𝗚 𝗨 𝗧 𝗭 | 8

4.5K 96 0
                                    

Mengingat kembali kad undangan di atas meja salah seorang stafnya petang tadi, sudah menganggu tumpuan encik Elnaz. Sedar tidak sedar, kini bekas isterinya lagi sebulan akan berkahwin. Walaupun sudah terpisah selama beberapa tahun namun dia tidak pasti kenapa hatinya masih merasai luka itu.

Encik Elnaz memandang ke luar kaca sliding door biliknya. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sambil melihat langit malam.

Mungkin kata orang dia sudah move on tetapi jauh di lubuk hatinya dia masih merasakan betapa sakitnya perpisahan itu.

Betullah kata orang, sebahagia mana pun kita namun jika tidak ada jodoh maka akan tetap berpisah. Yang pastinya ia sungguh menyakitkan.

Juga dia merindui anak bongsunya, Nehza Haura. Seorang yang riang dan manja dengannya ketika kecil dulu. Tetapi dia tidak faham dengan Nehza, yang tetap memilih untuk bersama dengan bekas isterinya yang sudah terang lagi bersuluh bersalah.

Dan kini, encik Elnaz sudah mendapat gelaran duda anak empat. Walaupun begitu masih banyak yang suka mengambil kesempatan terhadapnya. Tak hanya awet muda namun digelar handsome daddy biarpun sudah berumur.

"Daddy..." panggil Nancy iaitu anak ketiga dari empat orang adik beradik termasuk dia.

Encik Sergio melihat ke arah anaknya yang berdiri di muka pintu biliknya bersama senyuman.

"Sorry. Dah lama Nancy tunggu daddy ke?"

"No lah dad. Baru je. Daddy okey tak ni?" Nancy menuju ke arah ayahnya lalu memeluk tubuh ayahnya itu. Dia juga tahu mengenai kad undangan itu dan apa yang pastinya dia tidak mahu melihat ayahnya terganggu hanya kerana itu.

Dia akan pastikan ayahnya tidak akan pernah memikirkan tentang masa lalu kerana dia tidak mahu ayahnya sakit kerana terlalu memikirkan tentang hal itu.

"Nancy dan abang akan sentiasa ada untuk daddy. Apa-apapun yang terjadi kami sentiasa pastikan daddy tidak akan disakiti lagi. Fighting daddy!''

Encik Elnaz mengusap kepala anak daranya itu dengan penuh sayangnya. Kalau anaknya tiada, mana mungkin dia akan kuat menghadapi semuanya.

"Thank you anak-anak daddy. Daddy janji akan jadi kuat."

"That's our daddy!love you daddy!"

Seperti yang dijanjikan malam ini mereka akan menghadiri party perasmian produk yang dihasilkan oleh anak sulung encik Elnaz iaitu Naufal Dinar yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Jerman selama empat tahun dalam jurusan perniagaan.

Usah ditanya lagi, The Elnaz Family ini sememangnya terkenal dengan kehandalan mereka dalam mengurus perniagaan. Cuma, Nehza Haura seorang sahaja yang tidak berminat dengan dunia business.

Kalau dibandingkan, IQ dia berbanding adik beradik yang lain adalah jauh beza. Dia dilahirkan dengan otak yang memang low standard sedangkan adik beradik yang lain semuanya genius.

Tiada apa yang diharapkan dengan anak seperti dia. Mungkin dianggap tukang menghabiskan sesuap nasi di rumah sedangkan bukan dari hasil titik peluhnya.

Nehza, berperangai jauh beza berbanding kakaknya, Nancy.

Nehza ada liarnya sedikit namun Nancy ganas sedikit.

Nancy terhenti dari lamunan seketika. Sebaik enjin kereta dimatikan, gadis itu terteleng melihat ke kiri dan kanan.

"Driver, where's daddy?"

"Daddy sini sweetie. Jauh betul kamu termenung tadi, dah sampai mana tu?" sempat encik Elnaz bergurau. Driver mereka pun ikut ketawa mendengarnya.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now