𝗚 𝗨 𝗧 𝗭 | 14

4K 87 0
                                    

Sampai sahaja di depan pintu rumah banglo dua tingkat itu, tangan doktor Kim terus naik mengetuk pintu kayu itu sebanyak dua kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di depan pintu rumah banglo dua tingkat itu, tangan doktor Kim terus naik mengetuk pintu kayu itu sebanyak dua kali. Ketika datang ke rumah Nehza menggunakan alamat yang dihantar oleh puan Rafifa tadi, doktor Kim dapat merasakan yang rumah di hadapannya sekarang seakan-akan sunyi. Dengan kawasan perumahan yang berjarak jauh dari satu tempat ke tempat lain, memperlihatkan rumah itu memang terlihat sunyi.

Cuma ianya menenangkan para pengunjung yang datang melawat ke rumah kediaman Nehza ini. Mata doktor Kim sempat melilau memandang kawasan rumah itu yang dilengkapi dengan taman yang menghijau di tepinya. Segar sahaja dia memandang kawasan rumah ini.

KREET.

Kepala terus laju menoleh ke arah pintu. Laju sahaja doktor Kim menunduk kepalanya apabila melihat wanita yang jauh lebih tua darinya terpacak berdiri di hadapannya dengan wajah yang penuh serius.

"Doktor Kim betul?"

"Ya saya puan. Maaf jika terlambat sampai. Keadaan cik Nehza ada perubahan ke?" ujar doktor Kim penuh dengan sikap santunnya. Puan Rafifa membuka luas pintu rumah dan mempersilakan doktor Kim masuk ke dalam. Nampak segak, tampan dan hormat sahaja puan Rafifa melihat doktor Kim sedari tadi.

"Tak adalah lambat. Nehza ada dekat bilik tu, keadaannya ada perubahan sedikit cuma panas di badannya semakin menjadi-jadi. Saya tak tahulah macam mana ubat tu bekerja di dalam badan dia sampai macam tu sekali effects yang anak saya dapat." keluh puan Rafifa dan berharap sangat agar anaknya akan pulih dalam minggu ini.

"Jangan risau puan. Itu hanyalah effects biasa yang tak berat. Mungkin ambil masa sehari atau dua hari untuk dia pulih. Lepas ni saya akan bagi dia ubat serta suntikan dan pastikan ubat itu dimakan mengikuti masa yang sudah ditetapkan." jelas doktor Kim.

Puan Rafifa angguk. Dia pun segera membawa doktor Kim ke bilik anaknya namun kali ini Nehza berpakaian sopan atas arahan ibunya sendiri. Jadi tidak ada risaunya kalau doktor Kim masuk ke dalam bilik Nehza lagipun dia akan ada di dalam bilik anaknya sepanjang rawatan dijalankan.

Doktor Kim meletakkan semua peralatan check-up serta ubat di atas meja bilik Nehza yang ada di sebelah katil. Gadis itu hanya terbaring dan memejamkan matanya. Dia nampak begitu lemah lagi-lagi ada konflik bersama dengan Zahra. Siapa yang tak sedih?waktu-waktu macam ini juga dia terpaksa berdepan dengan situasi begini.

Nehza membuka kelompak mata apabila terasa ada benda yang menunduk di sebelah tangan kirinya. Pedih dan sakit. Namun, lebih pedih apabila terpaksa menjauhi kawan baiknya yang mungkin akan jadi Ex-bestfriend.

"Cik Nehza, kamu kena cepat sembuh. Makan ubat yang saya dah sediakan di atas meja. Don't ever miss to take the medicine. It's good for your health. I wish you get well soon." mata doktor Kim menatap lama mata Nehza yang kelihatan ada bekas air mata di sana. Apakah gadis ini terlalu kesakitan sehinggakan air matanya keluar.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now