

2.5K 87 9
                                    

Seperti rutin hariannya berada di tempat kerja, Nehza hari ini banyak menumpukan pada laptop kerana dia perlu menyiapkan design baru untuk hiasan restoran De'Chilio.
Kehebatan Nehza memang tiada siapa yang boleh jangkakan, namun sekali orang tahu dia juga bukan hanya gadis biasa malah luar biasa. Cuma mungkin IQ gadis itu tidak begitu menonjol, tapi kalau bercakap mengenai kemahiran usah dipersoalkan.

Bahang panas di ruangan bilik kerjanya telah memaksa Nehza untuk membuka dua butang baju long sleeve hitamnya. Tidak cukup dengan penghawa dingin, tingkap bilik juga dibuka luas.

Ah segar.

Dia kembali ke meja dan sempat menghirup Iced Latte yang dipesannya di sebuah cafe pagi tadi. Tekak yang kering tadi akhirnya basah juga.

"Good morning."

Laju Nehza mendongak memandang ke arah pemilik suara tadi. Alamak, dia lupa pintu bilik kerjanya tidak ditutup patutlah bosnya senang sahaja menyerbu masuk ke dalam.

"You nak coffee ke? Kebetulan tadi I singgah kat cafe. Alang-alang terus beli dua, satu untuk you." Daniel berdiri tepat di depan Nehza sambil menghulurkan minuman ke arah gadis itu. Namun matanya tertancap pada iced latte cup di tepi laptop Nehza.

"I dah ada. Bos pergilah bagi dekat staf lain. Thanks anyway." Nehza kembali fokus menghadap ke arah laptopnya dan membiarkan Daniel tidak dilayan di sana.
Namun lelaki itu seolah-olah tidak berputus asa pada Nehza. Malah Daniel berganjak menuju ke belakang kerusi yang diduduki oleh Nehza.

"You masih marahkan I ke? Apa yang terjadi kelmarin, I betul-betul nak minta maaf. I tak berniat pun nak buat you rasa tak selesa dengan I, malah ia sungguh menyakitkan hati jika layanan you pada I berubah tak seperti dulu." luah Daniel dengan nada yang begitu kesal. Dia rindukan Nehza yang hard to get berbanding yang tidak memberikan dia layanan langsung.

Sebenarnya Nehza sendiri pelik dengan perubahan sikapnya. Bukankah dulu dia suka mempermainkan hati sang lelaki?

"Ini tempat kerja. Bos seharusnya lebih professional berbanding pekerja. Kita boleh bercakap tentang ni di luar kerja tapi bukan pada waktu kerja. I sibuk, bos pun sibuk." tutur Nehza penuh serius. Jujur bagi Daniel, pandangan dan nada itu amat menyakitkan hatinya.

"I bukan kawan you lagi ke Nehza? Kenapa you layan I jauh berbeza dari sebelumnya?"
Pertanyaan Daniel itu lebih membuatkan Nehza bosan ingin mendengarnya.

"Bos...I dah kata kan? Ini tempat kerja. Lagi satu I tengah buat kerja ni." Semakin geram nada Nehza di situ. Nak buat kerja pun tidak senang. Memangnya majikan dia ini tak ada kerja lain ke?

Raut wajah Daniel nampak semakin berubah mood. "Nehza...I ada buat-" tutur kata Daniel terhenti sebaik sahaja Nehza bangun dari tempat duduk dalam keadaan yang tegang.

"Daniel! Kau keluar sekarang!" tak pasal-pasal Nehza meninggikan suaranya ke arah majikannya sendiri. Siap menukar panggilan dari 'you' kepada 'kau'. Nampak sangat gadis itu begitu marah sekali. Mungkin ini pertama kalinya dia meninggikan suaranya ke arah Daniel dan sudah tentu lelaki itu akan terasa.

Tanpa menunggu Daniel melakukan seperti apa yang dia arahkan, Nehza terlebih dahulu ingin meninggalkan ruangan bilik kerja namun satu bala pula datang. Kakinya tersadung pada kaki milik Daniel di belakang membuatkan gadis itu jatuh begitu sahaja di hadapan Daniel tanpa sempat lelaki itu menyambutnya.

Ingin Daniel menghulurkan bantuan namun Nehza menepis kasar tangan lelaki itu diiringi dengan satu dengusan kasar. Perkara itu makin membuatkan Daniel tercabar tak terkata. Baginya, imej dia sebagai lelaki begitu direndahkan oleh Nehza.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now