Bab 46

190 9 0
                                    

Arris menarik Alya sehingga ke bilik mereka. Lalu, Arris melepaskan genggamannya di lengan Alya dengan kasar. Alya yang diheret oleh suaminya itu tertunduk sehingga di dalam bilik. Pergelangannya dipegang.

"Aku nak kau tunggu aku. Kau jangan tidur selagi aku tak siapkan kerja aku." Kata Arris sambil melangkah ke meja kerjanya.

"Apa masalah hubby ni. Boleh je kan cakap elok-elok. Tak payah nak heret orang macam heret binatang." Balas Alya dengan muka masam mencukanya dek kerana perbuatan Arris.

"Aku memang nak cakap elok-elok tadi. Tapi kau dah buat mood baik tu hilang."

"Alasan."

Alya pun melangkah ke katil dan menghempas badannya di atas katil bersaiz king itu. Arris hanya membiarkan. Dia hanya menggeleng saja kepalanya.

Selepas tiga puluh minit dia membuat kerjanya dengan tenang, tiba-tiba dia berasa resah pula. Rambutnya diserabutkan di hadapan komputer itu.

"Kenapa?!" Rambut yang diserabutkan tadi kini ditarik pula. Kemudian, telapak tangannya menekup muka dan menongkat dengan siku diatas meja hadapannya.

"Hubby? Kenapa apa ni?" Alya yang perasan akan tingkah suaminya itu terus duduk dari pembaringannya. Kaki dilangkah ke sebelah Arris.

"Kenapa... Kenapa... Kenapa nama kau walaupun empat perkataan tu boleh penuhkan dalam kepala otak aku. Aku tak boleh nak fokuskan dekat kerja aku. Aku nak buat kerja pun tak boleh!" Kata Arris dengan suara sedikit naik seoktaf.

"Oh." Balas Alya sepatah.

"Oh? 'Oh' je kau balas??" Arris mula memandang isterinya ditepi.

"Habis tu hubby nak orang balas apa? Walaupun dalam kepala orang ada lapan perkataan pun tak ada lah penuh sampai macam tu." Alya kembali ke hujung katil. Dia melabuhkan punggungnya dan menyilangkan kaki.

"Lapan? Satu.. dua.. tiga.. empat.. ..... Aik? Nama aku sepuluh. Kau tak reti kira ke apa? Bodoh eh?" Arris menunjukkan jari tengahnya.

"Siapa cakap nama hubby."

"Habis tu??" Arris sudah mengerutkan dahinya. Dia pun bangun dari kedudukannya di kerusi dan melangkah ke arah Alya. Dia pun melabuhkan semula punggungnya di sebelah isterinya.

"Baekhyun." Balas Alya sepatah dengan selambanya.

"Oh... Jadi, selama ni, kau memang fikir pasal Baekhyun je lah? Dalam otak kau tu memang dia je lah? Habis tu, aku ni???" Kata Arris sambil mendekatkan sedikit badannya.

"Hubby, chill lah. Memang lah Baekhyun tu memenuhi dalam kepala otak orang. Tapi hubby memenuhi hati orang. Fikirlah banyak mana pun pasal Baekhyun, tapi rasa cinta di hati tetap kepada hubby." Kata Alya mengikut kehendak kepalanya. Dia juga tidak tahu apa yang dikatanya sendiri. Apa yang lalu dikepala, itulah yang dikata.

"Kau nak goda aku eh?"

Reaksi muka innocent Alya tadi kini berubah. Seingatnya, dia hanya berkata bersahaja saja. Tapi, kenapa suaminya memikir akan dia mahu menggodanya?

"M- mana ada." Alya menafikan.

"Habis tu. Kenapa kau cakap macam tu? Hm?" Arris menaikkan sebelah keningnya dan menunjukkan sedikit reaksi muka bernafsunya.

"Saja."

"Lain kali cakap pakai otak."

"Orang tak cakap pakai otak. Orang cakap pakai mulut." Balas Alya. Perlahan-lahan dia kebelakangkan sedikit dirinya dari Arris.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now