Bab 3

314 20 0
                                    

Arris memimpin kembar itu masuk ke dalam mall milik Aaron. Pandangan dan jelingan orang awan diabaikan.

Apa pandang-pandang. Aku tahu aku handsome.

                    "Uncle, nak tu." Kata Alley sambil menunding jarinya ke arah kedai ais krim.

Arris memandang kedai itu.

                    "Nak juga.." kata Ace pula.

                    "Tak akan nak sekarang. Balik nanti tak boleh?" Tanya Arris.

Ace dan Alley menggelengkan kepalanya. Tangan Arris yang dipegang itu digoyangkan sambil membuat muka seperti mahu menangis.

                    "Uncle, nak ais krim..." merengek Ace dan Alley.

                    "Balik nanti lah. Kau ni, menyusahkan lah budak. Pergi mampus sana lah kalau nak ais krim." Kata Arris dengan nada keras dan rimas.

Arris tidak menghiraukan rengekan Ace dan Alley. Dia pun berjalan menuju ke escalator yang tidak seberapa jauh.

Ace dan Alley menarik tangan Arris ke arah bertentangan. Mereka berdua memaksa Arris untuk membeli ais krim itu sekarang juga.

                    "Apa lagi korang ni. Balik nanti lah kita beli. Jangan buat degil sangat boleh tak." Arris meninggikan sedikit suaranya.

Sepasang kembar itu pun tersentak sedikit dengan ayat yang dilontarkan Arris. Kemudian, muka mereka berubah seperti mahu menangis.

                   "Sikit-sikit nak nangis. Tak padan dengan anak mafia lah korang ni. Mak bapak kau ajar macam mana. Buat anak macam buat tahi."

                    "Dah, aku nak naik atas. Kalau korang nak ikut, ikut. Kalau tak nak. Pergi mampus." Sambung Arris.

Arris pun mula naik escalator itu dan dibiarkan Ace dengan Alley disitu. Mereka berdua hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya kebawah.

Tiba-tiba seorang pekerja wanita di kedai ais krim itu melangkah ke arah Ace dan Alley yang ditinggal situ.

                    "Hai. Adik nak ais krim ya?" Tanya gadis pekerja kedai ais krim itu.

Ace dan Alley memandang pekerja itu dan mengangguk perlahan dengan serentak.

                    "Jom akak belanja." Ajaknya.

Ace dan Alley pun mula senyum sesama sendiri dan mengikut gadis itu ke kedai ais krimnya.

Dua bekas yang berisi ais krim di dalamnya diberikan kepada Ace dan Alley yang sedang menunggu di kerusi yang tersedia di kedai itu.

Mereka pun makan dengan gembira sambil menggoyangkan kaki yang tidak sampai mencecah lantai.

Selepas hampir sejam Arris berada di mall itu, Arris berdetik untuk balik. Tiada barang yang dibeli olehnya. Kecuali air Starbucks ditangan.

Ace dan Alley dicari ditempat tadi. Tapi malangnya mereka sudah tiada.

                    "Mana pulak dua ekor anak babi ni... Nanti aku yang kena jawab dengan bapak kau, sial." Kata Arris sendirian.

Sedang leka mencari sambil menghirup airnya, tiba-tiba matanya ternampak Ace dan Alley di kedai ais krim yang mereka minta tadi.

Tanpa membuang masa, Arris pun melangkah masuk kedai itu.

                    "Habis dah makan?" Tanya Arris. Sebelah tangannya elok dimasukkan ke dalam poket.

Ace dan Alley memandang Arris dengan muka yang gembira dapat ais krim.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now