Bab 31

218 9 0
                                    

Seminggu sudah berlalu. Seminggu juga Alya dan Asya berada di mansion itu. Hari ini merupakan hari untuk Arris berjumpa dengan bapa saudara Alya untuk menjadi wali.

Mereka semua yang di dalam rumah itu sudah mengetahui tentang Arris yang akan kahwin dalam masa terdekat. Percaya, tak percaya, semua mata membuntang besar. Ayat yang keluar dari mulut Arris pada tahun lalu, dia sangat tidak mahukan kahwin. Tapi sekarang...

Hanya mulut celakanya yang berkata begitu. Tetapi hati? Meronta mahu. Dan itu sajalah caranya untuk hentikan projek tisu dan losyen.

Untuk hari ini, yang pergi hanya lah Arris, Alya, Asya dan Spao sahaja. Shawn, Aidan dan Ivan tidak ikut kerana hal 'kerja' mereka perlukan mereka.

Sepatutnya hanya Arris saja. Tapi Spao yang degil seperti kuman di jamban, tetap berkeras mahu ikut sekali walaupun 'kerja' itu juga memerlukannya sekali.

Mereka bertolak awal pagi selepas sarapan. Dan sekarang mereka berada di highway. Ianya tak jauh mana pun. Rumah pakcik saudara Alya itu terletak di perkampungan Johor.

"Aku harap korang boleh lah survive diri sendiri dekat sana nanti." Kata Alya selepas sudah hampir setengah jam mereka berdiam diri.

"Kenapa? Kawasan kampung je kan. Rilek lah." Balas Arris. Sebelum ni memang Alya dan Asya ada ceritakan tentang tempat pakciknya sorang ni.

"Memang lah. Aku tengok korang macam tak biasa je." Alya memandang Arris dan Spao secara bergilir-gilir.

"Excuse me. Don't judge a book by its cover, OKAY." Spao membela dirinya sendiri. Tidak membiarkan orang lain memburukkan dirinya yang kachak ni.

"Haha. Pesanan terakhir Sya cuma..., jangan merengek. Itu sahaja." Kata Asya. Kata terakhir sebelum keadaan menjadi senyap sunyi.

Selepas beberapa jam, akhirnya mereka tiba juga di rumah pakcik Alya yang dikatakan itu. Rumahnya terletak agak sedikit dalam di dalam hutan. Rumah Kayu moden.

Alya memberi salam. Apabila salam yang ketiga, akhirnya ada orang yang membuka pintu dari dalam.

Mak long Hijah. Dia isteri kepada pakcik Alya. Pak long Ghani.

Mak long Hijah membuka pintu sambil menjawab salam. Alangkah terkejutnya dia melihat anak buahnya datang secara tiba-tiba selepas beberapa tahun tidak berkunjung datang.

Alya dan Asya melangkah ke arah Mak long Hijah untuk bersalam. Begitu saja dengan Arris dan Spao. Mereka hanya menunduk saja.

"Pak long mana?" Tanya Asya. Sempat dia mengintai di keliling luar rumah itu.

"Biasalah pak long kamu tu... Memancing. Tak pun pergi ke laut tangkap ikan." Jawab Mak long Hijah. Sudah masak sangat dengan suaminya dengan kerja keras itu.

"Jom lah masuk dulu. Mak long pergi buat air sekejap." Katanya. Mak long Hijah hanya senyum pada Arris dan Spao dibelakang Alya. Kemudian dia terus menuju ke dapur untuk membuat air.

Dengan ragu-ragu, Arris dan Spao melangkah masuk. Sempat mata mereka melihat sekeliling rumah itu.

"Moden jugak rumah ni even dalam hutan sikit." Komen Arris. Spao disebelahnya hanya mengangguk setuju.

"Tak banyak yang berubah lah kak. Biasa je." Kata Asya kepada Alya.

"Memang lah. Kau tengok mak long. Mana larat nak ubah-ubah bagai."

Selepas beberapa minit, mak long Hijah datang dengan sedulang yang dibawanya. Satu bekas air sirap dan juga lima cawan bersama.

Mak long Hijah menuangkan air disetiap cawan dan diletakkan di hadapan mereka. Malu-malu Arris dan Spao minum air itu.

Aik. Dah pahal jadi abuja kena sunat dia kali ni?

Mak long Hijah duduk di kerusi yang berhadapan dengan Asya. Dia melihat dua orang anak buahnya yang sudah besar.

"Alhamdulillah, besar dah kamu berdua. Yang dua ni, siapa? Suami? Kamu dah kahwin ke?" Kata mak long Hijah kepada Alya. Pandangannya dialihkan ke arah Arris dan Spao.

Hampir tersedak Alya yang tengah minum itu. Kenapa? Mak long nampak dia memang macam orang dah kahwin ke.

"Eh, mana ada. Mak long ni pun. Ni sebenarnya-"

"Saya sebenarnya nak minta restu." Kata Arris laju yang memotong ayat Alya. Ternganga Alya dengan keberanian Arris itu.

"Saya nak minta restu makcik sebagai mak saudara dia dan juga pakcik untuk menjadi wali dan saksi." Sambung Arris lagi. Selamba saja dia berkata. Dia ni tak ada perasaan ke apa.

"Oh, belum kahwin. Ingatkan dah. Jadi, sekarang ni kamu minta restu lah dulu ni?" Kata mak long Hijah. Tersenyum dia mendengar. Arris hanya mengangguk.

"Siapa nama? Orang mana? Om puteh? U.. u chan sepik malay? Chan? I am so peraud."

Hampir terburai gelak Spao yang mendengar itu. Sabar Spao. Ni bukan dekat rumah. Kawal gelak kau tu. Sama saja dengan Alya dan Asya yang memasang telinga dari tadi.

"Saya bukan om puteh. Saya orang Itali makcik. Nama saya Arris." Kata Arris perkenalkam diri. Dia juga turut memperbetulkan kesalahan mak long Hijah itu.

"Oh Arris. Orang Itali. Oh. Yang sebelah ni?" Mak long Hijah menuju pula pada Spao ditepi Arris.

"Saya Spao makcik. Orang German. " Kata Spao ramah. Senyumnya manis. Hanya sebab menutup gelak. Itu saja.

"Apa dia? Nak pau? Lapar ke. Ala kat rumah makcik tak ada pau. Makcik lupa beli. Ingatkan tak ada orang datang."

Kali ni Arris pula yang menahan gelaknya. Alya dan Asya pula selambanya saja terburaikan gelak mereka.

"Bukan makcik. Saya Spao. Sss Pao." Spao mengajar mak long Hijah menyebut namanya. Elok-elok Spao dijadinya pau.

"Sss se pau." Ulang mak long Hijah. Dia pun tak tahu apa yang dikatanya.

"Sepa. Sepa makcik. Lepas tu tambah O. Jadilah Sepao. Spao." Jelas Spao lagi.

Arris, Alya dan Asya sudah pecah usus agaknya gelak dari tadi. Susah betul.

"SepaO."

Spao menepuk dahinya.

"Sepa je lah makcik." Susah betul mahu ajar. Sambung Spao dihati.

"Maafkan lah makcik ni, Sepak. Lidah makcik ni bukannya lidah om puteh."

Sekali lagi Arris, Alya dan Asya tergelak. Dari senyum sipi-sipi. Kini sudah terletus seperti gunung berapi. Spao disitu hanya mengangguk pasrah. Sepak pun Sepak lah.

Selepas itu, mereka hanya membuat haluan masing-masing. Spao sudah telentangkan badannya di tengah ruang tamu disebabkan panas dan juga Arris sudah kebas kipas awal-awal.

Alya dan Asya pula menolong mak long Hijah membungkus nasi lemak di dapur. Petang-petang ni mak long Hijah memang selalu buat nasi lemak dan dijualkan di warung sebelah rumahnya.

Pak long Ghani pula masih belum pulang. Kata mak long Hijah, kalau suaminya belum pulang waktu petang, mungkin suaminya ke laut.

Waktu magrib menjela. Selepas mengaji dan solat magrib, mak long Hijah terus ke dapur untuk memasak makan malam sebentar lagi.

Ikan yang berjaya ditangkap pak long Ghani tadi dibuat lauk. Hanya Asya saja ya g menolong mak long Hijah di dapur. Alya pula menolong pak long Ghani untuk membaiki kipas untuk Spao. Satu sudah dikebas Arris. Sedap saja dia dihadapan kipas itu dengan kelajuan ketiga.

Selesai makanan sudah terhidang, mereka semua duduk di meja makan. Jangan risau. Semua lauk bandar. Bukan kampung. Mak long Hijah tahu akan Spao dan Arris akan kurang dengan masakan kampung.

Sedang sedap menikmati makanan. Tiba-tiba Spao menepuk kakinya. Kemudian di garu-garu dengan kedudukan tidak tenang. Mak long Hijah dan pak long Ghani hanya tergelak memandang.

Mereka sudah pasang ubat nyamuk. Nasib siapa lah yang kena gigit. Itulah Spao. Darah terlalu manis.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now