𝗚 𝗨 𝗧 𝗭 | 2

8.6K 163 0
                                    


Pulang lewat malam macam ni pun, lampu rumah masih berpasang dengan terang benderang kat sana. Entahlah, membazir betul. Nehza Haura menghembuskan nafas berat sambil menutup pagar rumah semula.

"Mom...open the door." panggil Nehza dari luar.

Pintu berukiran kreatif itu diketuknya berulang kali. Masih tiada sahutan. Sunyi. Tetapi lampu rumah berpasang pula. Nehza pasrah. Takkanlah dia nak ketuk pintu ni hingga di subuh hari kan?

"Mom!!!!" Teriakan dari seorang Nehza mampu mengegarkan bawah tanah. Kan dah marah tu. Hello, kaki aku ni bukan kaki gajah ke kaki ziraffe. Kaki aku ni kaki jenis manusia yang akan terasa sakit bila berdiri terlalu lama.

Tidak berapa lama pintu pun dikuak dari dalam dan terpanculah wajah garang ibunya. Marahlah tu. Dah aku ketuk berulang kali takkanlah tak dengar. Rumah ni bukannya kedap bunyi pun.

"Awal sangat Nehza balik hari ni kan?"

Ha tu pakai lagi bahasa terbalik kat sana, ingat Nehza tak faham ke mama?

Nehza menjeling tajam. Kasut tinggi dibiarkan di atas rak apa yang penting dia nak mandi dan terus tidur. Hm pasal jahitan tu, dia tipu je sebenarnya. Hello, girls kalau ada lelaki yang nak bawa kitaorang bersiar pada lewat malam better we reject.

Fahamlah apa maksud I kat sana.

"Dah bisu ke? Atau pekak?" Tanya puan Rafifa Sophea lagi.

"Kedua-dua sekali. Kenapa? Dah nampak kan Nehza pulang lewat nak tanya lagi kenapa. Dahlah mum, Nehza penat ni malas nak bertekak." Balas Nehza dengan nada yang masih terkawal.

"Habis tu? Mama tak penat bekerja seharian dalam rumah ni? Lepas tu Nehza asyik keluar malam je. Nehza pergi mana sebenarnya?" Pertanyaan ibunya bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Tak perlu nak tahu. Bukannya penting sangat pun. Baik mama pergi jaga kekasih mama tu. Eloklah tu dia belum tinggal kat dalam rumah ni kalau dah kahwin nanti makin penatlah mama." Dengan penuh selamba Nehza menjawab.

Puan Rafifa geleng kepala menahan karenah anaknya itu. Apa yang mampu dia buat hanya bersabar dan bersabar. Tidak mahu banyak bercakap, dia terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Begitu juga dengan Nehza. Pintu kedengaran ditutup kuat di sana lalu dia pun masuk ke bilik lalu bersiap untuk mandi setelah seharian berada di luar. Malas mahu berfikir banyak, dia terus masuk ke dalam tab mandi dan segera membersihkan diri.

Sementara itu puan Rafifa begitu kesal dengan layanan anaknya terhadap dirinya. Pergaduhan antara mereka berdua memang tak akan pernah tak berlaku. Kalau sehari mesti ada sahaja pergelutan tak kiralah benda kecil atau hal besar. Apatah lagi kalau puan Rafifa membawa kekasihnya ke rumah, memang berapilah Nehza.

Puan Rafifa menjenguk ke luar bilik seketika, melihat bilik anaknya yang masih berpasang lampu membuatkan dia turun ke tingkat bawah. Tidak senang hatinya selagi anak bongsunya itu belum tidur.

Dulu rumah ini sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa mereka semua, kini ia bertukar menjadi sunyi sepi bagaikan tiada penghuni yang tinggal di dalam rumah ini. Sungguh menyakitkan apabila mengingati kejadian lampau. Bukan dia sahaja yang merasakan tekanan itu namun mereka semua. Sungguh menyakitkan.

Bukan dia dan bekas suaminya sahaja yang terseksa namun anak-anaknya juga kerana tindakan tidak masuk akal yang diambilnya. Mungkin itulah jalan yang terbaik untuk memastikan masa depan semua anaknya baik-baik sahaja. Tapi yakinkah dia ini akan berakhir selama-lamanya.

Kadang puan Rafifa meluahkan semuanya hanya di dalam hati. Nak meluah kepada anak-anak, sudah pastilah herdikan yang dia terima kerana dia tahu semua anaknya membenci akan dirinya apatah lagi bekas suaminya.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now