𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 78

1K 30 0
                                    

Nehza merapatkan jaket yang tersarung di tubuhnya. Sejuk malam ini, amat menikam di seluruh tubuhnya yang hanya memakai crop top. Nasib sahaja dia ada membawa jaket, kalau tak mati kesejukanlah jawabnya.
Padahal dia berada di dalam rumah keluarga Zeyn malam ini atas permintaan puan Feroza sendiri. Katanya banyak hal yang dia ingin bualkan dengan Nehza.

Namun Nehza tidak sekali pun ingin membantah malah dia teruja ingin membagikan waktunya dengan puan Feroza, ibu Zeyn.

Hana kelihatan tidak mahu pergi dari Nehza. Katanya dia ingin berada di samping gadis itu, selalu dan selamanya. Kiranya Hana seperti ingin mengalahkan abangnya siapa yang dapat memiliki hati gadis itu. Tetapi tidak dinafikan kalau Nehza sangat menyayangi kedua-dua mereka.

Puan Feroza yang datang membawa satu senyuman manis, disambut oleh Nehza dengan senyuman manisya juga. Encik Noszka dan Zeyn pula sengaja memberikan ruang untuk mereka berbual kerana tidak mahu menjadi penganggu.

"Kamu sangat cantik. Bukan dari wajah sahaja malah keperibadian kamu." itu kata-kata pertama yang puan Feroza berikan membuatkan Nehza malu.

"Auntie-"

"Panggil mama." puan Feroza nampaknya sudah memberikan green light bermakna sudah tidak ada jalan keluar lagi jika Nehza mahu menjauh dari mereka. Ikatan keluarga akan terbina tidak lama lagi.

Nehza mengangguk dan wajahnya kelihatan malu-malu sahaja. Tetapi dalam masa yang sama ada gementar yang menguasai dirinya. Bayangkan sahaja dia seperti sedang menghadap bakal ibu mentuanya. Namun itulah kenyataannya.

"Mama janganlah puji Nehza sangat nanti jadinya malu." Nehza menggaru kepalanya yang tidak gatal membuatkan puan Feroza ketawa kecil.

Puan Feroza lantas mengambil tangan Nehza. "Kamu adalah yang terbaik untuk Zeyn. Terima kasih sebab dah datang dalam hidupnya. Minta maaf juga kalau selama ini mama dah buat satu kesilapan yang besar." Puan Feroza mengelus lembut jari-jemari Nehza bahkan kata maafnya itu diucap penuh keikhlasan dari sudut hatinya yang terdalam.

Nehza tersenyum kecil. "Mama tak salah. Kita cuma diberikan satu ujian yang besar dalam hidup. Kita anggap itu satu cabaran yang harus kita hadapi dan perbaiki apa yang kurang untuk masa hadapan." balas Nehza penuh sopan. Puan Feroza tersenyum lagi melihat betapa dewasanya pilihan anaknya itu yang memang ada ciri-ciri menantu untuknya.

"Dan Nehza juga minta maaf-"

"Nehza tak perlu nak minta maaf. Mama dah lama maafkan cuma itulah perasaan serba salah mama ni masih bermain di dalam minda."

"Terima kasih mama. Tapi mama janji tahu jangan lagi fikir tentang itu. Kita semua pun dah bermaaf-maafan jadi lupakan masa lalu. Ambil yang jernih buang keruh. Sama-sama kita berdoa agar apa yang menanti akan jadi lebih baik dari sebelumnya."

Puan Feroza mengangguk lalu membawa Nehza ke dalam dakapan dengan penuh erat. Zeyn dan encik Noszka yang melihat dari jauh pula hanya tersenyum senang memandang mereka. Betapa bersyukurnya mereka kerana Tuhan benar-benar menjawab doa yang mereka pohon selama ini.

Encik Noszka segera memandang anak terunanya di sebelahnya. Bukan kemain tatapan Zeyn ke arah Nehza ketika itu dan encik Noszka yakin kalau anaknya itu benar-benar mencintai Nehza begitu dalam.

"Tak lama lagi anak papa yang sorang ni dah nak berkahwin. Kamu kena jalankan tanggungjawab yang besar selepas itu. Papa yakin anak papa ni dah bersedia." belakang badan Zeyn terus ditepuk perlahan oleh ayahnya.

Zeyn mengangguk faham. "Papa doakan yang terbaik untuk Zeyn dan Nehza ya." ujar Zeyn penuh komited dalam dirinya. Dia tak akan mensia-siakan wanita yang paling dia cintai itu apatah lagi ingin menyakitkan hatinya. Tidak sama sekali!

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now