𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 74

964 34 1
                                    

Di sudut lain, kelihatan Aria Evengeline yang sedang berpeluk tubuh seraya tersenyum sinis. Grandma Nuha juga ada di sampingnya melihat perbicaraan encik Sergio dengan beberapa ahli mahkamah yang lain mengenai kes -kes yang telah dilakukan oleh encik Sergio selama ini.

Bukti sangat kukuh mengatakan yang encik Sergio memang bersalah dan akan menjalani hukuman berat mengikut kanun seksaan sesuai dengan hukumannya. Aria berpuas hati dengan hasil kerjanya selama ini untuk memberikan dunia melihat betapa kejamnya seorang insan yang bernama encik Sergio.

Begitu juga dengan grandma Nuha yang akhirnya mendapat ketenangan setelah encik Sergio berjaya diberikan hukuman. Dia sendiri tidak menafikan semuanya menjadi huru-hara dengan rancangan yang telah encik Sergio rencanakan setelah dia menghilang.

"Kamu memang hebat, Aria. Grandma akan sentiasa ingat jasa kamu ini. 2 minggu akan datang, kita akan kembali ke tanah air. Puan Feroza dah tahu akan hal ini namun menantu nenek itu belum tahu keberadaan nenek. Tidak mengapa. Apabila kita dah sampai sana nanti grandma akan jelaskan semuanya kepada mereka." ujar grandma Nuha.

Dia tahu memang banyak perkara yang sudah berlaku sehinggakan puan Feroza dan puan Rafifa bermusuhan hanya kerana kesalahfahaman yang telah berlaku disebabkan rencana encik Sergio. Namun dia akan pastikan semuanya akan kembali dalam keadaan baik apabila dia tiba di sana.

Aria segera memeluk grandma Nuha penuh erat. Jujur dia katakan yang grandma Nuha menjadi sumber kekuatan dirinya selama ini. Bermula dari bawah sehingga ke atas, grandma Nuha sentiasa ada di sampingnya dan tidak pernah pergi meninggalkan dirinya.

"Terima kasih grandma. Aria sayang sangat grandma banyak-banyak." girang gadis itu seraya mencium pipi grandma Nuha penuh gembira. Terima kasih Tuhan, akhirnya semua beban yang hambaMU tanggung selama ini digantikan dengan kebahagiaan.

"Kalaulah grandma ni masih ada anak lelaki yang seumuran dengan kamu dah lama grandma perkenalkan kamu berdua. Tapi tak apalah grandma dah anggap kamu ni macam cucu grandma yang paling grandma sayang." ucap grandma Nuha seraya tersenyum dan mengusap kepala Aria.

Aria mencubit manja tangan grandma Nuha, terasa geli hati apabila grandma Nuha berkata sedemikian. Namun ada satu nama yang terlintas di dalam fikirkan mereka berdua ketika itu iaitu Zeyn Ezdan. Siapa yang tak kenal dengan jejaka yang satu ini. Apatah lagi Zeyn itu cucu kesayangan grandma Nuha.

"Kalau cucu grandma yang satu itu..." grandma Nuha berfikir sejenak. Aria hanya tersenyum. Bahkan dia sendiri sudah tahu yang Zeyn sudah menemukan buah hatinya.
Dan Aria yakin dalam hati lelaki itu, hanya tertulis satu nama sahaja iaitu Nehza Haura.

"Grandma... Zeyn dan Nehza adalah pasangan yang terbaik. Aria doakan kebahagiaan mereka berdua berpanjangan melainkan ajal maut datang." ucap Aria penuh ikhlas. "Tapi macam yang grandma tahu, ada salah faham antara puan Feroza dan juga puan Rafifa menjadikan hubungan mereka itu kekok. Jadi..." Aria sengaja mematikan ayatnya.

Grandma Nuha memang sudah sedia maklum mengenai hubungan puan Feroza dan puan Rafifa namun dia akan pastikan apabila dia sudah sampai di tanah air, tiada lagi perselisihan faham yang berlaku. Tapi suka pula dia dengar yang cucunya, Zeyn sudah mempunyai buah hati.

Nehza Haura? Thanks god.

"Aria nak grandma tolong sesuatu kan?" tebak grandma Nuha seakan-akan tahu apa yang ada di dalam fikiran Aria. Gadis itu mengangguk penuh semangat.

Kedua-dua mereka pun terus tergelak dan berharap agar semua rancangan yang akan mereka susun nanti mencapai misi yang telah ditetapkan.

"Aria harap rancangan itu memuaskan semua pihak."

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now