𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 29

2.7K 87 3
                                    

"Siapa gadis tu? Rasanya keberanian dia lebih tinggi dari aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa gadis tu? Rasanya keberanian dia lebih tinggi dari aku. She's too cool." Ujar Zariel dengan matanya yang kejap memandang Nehza yang berada di sana dan kejap lagi memandang Zeyn yang berada di sini.

Tak ada kata yang boleh dia ungkapkan pada gadis yang dia tidak kenali itu selain memuji keberaniannya. Pada pandangannya juga dia melihat hati gadis itu terserlah seribu rasa perikemanusiaan. Lihat saja keberanian dia semata-mata ingin menolong nenek tua tadi bersama dengan cucunya.

Zeyn angkat bahu seolah-olah dia tidak mengenali Nehza padahal dia juga tidak bisa mengungkapkan sepatah kata ketika ini. Aura yang mungkin dia boleh lihat namun aura itu tidak dapat dia tandingi.

Sukar untuk dia fahami dan sukar untuk dia kenali gadis itu dari awal sehingga kini. Malah susah untuk dia tafsirkan gadis itu lagaknya macam mana?

Di sisi lain gadis itu nampak seperti liar. Namun di sisi lain pula gadis itu nampak seperti hard to touch. Mungkin senang untuk dikenali namun sukar untuk didekati.

"Kau tak kenal dia ke?" Tanya Zariel lagi sedikit bingung. Tapi semasa berlaku kejadian di cafe tadi mereka nampak seperti bukan baru kali pertama mereka pernah jumpa.

"Kenal nama je. Tak kenal lebih dalam." Balas Zeyn dan ketika Nehza menghadap ke arah mereka dia lantas mengalihkan pandangan ke tempat lain sambil menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Zariel pula memberikan senyuman kepada gadis itu walaupun tidak dibalas senyumannya.

Langkah dituju ke arah mereka berdua dan semakin Nehza menghampiri mereka semakin itulah jantung Zeyn sedikit berdebar. Bukan sebab apa, tapi alasannya sekarang ini dia pun bingung kenapa jantungnya boleh berdebar begini. Bukankah tadi normal sahaja?

"Kalau tak silap I, you're Zariel right?" Tanya Nehza meminta kepastian. Dia macam pernah nampak wajah Zariel sekali, tapi di mana ya? Mungkin di telefon Zahra.

"Ya saya. And you?" Kali ini Zariel pula bertanya. Alang-alang dah dia bingung tadi lebih baik dia bertanya juga. Zeyn disebelah hanya diam melihat sesi perkenalan antara kawannya itu dengan Nehza.

"Ex-bestfriend isteri you. Nehza Haura Elnaz." Ujar Nehza lalu menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan mereka. Zeyn di sebelah Zariel berdehem seketika. Kali pertama dia berjumpa dengan Nehza tak ada pula macam ni, tapi bila Nehza berjumpa untuk kali pertama dengan Zariel ramah pula gadis itu.

"Riel!"

Tersentak Zariel mendengar jeritan dari seseorang yang kedengaran secara mengejut seolah-olah peristiwa yang sama berlaku dengan tembakan yang baru-baru sahaja terjadi sebentar tadi. Namun yang bezanya adalah satu suara dan satu pula bunyi tembakan.

"Awak okey tak? Saya tengok berita tadi ada kes yang berlaku di cafe ini. Tu yang saya datang nak tengok keadaan awak. Nasib baik awak tak cedera." Ujar Zahra dengan nada separuh risau. Zariel menggelengkan kepalanya namun tersentuh apabila isterinya itu rupanya pandai mula ambil berat tentang dirinya.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now