𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 18

3.6K 89 4
                                    

Soalan dibalas dengan soalan

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Soalan dibalas dengan soalan. Nehza ketap gigi tanda dia geram jika dilayan sebegini. Susah sangat ke nak jawab soalan I tadi? Rasanya tu bukan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pun. Tak perlu pakai logik, bagi jawapan yang tipu-tipu pun dah okey dah.

"Tak I bukan mommy Hana. Doktor tu yang salah faham.  I biar je lah. Tapi kalau you tak suka boleh je kan you beritahu perkara sebenar tadi. Ni tak diam menyepi adalah." Nehza jeling sekilas ke arah Zeyn yang sudah berpeluk tubuh menghadap ke arahnya. Marahlah tu.

"Aku tak suka menyampuk kalau orang tu tengah jelaskan perkara penting seperti tadi.  Kalau nak sampuk kau bolehlah. And last one sebagai ganti balik kerana kau dah bantu adik aku, aku nak ucap terima kasih banyak. Ni ambil ni." Zeyn menghulurkan sekeping kad kredit ke arah Nehza. Namun kening gadis itu sudah mula berkerut.

Nehza memandang  lama kad kredit tersebut. "For what? I tak pakai semua ni. And yes I tak boleh ambil. Itu milik you dan ingat duit tak semestinya dapat menyelesaikan semua perkara." Ujar Nehza jujur. Sedih dia melihat orang zaman sekarang. Bila dah ada banyak duit sesenang itu sahaja nak bagi dekat orang yang masih mampu tapi bila nak menderma dekat orang susah punyalah payah.

"Kenapa tak ambil? Aku bagi sebab aku tahu kau ni dihantar oleh seseorang untuk menghuru-harakan keadaan aku. Macam yang selalu aku lalui sebelum ini. Aku tahu yang kau ni terdesak nak duit kan? Aku bagi kad ni ambil dan bla."

"Terdesak? You nak I buktikan yang I terdesak nak duit?" Nehza merentap kasar kad kredit dari tangan Zeyn. Dia mengangkat kad kredit itu tepat di depan mata Zeyn lalu prak. Prak. Prak. Dipatahnya kad kredit itu sehingga menjadi tiga bahagian. Begitulah hatinya sekarang, sakit sangat apabila dikatakan terdesak nak duit.

Zeyn jeda.

Siapa sebenarnya perempuan ni? Kenapa perangainya lain semacam. Atau ini cuma umpan kononnya dia tak nak terlihat macam mata duitan. Yelah biasalah taktik orang jahat sekarang. Macam-macam perangai pun mereka boleh lakonkannya dengan hebat.

"Siapa nama kau?" Soalan itu membuatkan Nehza tertawa sinis sedikit. Apasal dia ni nak tahu pula nama I bukankah tadi benci sangat dia dekat I? Bisik Nehza di dalam hati dan sudah ada tanda tanya dalam otaknya.

"Tak penting untuk orang tahu nama I. Sebelum I gerak pergi dari sini, I cuma nak minta you sampaikan pada Hana yang I tak dapat nak lawat dia hari ini sebab I ada kerja nak buat. I nak minta maaf juga dan janji dekat dia yang I akan datang melawat dia esok." Tanpa berfikir panjang Nehza terus pergi meninggalkan Zeyn di depan pintu wad.

Niat tadi sebenarnya ingin menjenguk Hana walau beberapa minit pun dah kira okey, tapi dia tahu dia tidak layak. Lagipun pandangan yang dilontarkan Zeyn itu seakan-akan tidak suka akan kehadirannya.
Maafkan kakak, Hana sayang.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin