𝗚 𝗨 𝗧 𝗭 | 11

4.4K 120 2
                                    

"Pa..." rindu. Sepatah perkataan itu sahaja yang dia rasakan saat ini. Melihat wajah ayahnya setelah lama tidak berjumpa sudah dapat mengubati perasaan rindu di dalam hati. Yelah, masing-masing sibuk dengan pekerjaan mana ada masa untuk mereka berjumpa. Disebabkan hari ini, encik Noszka baru dapat pulang semula ke tanah air setelah 5 tahun berada di tanah Mesir, Zeyn Ezdan sudah berjanji untuk bertemu dengan ayahnya di rumah.

Pulang sahaja dari tempat kerja, dia terus straight to the point ke rumah di mana dia membesar selama 20 tahun lamanya. Ketika umurnya masuk 21 tahun, di sana bermulanya dia dan ibubapanya jarang bertemu. Kini dia sudah berumur 27 tahun dan masih ada kesempatan untuk bertemu dengan ayahnya semula.

Anak beranak itu terus melepaskan rindu mereka masing-masing. Pelukan yang begitu erat bersama dengan belaian kasih sayang penuh diberikan kepada anak terunanya ketika ini.

Masing-masing air mata hampir sahaja mengalir keluar namun masih mampu untuk ditahan. Biasalah kalau lelaki mereka tak nak tunjukkan diri mereka ni menagis di depan orang yang mereka sayang, bukan malu tetapi bagi mereka lebih baik menangis dalam diam agar mereka tidak mengecewakan orang yang mereka sayang.

"Look at you now, my son. Semakin matang dilihat dan sudah pastinya makin kacak pula. Papa masih ingat waktu kamu kecil dulu, kamu masih rendah ketika itu. Papa mesti nak dukung kamu kemana pun kamu nak pergi. Tapi sekarang ini kamu lebih tinggi dari papa. Mungkin kamu dah boleh angkat papa dah dengan badan athletic macam ni."

Zeyn tertawa perlahan. Dia menepuk perlahan bahu ayahnya.

"Papa pun mana kurangnya. Makin fit pula Zeyn tengok. Yelah, papa dari dulu tak pernah tak aktif pergi gym itu yang Zeyn pun ikut. Panas pula di sini, mari pa kita duduk di luar sana."

"Yelah...banyak pula yang papa nak tahu tentang Zeyn sekarang. Sebelum tu, Hana macam mana? Papa bukannya nak halang Zeyn untuk bawa Hana ke sini cuma itulah, anak kecil itu akan pasti bertanya di mana mama. Lagipun mama kamu akan pulang ke sini dalam masa 3 bulan. Masa itu, bawa Hana datang ke rumah."

Bukan diabaikan namun dia tahu yang Hana seorang anak kecil yang pandai berfikir dan akan menjadi dewasa jika dibesarkan dengan cara yang bukan dididik dengan penuh manja. Ini kerana, isterinya pun mendidik anak-anak mereka penuh berdikari dan matang namun kasih sayang itu tidak akan pernah hilang.

Zeyn mengangguk faham, dia pernah melalui semua ini dan baginya pasti ada kebaikan apabila Hana sudah dewasa nanti. Lagipun kalau dia yang menjaga adiknya itu, dia pasti tidak akan mengabaikan adiknya walau apapun keadaan yang akan menimpah mereka.

🦋


Doktor Kim sedang ralit mencatat sesuatu di laptopnya. Ini ada kaitan dengan keadaan yang dihadapi oleh Nehza, gadis cantik dan seksi yang pertama kali dilihatnya seumur hidup. Yelah, kerana doktor Kim adalah seorang yang kuat bekerja keras sehinggakan nak ambil tahu pasal keadaan di luar pun dia tak ada masa. Apalagi nak bercinta dengan mana-mana gadis. Memang tidaklah jawabnya.

"Hurm..."

Dia segera berhenti dari menaip. Keluhan Nehza itu membuatkan dia tersedar dari fokusnya tadi. Doktor Kim segera bangun dari kerusi dan menuju ke arah Nehza yang berusaha untuk bangun dari katil.

"Cik...cik perlahan-lahan ya," ujar doktor Kim penuh lembut. Gadis itu hanya menghadiahkan satu jelingan malah tangan doktor Kim ditepisnya laju.

"Who are you? Macam mana I boleh ada kat hos-. No!this isn't hospital. Ni rumah! Penculik!arghh!tolong!tolong!" jeritan Nehza yang kuat bak speaker itu membuatkan encik Noszka dan Zeyn terkejut walaupun mereka ada di tingkat bawah sekarang.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now