𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 27

2.8K 71 0
                                    

Dua bag bagasi ditarik Zeyn sementara itu Aria berjalan beriringan bersamanya memasuki kawasan lapangan terbang yang sudah pun dihujani ramai pengunjung dari pagi tidak kira pengunjung dari luar bahkan dari dalam negara namun itu kelihatan agak se...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua bag bagasi ditarik Zeyn sementara itu Aria berjalan beriringan bersamanya memasuki kawasan lapangan terbang yang sudah pun dihujani ramai pengunjung dari pagi tidak kira pengunjung dari luar bahkan dari dalam negara namun itu kelihatan agak sesak sedikit.

"Aria awak dekat dengan saya lagi. Ramai orang ni, kita tak tahu benda buruk atau bahaya akan berlaku." Ujar Zeyn sambil melilau memandang ke arah sekeliling yang sesak dengan manusia. Aria hanya menurut arahan itu dan Zeyn memang betul. Di lapangan terbang ini pun sudah beberapa kali benda bahaya berlaku jadi ada baiknya mencegah daripada mengubati sebelum nasi menjadi bubur.

Bahkan apabila bahu Aria bersentuhan dengan bahu Zeyn, lelaki itu nampak tenang di situ. Tak ada kata rimas mahupun kata kasar apalagi menolak gadis itu. Bagi Zeyn, gadis seperti Aria sudah memenuhi cita rasanya walaupun nampak biasa sahaja tetapi hati gadis itu kelihatan sungguh luar biasa.

"Bila awak dah sampai kat sana, jangan lupa call saya. Awak akan tinggal dengan kawan awak betul?" Tanya Zeyn lagi minta kepastian.

"Tuan tak perlu risau saya tinggal dengan kawan satu universiti saya jadi tak ada masalah." Balas Aria cuba menenangkan Zeyn kerana sejak hari itu lagi Zeyn tidak pernah tidak menunjukkan rasa kecewanya terhadap dirinya. Sehinggakan Aria merasakan dia tidak layak bersama dengan Zeyn yang begitu sempurna di matanya. Sedangkan dirinya sudah hanyut di lembah kegelapan sebelum mengenali Zeyn.

"Macam mana saya tak risaukan awak Aria.
Tapi saya cuba hantarkan orang untuk pantau keselamatan awak dekat sana. Saya takut kalau...kalau..."

"Mungkin saya terlalu berfikiran sejauh ini. I mean overthinking." Zeyn kesal seketika dengan kata-katanya. Ini bukan waktu yang tepat untuk dia mengatakan perkara ini kepada Aria kerana dia hanya akan menakutkan gadis itu.

Aria mengusap perlahan bahu Zeyn. Dia tahu apa yang lelaki itu fikirkan dan dia dapat mengagak apa yang ada dalam otak lelaki itu ketika ini. Namun apa yang telah berlalu dia tidak ingin untuk mengingatinya lagi. Waktu bukannya boleh diputar semula melainkan terus berdetik menunggu masa hadapan yang belum pastinya baik ataupun buruk.

"Saya tahu yang tuan takut jika ada apa-apa yang berlaku pada diri saya. Tapi saya janji selagi kita berdua tak bertemu semula, selagi itu saya akan sentiasa bersemangat untuk pulang kembali ke sini. Awak tunggu saya berapa lama pun saya akan tetap pulang." Kata Aria yang terlihat begitu bersungguh-sungguh menyakinkan Zeyn.

"Tapi kalau keadaannya berbeza? Macam mana?'' Tanya Zeyn pula. Berkerut kening Aria mendengar pertanyaan itu. Dia sama sekali tidak faham.

"Maksud awak?"

"Awak suruh saya tunggu selama 3 tahun tapi kalau dalam tempoh masa ni hati saya dah berubah awak takkan marah? Awak takkan sakit hati?" Ujar Zeyn dengan nada seriusnya.

Aria ketawa perlahan. "Awak cintakan saya dan saya yakin awak akan setia." Jawapan Aria itu lagi membuatkan Zeyn berasa kesal.
Iya memang Zeyn tulus, ikhlas, setia, sayangkan Aria namun susah sangatkah  Aria ingin menerimanya terus menjadi pendamping hidupnya. Kalau tidak pun mereka akan bercinta dulu biar semua orang tahu yang Aria adalah miliknya.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now