𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 73

1.2K 44 0
                                    

Selesai membuat pemeriksaan rawatan luka dan mendapatkan nasihat dari doktor, Nehza kini mampu bertahan setelah balutan bandage telah pun dibalut untuk menutupi luka yang ada di belakang badannya.

Puan Rafifa serta dua adik beradik angkatnya terus meluru ke arah gadis itu untuk memastikan semuanya baik-baik sahaja. Malah Zeyn pula masih tetap berdiri dengan jarak yang sedikit jauh dari Nehza untuk memberikan ruang kepada anak beranak itu bersama.

Meskipun hatinya sedikit lega memikirkan bahawa semuanya sudah berada dalam keadaan baik namun Zeyn masih tetap ingin menebus salah silapnya. Dia tidak sanggup melihat Nehza dan dirinya bagaikan api dan air.

"Zeyn, kamu tak pulang lagi?" sapaan dari puan Rafifa itu membawa kembali Zeyn ke alam realiti. Lantas senyuman terukir di bibirnya begitu juga dengan Nancy dan Noah yang membalas senyuman dari lelaki itu. Namun tidak pula pada Nehza, gadis itu hanya mengalihkan pandangan ke arah lain dengan pandangan kosong.

"Takpelah nanti kejap lagi Zeyn pulang. Auntie dah nak pulang ke?" tanya Zeyn sambil membetulkan tali leher yang dipakai. Sesekali matanya ingin mencuri pandang ke arah Nehza, gadis itu turut memandang ke arahnya dan di sanalah eye contact itu berlaku.

"Kami dah nak pulang. Apapun terima kasih sebab dah tolong tadi. Sebelum kami gerak, Zeyn ada nak cakap apa-apa lagi? Mungkin dengan Nehza?" melihat dari raut wajah anak muda itu membuatkan puan Rafifa yakin kalau ada sesuatu yang ingin jejaka kacak itu nak sampaikan pada Nehza.

"Ad-takde dah. Saya rasa dah larut malam ni.  Lagipun Nehza kena ambil rehat yang cukup dan yang lain juga. Hati-hati ya kalau ada apa-apa Zeyn ada untuk bantu." balas lelaki itu penuh sopan. Hatinya berkata memang ada perkara yang ingin disampaikan pada Nehza namun otaknya melarang dirinya untuk berbuat demikian.

"Baiklah kalau begitu, kami pergi dulu." puan Rafifa kemudian membawa Nehza keluar diikuti dengan Nancy dan Noah. Namun Noah sempat berhenti untuk menyapa Zeyn.

"Aku tahu kau tak akan mudah putus asa." lalu bahu Zeyn ditepuknya perlahan sebelum Noah berlalu pergi. Zeyn pula hanya mampu menghantar pandangan ke arah mereka yang semakin hilang dari pandangan.

Maafkan saya, thi rak. Hanya kata-kata itu yang mampu dia ucapkan dalam hati dan berharap agar hari esok keadaan tidak akan berubah.

"Nancy, Noah, kamu menginap di mana malam ini?" tanya puan Rafifa.

"Kamu orang tidur je dekat rumah supaya tak perlu nak sewa itu ini lagi. Lagipun daddy datang di rumah nanti. Alang-alang berehat terus di sana." ujar Nehza yang berniat untuk tidak mahu menyusahkan mereka.

"Boleh saja. Lagipun Nancy dah rindu semuanya." balas Nancy membuatkan yang lain terdiam sejenak. Sukar untuk melupakan kenangan manis mereka semua namun sukar juga melupakan peristiwa yang telah berlaku.

"Semua pun dah penat...jadi kita rehat saja ya malam ini." Puan Rafifa tidak mahu berbual panjang lagi sebaliknya dia terus masuk ke dalam rumah tanpa menunggu yang lain. Nehza pula dibantu oleh Nancy untuk sampai ke biliknya manakala Noah menunggu ayah mereka pulang.

Namun encik Elnaz sudah lama berada di dalam villa tersebut dan niatnya memang ingin menunggu mereka semua sampai di rumah dan seketika itu keadaan pula kembali menjadi sunyi.

"Nancy...tak perlu hantar dekat bilik dulu. Di sofa saja sebab Nehza masih nak bercakap dengan papa." ujar gadis itu dengan senyuman. Nancy hanya akur dan terus membantu Nehza melabuhkan punggung di atas sofa.

"Apa-apa yang telah berlaku, kita tak perlu fikir banyak dan panjang. Sebab yang paling penting sekarang ini adalah keselamatan kita semua. Nehza...papa masih ada sesuatu yang nak cakap dengan kamu tapi Nehza berehat dulu dan tidur secukupnya malam ini. Macam mana dengan luka? Semuanya sudah dirawat?" encik Elnaz berkata dengan raut muka penuh rasa risau.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now