Bab 38

221 10 0
                                    

"Nah. Ambil ni sorang satu." Aidan menyerahkan earpiece kepada anak-anak buah Aaron yang sudah berada dalam kapal terbang itu.

"Cuba pakai. Test dulu. Kalau ada problem, boleh suruh Spao betulkan." Sambung Aidan. Mereka yang sudah dapat itu terus memakainya.

"Semuanya baik, Sir!" Kata anak-anak buah Aaron serentak. Apabila dikatakan begitu, jadi tiada apa yang akan dibetulkan. Aidan pun berlalu pergi ke hadapan dimana tempat first class di dalam kapal terbang itu.

"Semua ok?" Tanya Aaron. Aidan hanya mengangguk.

"Kereta dengan motor semua dah angkut kan. Tak ada yang tinggal?" Tanya Arris untuk memastikan. Aidan pun mengeluarkan iPad nya dan membuat semakam terakhir.

"Haah. Semua dah angkut dan tak ada yang tertinggal." Balas Aidan. Arris pun kembali ke tempatnya.

"Eh, kejap. Ni earpiece korang."

Selesai semuanya sudah terurus, kapal terbang pun mula berlepas. Keadaan yang riuh rendah tadi sudah bertukar sunyi. Hanya membuat haluan masing-masing.

Selepas 2 jam, akhirnya kapal terbang yang dinaiki mereka sudah mendarat dengan selamat. Keadaan di situ agak sunyi kerana mereka mendarat di tempat peribadi mereka.

Turun saja, suasana agak panas membahang. Tambahan pula sekarang musim panas. Tangan dijadikan kipas.

"Pastikan nanti, kenderaan ni semua stay ikut jejak kitorang. Jangan terlepas." Kata Arris memberi amaran. Salah satu anak buah Aaron mengangguk dan terus menjalankan tugas mereka.

"So, kita nak mula daripada mana ni?" Tanya Spao. Arris, Aaron, Aidan, Ivan dan Alya memandang Shawn yang masih ralit dengan komputernya.

"Mungkin kita boleh changes dekat gudang belakang syarikat tu."

Sampai di gudang yang sudah usang itu, mereka meletakkan semua peralatan senjata ke bawah. Dan saat itu, mereka semua menukar pakaian di situ.

"Sini. Kau boleh tukar kat sini. Aku jaga luar. Jangan risau, kalau ada orang usyar kau, aku bunuh je terus." Kata Arris. Dia membantu Alya untuk menukar di salah satu bilik dalam gudang itu.

Selesai semua, mereka berkumpul. Anak-anak buah Aaron sudah berada di posisi mereka untuk menjadi cover mereka.

"Sumpah penat. Apahal lah manusia ni tak letak duit dalam bank. Kenapa mesti dalam peti besi. Aduu." Rungut Arris. Dia paling tak suka satu misi yang agak kecil, tetapi dibesar-besarkan.

"Otak cetek. Macam kau tak tahu." Balas Spao.

"Ok. Aku tak nak buang masa. Shawn, kau boleh gerak ke posisi kau sekarang. Bagitahu kitorang kalau semuanya clearly. Arris kau tunggu maklumat dari Shawn. Aaron, kau cover Arris. Alya dengan Spao kita gerak sama. Aidan, kau pastikan anak-anak babun tu fokus dengan diorang punya posisi. Kalau semua dah ok, kau get ready pulak untuk keluarkan kereta dengan motor." Terang Ivan satu per satu.

"Yang terakhir, masa, saat dan waktu semuanya kau yang tentukan." Kata Ivan menunjuk ke arah Alya.

"Aku? Kenapa?"

"Semuanya bergantung pada masa kau berkomunikasi dengan orang dalam bilik itu. Jangan lupa bagi isyarat sebelum kau berhadapan." Alya pun mengangguk dengan arahan yang diberi Ivan.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now