Bab 59

164 7 0
                                    

Alya mula terasa sedar tanpa membuka matanya. Dia merasakan sebelah tangan kanannya tertindih sesuatu. Otaknya berfikir. Adakah kayu-kayu yang berdekatannya telah roboh? Adakah serangan dimulakan lagi tanpa dia sedar? Macam mana dengan anaknya di dalam perut? Apakah dia sudah mati? Dan saat ini dia...

Banyak perkara yang dia fikirkan.

Untuk memastikan, Alya menggerak-gerakkan matanya yang masih terpejam. Perlahan-lahan, dia pun mula membuka matanya.

Cahaya berwarna putih menyinari matanya. Jadi, dia tidak dapat membuka mata dengan sepenuhnya. Syiling berwarna putih itu adalah perkara pertama dia lihat selepas membuka mata.

Selepas itu, dia beralih kepada lengan kanannya. Seseorang telah tertidur pada lengannya. Lalu, dia menggerak-gerakkan sedikit jari bagi menyedarkan lelaki itu.

Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang familiar pada susuk tubuh lelaki yang tertidur ini. Tangan kiri dicuba angkat. Tapi, dia rasa tangan kirinya seperti lemah. Kemudian, dia cuba pula membuka kotak suara untuk bercakap.

"Hu... Hubby..." Kata Alya dengan lemah. Sambil-sambil itu, dia menggerakkan sedikit jarinya mana yang mampu.

Serta-merta lelaki yang tertidur itu mengangkat kepalanya dan terus menoleh ke arah Alya.

"K- kau... kau dah sedar??" Kata Arris dengan sedikit teruja.

Aaron, Valen, Ivan, Ariana, Aireen, Asya, Shawn, Spao dan Aidan terus menoleh ke arah Arris yang tiba-tiba terjerit itu. Kemudian mereka pun bangun dan melangkah ke arah Arris.

"Kakak dah sedar." Asya terus memeluk Alya selepas saja dia melihat Alya.

"Woi. Perlahan lah sikit. Bini aku tengah sakit. Suka hati mak bapak kau je." Arris terus menolak Asya yang terus memeluk Alya dengan tiba-tiba itu.

"Apa kau ni. Dengan adik ipar pun nak gaduh ke." Kata Shawn sambil menepuk bahu Arris.

"Suka hati lah. Dia kakak Sya." Asya membalas ayat Arris tadi.

Baru saja Arris nak menyerang Asya, Shawn bersama Spao ditepi telah menahannya dulu.

"Kalau aku sondol kau karang, kau nak? Rilek sudah lah." Kata Spao. Arris hanya menjeling Spao ditepi.

Alya yang melihat gelagat mereka itu hanya mengerutkan dahi. Tak tahu apa yang perlu dibuat.

"Bukan kau dah mampos ke." Kata Alya kepada Arris.

Mereka semua yang dengar itu terus terdiam sebelum Spao orang pertama yang menghemburkan gelak dulu.

"Kau kata aku dah mati? Sejak bila? Sampai hati kau..." Arris mengelap bawah matanya yang pura-pura menangis.

"Aku rasa, kau kena dengar dulu kitorang cerita." Aireen mula bersuara. Dia memegang bahu Alya untuk menenangkan kakak iparnya itu.

Baru saja Alya mahu membuka mulut, Alley datang kearahnya bersama satu kotak yang dibawa. Dia menolak Arris ketepi untuk memberinya laluan.

"Aku lah dengan budak ni. Ada yang mati dalam tangan aku karang." Kata Arris yang tertolak dengan budak sekecil Alley itu.

Buk!

Tiba satu tumbukan pada belakang kepalanya membuatkan dia tertunduk. Arris pun memandang kebelakang kerana tumbukan itu dari belakang.

"Buat lah kalau kau berani sangat. Jangan cakap je lebih." Ternyata Aaron lah orang yang menumbuk belakang kepala Arris. Arris hanya menunjukkan jari tengahnya kepada si abang.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now