𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 50

2.6K 76 0
                                    

Malam itu, Zeyn siap mengenakan long sleeve putih bersama dengan kot serta seluar berwarna hitam. Dua butang atas pada bajunya dibiarkan terbuka membiarkan dirinya berasa lebih selesa. Rambut pula disikat rapi membiarkan ia dengan gaya yang tersendiri. Rambut depan yang berjuntai dibiarkan kelihatan sedikit messy, kerana ia memperlihatkan Zeyn kelihatan lebih sexy.

Aroma bau minyak wangi jenama Dior usah dipertikaikan lagi kerana ianya memang buat jatuh hati sebanyak dua kali enam sepuluh kali ganda. Faham-fahamlah.

Segak bergaya dengan pakaian yang hampir serba hitam semuanya, memanglah lelaki itu boleh dilabel sebagai top 1 the most hottest man in a year. Menang tanpa bertanding, itulah dia. Tak menang muka pun sebab nak bertanding dengan Jungkook, tak apa personality Zeyn juga dah boleh buat Jungkook jatuh hati.

Seperti yang sudah dirancang, aish! asyik-asyik nak rancang, itulah siapa suruh si Daniel ni tak nak mengaku kalah. Sengaja nak bagi bab panjang!

Malam ini merupakan malam yang nak bagi persembahan 'surprise' sedikit. Kalau tak seberapa nak surprise pun asalkan malam ini dia dapat berjumpa seseorang. Adalah tu terselitnya scene romance sikit. Tapi tak naklah kan kalau sikit je, kita buat lebih dan bersemut barulah enjoy.

"Wahai tuan muda Zeyn, tahulah muka aku sini lebih kacak dari muka kau, tapi janganlah sampai malam pun asyik teringatkan aku." Zariel menepuk bahu kawannya kuat. Ambil kau!

Siapa suruhkan boleh pula syok sendiri di dalam dunianya. Kita dok panggil sampai anak tekak pun rasa macam nak tercabut, boleh pula termenung tengok dinding putih sana. Apa saja yang menarik pada dinding itu.

Zeyn mengecilkan matanya apabila Zariel hanya memandang ke arahnya. Seolah-olah pandangan itu nak pesan supaya 'hati-hati nanti ada yang tidak tidur senang malam ini'.

"Siapa saja nak ingat kau, tak cukup masa aku nak ingat muka tak kacak macam kau ni tahu?" lantas kasut disarung sebelum pergi meninggalkan Zariel di depan pintu bilik hotel. Jangan salah faham ye, Zeyn dan Zariel ni tidur dekat hotel tapi bilik bersebelahan. Bukan tidur sama-sama!

Dua sahabat itu cerewet sikit, itu yang tak nak tidur dekat resort Numana. Bukan sebab apa sebenarnya tapi senang sikit Zeyn dan Zariel mahu berurusan tentang misi itu. Tak naklah nanti kalau pekerja yang lain tahu, nanti adalah tu mulut ketupang ketamping.

"Woi tunggulah!"

Masuk sahaja di dalam kereta, Zeyn sempat mengerling jam di pergelangan tangan. Telefon dibuka dan nombor Nehza didail. Namun, hanya peti simpanan suara sahaja yang masuk. Bermakna, telefon gadis itu berada dalam mod power off.

Zeyn kembali memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Sepasang anak mata milik lelaki itu memandang ke luar tingkap kereta namun fikirannya melayang memikirkan sesuatu.

Luna sudah memaklumkannya bahawa Daniel pergi ke Italy memang atas dasar kerja namun bukan bertemu client sebaliknya bertemu kawan lama, encik Giulio. Lebih menyebalkan lelaki itu begitu berani sekali memerangkap Nehza atas alasan menyuruh Nehza untuk mengganti posisi personal assistantnya.

He did that on purpose I'll make sure that you'll find a new place to go after this. What kind of hell is this man?

"Sir Numana Blue Island right?" ujar pemandu kereta itu ke arah Zeyn.

"Yes that's right."

"Here we are now."

Sebaik sahaja kereta luxury itu berhenti tepat di hadapan Resort Numana Blue Island, semua pekerja Zeyn terus pergi menyambut kehadiran bos mereka termasuk Zariel sekali. Tampan dan segak bergaya, memang penampilan Zeyn itu nampak seksi dan berkarisma malam ini.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora