𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 37

3.1K 85 4
                                    

"WHAT!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WHAT!"

Bala. Bala.

Elektrik mati pula? Ya Tuhan apa yang perlu dia lakukan kali ini. Zeyn pula hanya memandang Nehza yang kejap memejamkan mata kejap lagi mengigit bibir bawah. 

"I tak berani-I...err..."

"Aku fikir kau berani rupanya kau ni gugup pula nak bercakap dengan aku kan? Kenapa? Takut nak tinggal seorang diri?" Tanya Zeyn sambil menggelengkan kepala.

"Er...tak adalah. Kalau macam tu I turun dulu. Terima kasih." Kata Nehza dan ini lagi satu perkara yang memaksa dirinya untuk pergi. Lain macam pula kalau Zeyn ini jadi talkative. Menakutkan. Auranya memang menakutkan.

Pintu kereta ditutup dan langkah kaki terus dilajukan untuk sampai di depan pintu rumah. Tidak mahu lagi memandang ke belakang, cukuplah jantungnya berdegup kencang berhadapan dengan Zeyn yang lain semacam itu.

Baru ingin membenamkan kunci, bahunya pula disentuh dari belakang. Sejuk semacam pula tangan itu, macam tangan mayat. Eh! Nehza! Siapa tu?

"Argh!" Tak semena-mena tangannya naik memukul orang di belakangnya yang disangka hantu namun ternyata orang itu ialah Zeyn.

"Ni akulah."

"You tak balik lagi ke? I terkejut tau." Dada terus diusap perlahan-lahan. Seram betul lelaki ini di malam hari macam ini. Betul-betul seram! Sumpah. Dia macam bukan Zeyn yang I kenal beberapa hari ini.

Tangan lelaki itu terus menghulurkan telefon milk Nehza yang terjatuh di atas kerusi tadi. Oh ingatkan apa? Rupanya telefon I. See? I pun seram jugakan, setiap kali naik kereta lelaki ni mesti telefon juga yang tercicir.

"Sorry. I tak sedar telefon I jatuh."

Zeyn hanya sekadar mengangguk lalu berpatah ke arah keretanya. Basah terus jaketnya kali ini. Parah pula malam ini kerana terpaksa berhadapan dengan hujan yang beraksi lebat. Nehza pula terus masuk ke dalam rumahnya dan menutup pintu penuh rapat.

Flashlight telefonnya dipasang terus. Ya Tuhan! Seram sangat. Aduh!

Kenapa gelap sangat? Nehza yang masih bersandar di pintu hanya mampu menggerakkan anak matanya ke kiri ke kanan. Dia sepertinya tidak tumpah memainkan peranan watak yang sedang berlakon di filem horror ketika ini.

Tidak sanggup naik menuju ke tingkat atas dan masuk ke bilik, Nehza hanya duduk bersandar di belakang pintu dan meletakkan telefonnya di atas lantai, membiarkan flashlight terus berpasang. Mohon-mohonlah bateri telefonnya masih mahu memberikan dia kerjasama kalau tak naya jawabnya nanti.

Selang beberapa minit, akhirnya mata Nehza terlelap juga. Yakin betul gadis itu tidur dibelakang pintu dalam keadaan telinga yang ditekup menggunakan kedua-dua tangan kerana tidak mahu mendengar dentuman kilat yang menakutkan dirinya.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now