𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 63

1.4K 37 2
                                    

Penerbangan yang memakan masa selama 6 jam itu, akhirnya telah membawa Naufal ke destinasi yang ingin ditujunya. Tidak lain tidak bukan rumah ayah angkatnya, encik Elnaz. Sekitar pukul 10 pagi telah cukup memberikan dia semangat di pagi hari untuk bertemu dengan manusia yang baginya telah membohongi dia selama ini.

Villa bertingkat dua itu ditatap penuh tajam dan hatinya juga memainkan irama yang penuh seolah-olah ada yang berapi di situ. Naufal melepaskan kaca mata hitamnya seraya tidak melarikan pandangannya apabila melihat keluarga itu tengah berkumpul di halaman villa.

Aman dan damai itu yang Naufal boleh huraikan apabila melihat kebahagiaan di antara Nancy, Noah dan encik Elnaz walaupun bilangannya sikit tetapi cukup membuatkan hatinya cemburu dan panas melihat mereka di sana.

Tidak lupa juga pada masa itu Naufal ditemani oleh Zahra Yumna, kekasihnya yang tidak akan pernah lagi meninggalkan Naufal di mana pun lelaki itu pergi. Beruntunglah Naufal masih ada yang setia padanya. Dan itu sebabnya lelaki itu tidak pernah melepaskan Zahra darinya tambahan lagi mengetahui yang Zahra pernah berkahwin dengan Zariel.

"Zahra awak nak ikut saya atau nak tunggu kat dalam kereta ni?" ujar Naufal.

"You kan nak bincang tentang masalah keluarga dan ada baiknya kalau I tak ganggu you buat masa ini. You pergilah but make sure selalu hati-hati." Zahra sempat mengusap belakang badan lelaki itu seraya tersenyum kecil.

Naufal membalas senyuman itu dan mengucup kening Zahra sebelum keluar dari perut kereta. Seketika, pandangan keluarga itu kini beralih ke arahnya dan Naufal memang membalas tatapan mereka satu per satu.

"Welcome back son." encik Elnaz tetap tersenyum walaupun tiada khabar yang disampaikan oleh Naufal bahawa dia akan pulang menjenguk mereka. Bagai angin sahaja kehadiran lelaki itu dan nasib baiklah
Naufal masih tetap dipelawa oleh keluarga angkatnya.

Satu dokumen yang dibawa oleh Naufal menjadi tatapan Noah dan Nancy seketika.
Dan Naufal tersenyum sinis ketika itu, malah tidak langsung ada sikap hormatnya pada encik Elnaz ketika itu.

Dokumen tersebut dihempas kasar di atas meja dan tindakannya itu cukup kurang ajar bagi Nancy yang sememangnya berperwatakan tegas. Sempat dipandangnya Naufal dengan penuh tajam ketika itu.

"Berapa lama lagi nak sembunyikan bahawa Naufal ni hanya anak angkat? Patut pun harta itu diturunkan pada Nehza dan bukannya Naufal. Kalau encik nak siksa sangat Naufal, buat apa nak jadikan Naufal anak angkat? Huh?" begitulah barannya seorang yang bernama Naufal Dinar.

Encik Elnaz diam tanpa bereaksi. Namun tetap kelihatan cool di sana. Itu rupanya hal yang dibawa oleh Naufal yang sememangnya sudah diketahui lama oleh Nancy dan Noah sendiri.

"Jadi kau datang ke sini semata-mata nak tunjukkan dokumen ni? Buang tenaga saja kau Naufal!" ujar Nancy lalu menolak tepi dokumen itu. Noah pula hanya tersenyum sinis di sebelah adiknya. Sungguh membazirkan masa ya Naufal.

Naufal memandang encik Elnaz dan dua adik-beradik angkatnya itu bersilih ganti.
Kenapa mereka hanya bereaksi kosong?
"Aku datang memang nak bazirkan masa aku...tapi lebih membuang waktu kalau selama-lamanya terpuruk dalam penipuan encik Elnaz!" penuh geram Naufal mengatakan kata-katanya.

"Eh kau boleh tak simpan baran kau tu sebelum datang ke sini. Lagi satu tolong hormat daddy yang dah besarkan kita selama ini. Hargai daddy. Bukannya datang-datang terus bagi layanan seperti itu dan kalau kau tak puas hati sangat, Naufal boleh pulang sekarang." jari telunjuk dituding ke arah pagar rumah. Begitulah Nancy yang memang kasar sikit orangnya dan kadang Naufal sendiri tidak tahan dengan sikap Nancy itu.

Encik Elnaz berdiri dari tempat duduknya dan kini berdiri tepat dihadapan Naufal. Kedua-dua bahu Naufal dipegangnya erat.

"Memang itu salah daddy maafkan daddy. Tetapi bukankah Naufal sendiri yang tidak mahu mendengar penjelasan daddy ketika itu? Apa Naufal terlupa akan hal itu? Berkali-kali daddy minta supaya Naufal kena faham kenapa waris diturunkan pada Nehza dan bukannya Naufal, tapi Naufal sendiri yang pergi membuat keputusan sendiri."
tenang sahaja encik Elnaz berkata ketika itu.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now