𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 22

3.4K 82 0
                                    

Belum pun Nancy berjaya menapak masuk ke dalam bilik kerjanya dia sedar akan personal assistantnya yang sejak tadi hanya menunduk diam dan seperti takut-takut melihat wajahnya. Dari pintu masuk bangunan Sunway Group itu, pembantunya hanya diam dan sesekali ingin melarikan mata dari matanya.

Langkah dihentikan serta merta. Nancy tahu pasti ada sesuatu yang berlaku di dalam bangunan ini jikalau pembantunya bersikap sedemikian. Kalau tidak lain tidak bukan pasti mak cik tua itu yang membuat keributan.

"Tell me. Mak cik tu buat masalah lagi ke?" Soal Nancy ingin tahu.

"Cik Nancy maafkan saya. Saya dah cuba untuk halang dia masuk tapi saya tak dapat nak melawan dia. Dia asyik memberontak sana sini." Ujar personal assistant Nancy dengan nada yang penuh rasa bersalah. Dia tahu yang tugasnya adalah untuk melaksanakan tugas seperti apa yang diarahkan Nancy kepadanya malangnya dia gagal.

"Tak apa. Awak buat kerja awak dulu. Seperti yang saya minta semalam, print semua borang tu sebab saya nak minta pihak atasan untuk tandatangan borang tu nanti." Kata Nancy dan menepuk perlahan bahu pembantunya agar dia bisa tenang.

"Terima kasih cik Nancy."

Nancy berlalu menuju ke arah bilik kerjanya yang mana untuk kali kedua, dia masih juga tidak berjaya melangkah masuk ke dalam kerana langkahhya terhenti sekali lagi. Bara-bara api terus mencengkam di seluruh badannya apabila menyedari pintu bilik kerjanya terbuka luas. Seolah-olah ada orang yang tidak tahu menghormati dirinya sebagai orang kehormat di dalam bangunan ini.

Berani betul!

Puan Kirana begitu santai duduk di atas kerusi yang selalu diduduki oleh Nancy sambil memusing-musingkan dirinya yang sedang duduk di atas kerusi itu. Tawa gembira memenuhi di segenap ruangan bilik kerja itu berserta pula dengan minyak wangi yang dipakai oleh puan Kirana.

"Kau buat apa dekat sini? Keluar!" Jerkah Nancy dengan perasaan yang amat tidak berpuas hati. Fail-fail yang dipegang kemas masih ada di tangannya dan jangan sampai fail ini terbang menghempap kepala mak cik tua ini.

Puan Kirana menayangkan riak sedih dan penuh perlahan-lahan dia bangun dari tempat duduk sambil menepuk-nepuk kerusi itu. Dia tahu pasti Nancy akan sensitif apabila dia menyentuh benda-benda milik gadis itu.

"Maaflah sayang. Mama kan cuma mahu duduk. Tak salah pun kan? Oh ya mama nak bagitahu dekat Nancy yang mungkin tidak bersama lama lagi daddy dan mama akan berkahwin. Are you happy with this news?" Ujar puan Kirana dengan senyuman penuh lebar namun menyakitkan hati.

Nancy tersenyum sinis sebagai balasan kepada senyuman lebar itu. Dia melangkah ke hadapan sehinggalah dia berdiri di hadapan meja kerjanya manakala puan Kirana berdiri di hadapan kerusi tempat duduknya.

"Mak cik kau dengar sini baik-baik. Kau nak kahwin dengan ayah aku mesti bersebab kan? Kau jangan paksa aku untuk cari 'sebab' itu kerana mak cik tahukan yang Nancy ni orangnya macam mana? Once I got the reason I will never ever make you disappointed mak cik. Dan mak cik sedarkan yang Nancy tak akan sekalipun hormat mak cik sebab mak cik ni orangnya memang suka ambil perhatian."

Fail diletakkan di atas meja seraya kedua-dua tapak tangannya sudah mendarat di atas bahu puan Kirana. Kuat cengkaman Nancy pada bahu puan Kirana sehinggakan puan Kirana mengadu kesakitan.

"Sakit Nancy. Lepaskan mama please." Minta puan Kirana dengan wajah yang berkerut menahan sakit. Namun tiada belas kasihan yang terpamer di wajah Nancy sebaliknya satu senyuman jahat. Ditekannya lagi kuat cengkaman itu sehingga puan Kirana terduduk di atas kerusi semula.

"Dan aku pantang kalau mak cik gelarkan diri mak cik tu sebagai mama. I have only one mother and it's not you." Ditolaknya lagi badan puan Kirana sehingga dia tersandar pada kerusi pejabat dengan pandangan yang sudah tidak puas hati dengan layanan Nancy terhadap dirinya.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now