𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 72

1.9K 58 1
                                    

Tubuh encik Elnaz dipeluk penuh erat oleh anaknya, betapa rindunya Nehza dengan seorang insan yang bergelar ayah. Bayangkan beberapa tahun berpisah kerana satu perceraian yang menyakitkan antara ibu dan ayahnya. Nehza bahkan tidak mampu untuk bersuara apabila dia masih berpeluang untuk berada dalam dakapan sang ayah tercinta.

Momen itu diperhati oleh Zeyn, puan Rafifa serta adik beradik angkat Nehza yang lain.
Rasa syukur dan berterima kasih tidak putus-putus diucapkan oleh Nancy dan Noah. Sebenarnya mereka sendiri tidak menyangka bahawa ayah mereka membawa mereka balik ke tanah air apabila mendengar berbagai-bagai berita dan penipuan yang dilakukan encik Sergio dan juga Naufal.

Emergency flight. Ya, itulah yang mereka lalui siang tadi. Nancy faham kalau selama ini, kebencian ayah mereka terhadap puan Rafifa bukanlah suatu yang nyata melainkan hanya kepuraan.

Bila ditanya masih ingat? rindu? cinta?sayang? dijawabnya hanya Tuhan yang tahu. Itu bermakna hatinya tidak sepenuhnya membenci bekas isterinya. Tambahan pula, dari perlakuan ayah mereka, jelas kelihatan dia susah untuk melupakan satu-satunya cinta pertamanya.

"Maafkan ayah, sayang." encik Elnaz membelai rambut anaknya. Ya, perasaan serba salahnya menghuni di dalam hati ketika itu lebih-lebih lagi apabila dia mendapati yang Nehza sering kali diganggu oleh musuh di sekitar.

Nehza melepaskan pelukan perlahan. Air mata pula ditahan semampu yang boleh agar tidak jatuh membasahi pipi. Dia kena kuat walau macam mana cara sekalipun, sebab itu dari kecil ayahnya tidak pernah mengajar dirinya untuk tampil lemah.

Dan kekuatan itu juga menjadi sumber untuk dia mempertahankan dan melindungi diri bahkan ibunya juga. Dia percaya bahawa inilah rancangan yang Tuhan berikan kepadanya yang sudah pasti membawa maksud walaupun pada mulanya tidak seindah pelangi.

"Nehza tak pernah salahkan papa mahupun mama. Apa yang berlaku selama ini hanyalah ujian yang Tuhan berikan kepada kita semua. Jujur Nehza pernah hampir saja menyerah tapi Nehza tahu yang Tuhan hanya menguji kita." gadis itu tersenyum manis dan encik Elnaz bangga, betapa tumbuhnya anak perempuannya itu menjadi dewasa dari segi tutur bicaranya.

"Kamu anak yang baik. Papa tahu anak papa kuat. Maafkan papa ya, sayang." sekali lagi encik Elnaz mendakap penuh kasih sayang anak perempuannya itu. Ya bertahun lama berjarak dengan anak kandung dan bekas isterinya itu bukanlah semudah yang dibayangkan. Banyak onak dan duri yang tajam dia hadapi.

Nehza tersenyum manis. Sesekali ayahnya mengusap belakang badannya sekali lagi, terdengar keluhan kesakitan dari gadis itu.

Cemas terus encik Elnaz dibuatnya apabila melihat raut wajah anaknya itu yang seakan-akan menahan sakit.

"Zeyn tolong bawa Nehza ke hospital. Nehza, papa kena selesaikan hal Naufal malam ini juga. Jadi kamu kena beristirahat di wad sehingga pulih kembali. Selepas papa selesai dengan urusan ini, papa akan datang melawat kamu."

"Hati-hati pa."

Encik Elnaz tersenyum seraya mengangguk.

"Noah, Nancy kamu pergi temankan Nehza dan ibu kamu. Sekarang. Sekejap lagi daddy akan menyusul selepas urusan dengan Naufal selesai." ada kata-kata yang sedikit mengejutkan mereka di sana. Nancy dan Noah berpandangan seketika namun tidak tahu bagaimana hendak memberikan reaksi.

"Baik daddy. Hati-hati." setelah itu kedua-dua mereka terus menyusul puan Rafifa dan Nehza yang sudah berada di dalam kereta.

Sepanjang perjalanan ke hospital, tangan kiri Zeyn setia mengenggam tangan Nehza manakala tangan kanannya pula memegang streng kereta. Sekilas dia memandang wajah gadis di sebelahnya membuatkan Zeyn rasa seperti ingin menghukum dirinya atas kesilapan yang telah dia lakukan.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now