𝗚 𝗨 𝗧 𝗭 | 4

5.9K 113 0
                                    

"Brother..." jeritan seorang budak kecil yang comot dengan makanan membuatkan Zeyn tertawa kecomelan melihat tingkah adiknya itu.

"Hana sister, abang have already told you right?no chocolate today. Isn't you afraid if your teeth will get hurt. Chocolate is not good for our health, do you understand?" ujar Zeyn.

Marah-marah pun tapi masih tetap penyayang. Mestilah sebab, Zeyn seorang yang caring, lembut dan protective apabila bersama dengan adik kesayangannya yang baru berumur 8 tahun. Hana satu-satunya adik beradik kandungnya dan yang paling dia sayang.

"It's not like that. I'm craving brother. I'm hungry. Mumy still working and I haven't eat yet." terang Hana dengan menundukkan kepala memandang lantai. Ah inilah taktik supaya abangnya itu memasakkan makanan untuknya.

Terkejut Zeyn dibuatnya mendengar penjelasan adiknya itu. Tapi mana logik?berlambak pembantu rumah di dalam rumah banglo miliknya ini takkanlah adiknya langsung tak makan.

Yes, Zeyn Ezdan memang suka berdikari itu sebabnya dia membeli rumah sendiri untuk tidak menyusahkan ibubapanya. Kadangkala ibu atau ayahnya akan datang melawat dia kalau mereka ada kelapangan masa. Dan paling menyeramkan mereka akan pastikan tiada perempuan yang tinggal bersamanya selagi anak sulung mereka itu tidak membawa calon menantu untuk dikenalkan kepada mereka.

Ibu Zeyn memang tegas tambahan pula seorang yang suka bekerja menyebabkan Zeyn yang mengambil alih untuk menjaga adiknya kerana ibunya memang seorang yang sibuk setiap hari. Ayahnya juga begitu. Setiap bulan mesti pergi oversea untuk melaksanakan pelbagai kerja.

Kadang-kadang jikalau Zeyn terlalu sibuk, pengasuh akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga adiknya buat sementara waktu tetapi dengan pengawasan Zeyn melalui CCTV.

Walaupun dingin, garang, hati macam ais di kutub utara tetapi hati yang keras itu akan cair apabila bersama dengan adiknya. Zeyn dan Hana sememangnya tidak boleh berpisah, mereka berdua bagaikan adik beradik yang terlalu akrab bak kata peribahasa bagai isi dengan kuku.

"Hana is that it?it's okey. Come, abang masak untuk Hana. Do you want to eat chicken porridge?" tanya Zeyn.

Hana angguk laju. "Yes, I want. Chicken... chicken...yeah, yay!" bersorak budak comel itu apabila keriangan. Suka betul dia apabila abangnya memasak untuknya.

"So come on sweetie Hana," Zeyn lantas mendukung adiknya seraya mencium pipi Hana berkali-kali. Apalagi tertawa geli hatilah adiknya di saat itu hinggakan pembantu rumah yang lain suka melihat keakraban majikan mereka dengan adiknya.

"Tuan memang penyayang dekat budak kan?kalau dah ada anak nanti sudah tentu isteri tuan itulah perempuan paling bertuah." ujar Aria iaitu antara pembantu rumah Zeyn yang paling muda. Kak Aria atau nama sebenarnya Aria Evengeline baru berumur 23 tahun iaitu anak saudara kepada embok Tuminah.

"Memang dah ada ciri-ciri calon menantu di sana. Apa-apapun saya harap Zeyn dapat calon isteri yang baik dan solehah." kata embok Tuminah pula.

Siapa sahaja kan yang tak sayang dekat majikan lebih-lebih lagi kalau majikan itu seorang yang baik dan tidak sombong. Embok Tuminah yang sememangnya sudah berkhidmat dengan keluarga Zeyn lebih 15 tahun sudah mengenali rapat dengan keluarga kaya-raya ini.

Bukan sahaja baik namun di sisi yang lain rezeki keluarga mereka ini tidak pernah mengenal tempat, mungkin disebabkan usaha mereka yang tidak pernah mengenal penat lelah.

Zeyn tersenyum ke arah kak Aria dengan embok Tuminah apabila mendapati dua pembantunya itu sedang membersihkan bahagian ruang dapur.

"Petang embok Tuminah, Aria. Dah makan belum ni? Kalau tak kita makan sama-sama, Hana kata nak abang dia masak petang ni juga. Tak apakan sekali sekala cuba air tangan saya." Ujar Zeyn sambil tersenyum di situ.

Kedua-dua orang pembantu it seraya tersenyum. Memang betul pun mereka belum lagi makan petang disebabkan fokus dengan kerja-kerja membersih. Kalau sudah majikan mereka ajak, takkanlah nak tolak rezeki pula kan.

Dan tepat pukul 5 petang, Zeyn sudah memulakan sesi perangnya di dalam dapur. Bunyi kuali mula berlaga dan kedengaran bunyi hirisan bawang, sayur dipotong, ikan dan ayam juga dipotong di atas dulang. Seolah-olah banyak tukang masak di dapur tetapi hanya Zeyn seorang sahaja.

Adik Zeyn juga tidak hanya duduk sebaliknya dia turut membantu mencuci pinggan dan gelas. Kalau nak tahu, Hana juga suka memasak hasil ajaran dari abangnya. Kalau boleh semua benda yang Zeyn buat adiknya juga mahu ikut serta.

Kadang-kadang keakraban Zeyn dan adiknya dilihat persis seperti seorang ayah bersama dengan anaknya. Kadangkala masih ada di luar sana yang dengki dengan kebahagiaan kedua-dua orang adik beradik itu.

"Sedapnya bau, Zeyn ni memang pandai memasak sejak dulu." Puji embok Tuminah seraya menghadiahkan Zeyn segaris senyuman yang manis. Kak Aria di sebelah hanya tersenyum sahaja kerana sejujurnya kak Aria ini seorang yang pemalu namun sopan dalam masa yang sama.

"Berkat ajaran dari embok juga, itu yang Zeyn pandai memasak. Aria, silakan makan." ujar Zeyn setelah menyedari Aria yang sedari tadi hanya berdiam diri. Ayu dan manis sahaja dia memandang Aria yang duduk bertentangan dengannya.

"Terima kasih tuan. Tapi lauk ni terlalu banyak, tak dapat nak habiskan lagi." kata Aria seraya tersenyum kecil. Lembut sahaja suara gadis itu kedengaran di gegendang telinga Zeyn.

Zeyn turut tersenyum melihat Aria yang anggun serta bersopan santun itu. Kalau ikutkan hati, itulah ciri-ciri gadis idaman seorang yang bernama Zeyn. Cuma dia tidak tahu bagaimana dia mahu merapatkan hubungan antara dia dan Aria sedangkan di sudut lain Aria hanyalah pembantu rumahnya.

"Kalau macam tu nanti embok dan Aria bawa lauk lebih ni pulang kalau tak nanti membazir pula kalau dibuang. Tak adalah penat nak masak kat rumah lagi nanti." Kata Zeyn.

"Zeyn tak nak simpan sedikit ke?tak baiklah kalau kami tapaukan semuanya. Makanan ni dahlah sedap lepas tu mahal pula." jawab kak Aria. Ini bukan pertama kali majikan mereka berbuat sedemikian namun sudah berulang kali.

Tak kiralah makanan ke, bawa pergi melancong, berjalan-jalan itu semua ditanggung oleh majikan mereka. Tak ada istilah berkira langsung dan Zeyn sememangnya begitu. Bersikap tegas namun dalam masa yang sama dia sungguh baik.

"Tak apa embok, Aria. Ada ungkapan tu menyatakan bahawa rezeki jangan ditolak.
Lagipun malam ini Zeyn nak pergi berjalan bersama Hana. Adik Zeyn kata nak pergi funfair, nanti kami makan je kat luar." Kata Zeyn.

Aria tidak menafikan bahawa majikannya itu sungguh baik dan dia sendiri tidak dapat ungkapan betapa besarnya kebaikannya itu. Cukup diungkapkan di dalam hati sudah cukuplah. Kadang dia bertanya terhadap diri sendiri bahawa layakkah dia bersama dengan Zeyn sedangkan statusnya jauh berbeza dari lelaki itu.

"Kak Aria nak ikut sekali tak kami pergi funfair?" Soalan dari Hana itu membuatkan Aria terpana seketika.

Zeyn hanya tersenyum. Kalau Hana dah cakap macam tu dia tak akan halang, kerana dia tahu yang adiknya itu memang rapat dengan Aria sejak dulu lagi.

"Maafkan kak Aria ya Hana sayang, sebenarnya malam ni pun masih banyak kerja yang perlu kak Aria selesaikan-"

"Eh apa pula nak minta maaf Aria. Tak apa kalau dah Hana cakap dan ajak macam tu, Aria datang sekali okey?saya tak tolak gaji awak juga." Ujar Zeyn yang sempat bergurau.

Aria tertawa perlahan. Macam-macam saja majikannya itu. Kalau tak ada lawaknya di sana pun masih tetap dia nak berlawak.

"Kalau dah tuan cakap macam tu, saya okey je. Terima kaish tuan," Ucap Aria penuh sopan. Embok Tuminah disebelah hanya menyimpulkan senyuman melihat anak saudaranya dengan Zeyn.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now