𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 23

3.2K 69 3
                                    

"Embok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Embok..."

"Embok..."

Embok Tuminah yang terkejut dengan jeritan Aria itu segera melepaskan penyapu yang digunanya untuk membersihkan ruang stor. Namun kerjanya terhenti apabila jeritan Aria iaitu anak saudaranya membuatkan dia berlari pergi mendapatkan gadis itu.

"Embok ada dekat sini Aria. Apa dah jadi? Jangan buat embok takut dan risau di sini Aria." Kata embok Tuminah dengan degupan jantung yang payah nak cakap lagi. Memang sudah berdegup penuh laju kerana jeritan Aria itu seakan-akan ada yang berlaku.

Aria yang terdengar sahutan embok Tuminah segera berlari ke arah kiri. Senyuman lebar menghiasi bibirnya dengan gaya yang kelihatan seperti ada sesuatu yang membuatkan gadis itu teruja sejauh ini. Mungkin itu adalah berita gembira.

"Hati-hati Aria jangan melompat sangat kang jatuh nanti embok tak nak rawat Aria." Embok Tuminah pula yang risau melihat keadaan Aria sebegitu. Melompat seperti kanak-kanak riang sahaja dilihatnya. Apa saja berita gembira pagi ini yang membuatkan anak saudaranya terlalu teruja begini.

Tercunggap-cunggap Aria menahan nafas kerana berlari dari luar rumah hanya untuk mendapatkan embok Tuminah yang berada di luar stor. Pagi ini bukan lagi pagi malang baginya namun pagi yang penuh keberkatan untuknya.

"Tarik nafas perlahan-lahan dan hembus. Jangan gopoh nak bagitahu embok apa yang jadi. Ambil nafas dan tenangkan diri dulu." Kata embok Tuminah seraya mengusap bahu anak saudaranya.

"Embok nak tahu tak? Pagi ni posmen datang dan hantar surat dekat Aria. Embok nak tahu apa? Aria dapat surat tawaran sambung belajar dekat Australia Melbourne. Aria excited embok...Aria tak tahu nak cakap apa lagi. Aria terlalu gembira. Gembira sangat!"

Gadis itu melompat kegirangan sambil memeluk tubuh embok Tuminah penuh erat. Air mata tanda kesyukuran mengalir di pipinya dalam masa yang sama. Embok Tuminah juga bangga dan sudah semestinya dia turut berasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh Aria.

"Tahniah Aria! Kamu sudah buat yang terbaik dan jangan lagi lepaskan peluang ini. Ingat ya...embok selalu ada dimanapun untuk memberikan sokongan moral kepada Aria. Jangan tolak lagi tawaran ini. Teruskan perjalanan kamu Aria, biar masa depan kamu akan jadi lebih cerah."

Itulah kata-kata semangat yang embok Tuminah berikan kepada Aria. Walaupun dia sedih kerana terpaksa berpisah dengan Aria namun dalam masa yang sama dia perlu memahami masa depan gadis itu adalah lebih penting. Aria sememangnya berhak untuk mendapatkan kebahagiaan seperti ini dan dia pasti akan menjadi seseorang yang sentiasa memberikan Aria semangat.

"Tapi-"

"Tak ada tapi tapi lagi. Embok di sini akan selalu jaga kesihatan dan embok tak akan keseorangan pun di sini. Lagipun embok kena jalankan tanggungjawab embok untuk jaga keluarga Zeyn. Dalam masa yang sama embok juga sentiasa jaga Aria walaupun selepas ini Aria jauh dari embok. Jangan risau...embok akan selalu doakan Aria dari jauh dan Aria kena janji dengan embok yang Aria tidak akan menyesal lagi."

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now