Bab 75

174 9 0
                                    

                    "How long do I have to wait for an answer from you. Chris! Answer me!"

Amber sudah naik marah. Kali ni sudah masuk beratus kali dia tanya soalan yang sama. Dan berkali itu juga lah Arris tidak menjawab sepatah. Dia hanya sibukkan diri bersama telefonnya saja.

                    "Okay fine. Kalau u tak nak jawab soalan i, i keluar. Meeting nanti, u jangan harap u boleh ramal apa yang akan jadi nanti." Rengus Amber. Dia pun mengambil beg tangannya dan berlalu keluar dengan kaki dibentak.

Kai yang masih setia pada sofa itu hanya memerhati setiap langkah Amber.

                    "Apa ni. Apa benda ni. Aku malas lah dengan dia tu. Dulu bukan main syok dekat Aaron. Sekarang aku pulak jadi mangsa? Bullshit." Rungut Arris selepas memastikan Amber sudah pergi.

                    "Heih... Aku tak tahu lah dengan kau ni. Kau cancel je lah meeting tak guna ni. Ada baiknya jugak. Kan dia kata, jangan harap kau boleh ramal apa yang jadi nanti. So, aku terfikir. Sebelum dia malukan kau, baik kau malukan dia. Elok-elok meeting ada, sekali dia masuk krik, krik." Kai bagi pendapatnya.

                    "Betul. Aku malas sebenarnya nak hadap suasana bosan tu. Aku nak balik. Eh tak nak. Aku nak pergi hospital. Kau?"

                    "Aku? Aku pun tak tahu nak pergi mana."

                    "Kalau macam tu, aku cau dulu. Salute."

Arris pun menutup telefonnya dan terus melangkah keluar. Kai ditinggalkan dalam bilik itu. Dia kan boleh lesap. Kesah apa.

Seperti yang dikatakan Arris tadi, dia terus memandu ke hospital. Sebelum dia ke sana, Arris sempat singgah ke starbucks dan kfc untuk membeli makanan tengah harinya.

Sampai saja di hospital, makanan dan minuman yang dibeli tadi dibawa naik ke atas. Buka saja pintu wad, kelihatan Alya yang sedang makan bersama Asya disebelah.

                     "Dah. Kau pergi balik." Kata Arris kepada Asya.

                    "Abang Arris halau Sya ke?" Tanya Asya seakan ingin memerli abang iparnya.

                    "Haah." Jawab Arris selamba. Asya hanya mencebik geram.

                    "Nah. Ni kau punya. Aku tahu kau tak makan lagi. Pergi balik." Arris memberikan Asya satu kotak set kfc itu sebelum dia melangkah keluar.

                    "Air starbucks tu, tak ada untuk Sya ke?"

                    "Tak ada."

                    "Kedekut."

                    "Dikira elok lah aku sedekah kan kau kfc tu. Itu pun bukannya nak berterima kasih. Dah lah kau. Pergi balik sana." Halau Arris.

                     "Terima kasih." Asya menggulingkan matanya malas. Kemudian, dia terus keluar dari wad itu.

Alya dari tadi hanya memerhati perbalahan antara suami dan adiknya. Ikutkan dia memang nak menyampuk sekali. Tapi makanan hospital ni terlalu sedap. Jadi dia biarkan saja.

                      "Hubby, nak tu." Alya memuncungkan bibirnya ke arah air starbucks yang mencuri perhatiannya.

Arris tidak membantah. Dia memberikan air itu terus kepada Alya. Kemudian kotak kfc yang yang berisi ayam itu terus dia buka dan menggigit sekali.

Mrs. Arris ChrisDonde viven las historias. Descúbrelo ahora