𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 45

2.4K 91 5
                                    

Petang yang masih segar-bugar, dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyedarkan Nehza dari tidurnya. Alamak, tidur kat dalam bilik kerja pula.

Whut! Apa?

Jam 6 petang. Berapa jam I tidur?

"Seronok tidur?"

Ah! Suara itu lagi! Kenapa ya Daniel ini.

"Bos buat apa kat dalam bilik kerja ni?" ujar Nehza, sedikit risau kalau Daniel sengaja memerhatinya sejak dia terlena tidur.

"You nak I kunci you. Nasiblah I sedar yang you belum keluar." kata Daniel namun Nehza sedar yang pandangan itu lain semacam. Tidak mahu berfikir panjang, Nehza mengambil laptonya dan beg tangan lalu keluar dari bilik kerja.

Daniel pula terus menerus memandang Nehza yang berlalu pergi meninggalkan ruang kerja. Nasib baik I tak buat lebih dari itu Nehza. Tidak apa, kita tunggu dekat Italy nanti.

Nehza pulang dengan teksi pada petang itu. Namun hatinya sedikit tidak tenteram. Seorang Nehza tak pernah lagi memecahkan rekod tidur di dalam bilik kerja. Kenapa hari ini dia rasa lain macam? Macam tak nak bangun sekali.

Apasal rambut I terurai? Bukankah I ikat ponytail.

Nehza sekali lagi memastikan bahawa tiada lagi benda lain yang mencurigakan. Nasib baiklah rambut sahaja yang terurai. Risau juga dia dengan Daniel, kerana baginya lelaki itu memang tak boleh dipercayai langsung.

I kerja di restoran De'Chilio pun disebabkan ingin melangsaikan kad kredit itu. Dan jujur I tak tahu siapa pemilik restoran itu pada mulanya. Sabar Nehza, sikit lagi ni. Lepas dah berjaya kumpul duit bolehlah keluar dari bangunan itu.

"Pak cik, turunkan saya di alamat ini ya." Nehza menghulurkan satu kad. Tertera alamat rumah keluarganya dulu. Dia ingin kembali ke rumah itu setelah kejadian yang berlaku semalam. Dia tidak ingin dan tak akan mahu melalui perkara itu sama sekali.

"Baik cik."

Sampai sahaja di kawasan rumah yang masih teguh di situ, Nehza memberikan wang kepada pamandu teksi sebelum keluar.

"Terima kasih pak cik."

"Sama-sama cik."

Nasib baiklah ada kunci pendua yang disimpan untuknya sebagai emergency. Kalau tidak memang payah dia nak ambil semula kunci rumah di tempat encik Sergio.

Mengingat nama itu membuatkan Nehza terfikir sesuatu. Akankah orang tua itu mencarinya? Ya sudah pasti. Tak, dia tak boleh tahu keberadaan I kat mana. Bahaya jawabnya.

Satu pesanan dihantar kepada ibunya.

Malam ni Nehza mungkin akan balik lewat. Kawan sekerja bawa ke rumah untuk sambut birthday party. Mama take care🤍

Bukan berniat ingin menipu namun dia tidak ada cara lain. Maafkan Nehza ibu.

"Okey settle. Sekarang ni nak kena sediakan makan malam untuk Zeyn pula."

Seperti biasa, Zeyn akan bertemu dengan Zariel di sebuah cafe. Katanya ada berita baik. Baik dari segi mana, itu Zeyn sendiri tidak tahu. Harap-haraplah betul-betul baik.

"Long time no see. Macam kau ni baru keluar dari gua." ujar Zariel dengan tawanya.

"Aku yang baru keluar dari gua ke kau yang dah bahagia." balas Zeyn pula. Masing-masing dengan tawa sendiri.

"Ha iyalah memang dah bahagia sangat sekarang ni. Sejak bercerai." tenang dan santai sahaja Zariel bersuara ketika itu. Siap rambutnya diflip ke belakang.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now