𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 19

3.4K 78 0
                                    

Kedengaran begitu jelas bunyi dentam dentuk muzik DJ di ruangan villa mewah dua tingkat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedengaran begitu jelas bunyi dentam dentuk muzik DJ di ruangan villa mewah dua tingkat itu. Tetamu yang datang sudah ada yang syok sendiri mendengar bunyi muzik yang tak ubah seperti bunyi di ruang kelab malam.

Nehza hanya mengelamun panjang memandang ibunya dan encik Sergio yang sudah pun bersanding di pelamin malam ini. Tak ada perkara yang banyak dia nak katakan, cukuplah orang tahu yang dia sebenarnya tidak rela perkahwinan ini terjadi.

Bunyi kaca berlagi kedengaran di sana, dia melihat ada sekawan kumpulan yang mengelilingi meja bulat sambil minum bersama-sama. Nehza pula hanya kaku berdiri di depan pintu dapur tanpa ada sesiapa yang perlu dia bicarakan.

Cocktail disedut masuk ke dalam mulut membiarkan tekaknya basah kerana dia memang dahaga sejak tadi. Mujur sahaja ada pembantu yang menghantar minuman kepada setiap tetamu dalam setiap masa.

Perkahwinan puan Rafifa dan encik Sergio mungkin kelihatan tidak mewah kerana majlis mereka diadakan di villa yang baru sahaja dibeli oleh encik Sergio khas untuk mereka bertiga namun bagi tetamu yang hadir mereka cukup teruja dengan setiap perhiasan yang digunakan dalam majlis mereka. Semuanya mewah-mewah belaka.

Nehza juga tidak nafikan yang villa ini memang mempunyai keluasan begitu besar dan jika dilihat setiap decoration dan susun atur dalam rumah ini, dia sendiri pun boleh telan air liur agaknya. Entahlah kenapa encik Sergio begitu sanggup membelikan villa ini sedangkan encik Sergio tahu yang dia belum dapat menerima bahawa encik Sergio akan menjadi ayah tirinya.

Khabar perkahwinan ini juga tidak hanya kawan-kawan rapat sahaja yang tahu namun perkahwinan ini melibatkan media yang membuatkan banyak orang mengetahui akan hal ini termasuk keluarga lama Nehza.

Tanpa mereka sedari, encik Elnaz sebenarnya sakit hati mendengar akan khabar tersebut. Jauh di dalam sudut hatinya dia dapat merasakan seolah-olah ada hempapan batu besar di sana. Dia kenal encik Sergio orangnya macam mana. Mana mungkin dia bisa membahagiakan bekas isterinya dan juga anak bongsunya.

Tapi encik Elnaz tidak mahu membiarkan perasaan kecewa dan sedihnya diketahui oleh tiga lagi orang anaknya yang tinggal bersama dengannya. Sekadar hati dia sendiri yang tahu macam mana perasaan dia ketika itu.

Bercakap mengenai hal kebahagiaan, mungkin encik Elnaz sendiri tidak berhak bercakap mengenai hal itu. Dia sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan bekas isterinya dan juga anak bongsunya. Jadi dia tidak ada hak untuk bercakap sebaliknya hanya mampu mengatakan di dalam hati.

Nehza menjegilkan matanya apabila seseorang nampak begitu sengaja sekali melanggar bahunya. Takkan mata tu tak nampak yang  I terang-terang berdiri macam patung kat depan sini.

"Cik...maaf...maaf." pembantu yang menghantar minuman terus menunduk kepalanya beberapa kali ingin meminta kemaafaan dari Nehza. Namun matanya seperti takut-takut memandang ke arah lain cuma Nehza tidak sedar akan hal itu.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now