Bab 41

206 9 0
                                    

Selesai semuanya, Arris sudah boleh keluar dari hospital. Ivan tidak ke sana kerana masih mencari Alya. Dia mengalihkan tugas Shawn kerana dia pasti, Shawn masih lagi dalam proses untuk belajar geografi 6 grid. Walaupun dia sudah dikenali dengan hacker terhandal, satu masalah itu masih dia tidak dapat dikenal pasti.

Sampai di rumah, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Valen, Ace dan Alley tiada di situ. Mereka bertiga ke rumah Ariana untuk dikawal Aireen dengan lebih ketat. Asya yang sudah mula cuti semester, dia juga duduk bersama Ariana dan Aireen.

Ini semua arahan Aaron. Untuk lebih selamat, dia biarkan isteri, anak-anaknya dan juga Asya menetap di rumah kakaknya.

"Aku tak dapat lagi lah weh. Susah." Rungut Ivan. Skrin komputernya asyik memunculkan syntax error saja.

Eh, tu kalkulator.

Error. Not found. Not impressed. Does not exist in longitude or latitude.

"Dah berapa lama kau hadap benda ni je?" Tanya Arris.

"Lepas kitorang jumpa kau tu lah. Aku terus jejak bini kau. Lama punya lama, hampeh. Syntax error." Jawab Ivan. Matanya masih menumpu pada skrin itu.

"Kau bangang apanya. Syntax error tu kalkulator bodoh. Bodoh-bodoh aku pun tahu tah apa kejadah tu." Arris berkata sambil menyepak lengan Ivan. Elok saja dia baring dengan kakinya menghala ke arah Ivan. Ivan hanya menjeling mata biru kristal itu dengan tajam.

"Tak pun kan... Kita minta tolong mipan zuzuzu tu. Ok tak?" Kata Spao selepas mendiamkan diri bersama telefonnya.

"Mipan zuzuzu, zuzuzu. Mipan zazaza, zazaza. Mipaaananananana zizizizizizizizi......" Nyanyi Shawn tunggang-langgang. Apa dinyanyi pun tak tahu.

"Daripada kau minta tolong alpaka tu, baik minta tolong Hamud! Hamud... Hamud... Hamud habibi Hamud! Hamud habibi! Hamud habibi hamud! Boleh tepuk-tepuk tangan! Silap-silap kote kau aku tepuk bagi putus! Fokus lah!!" Naik berang sudah si Arris. Emosinya seperti tidak stabil. Dia sudah berdiri dari pembaringannya tadi.

"Tak, tak. Kau kenapa ni? Terjerit-jerit. Asal emosi kau tak stabil sejak kebelakangan ni, hah? Period kat bontot ke." Kata Aidan. Atas bawah, atas bawah dia pandang Arris.

"Mana taknya aku emo babi! Dua ekor ni main-main je tahu! Mana aku tak panas!"

"Tak ada lah. Sebab sebelum ni, kau biasanya ikut bodoh macam dorang jugak." Sambung Aidan.

Arris memegang kepalanya menahan geram. Kulur-kilir dia dengan emosinya itu. Seperti orang gila.

"Sudah... Sudah. Duduk Arris." Kata Aaron tegas.

"Kalau tak boleh sangat, kita minta je tolong ZZV tu. Dia dalam MS Fam ni jugak kan... Kalau minta tolong dia, cepat lah dapat jumpa Alya tu. Aku malas lah nak lambat-lambat kan. Tolong lah. Beri kerjasama." Bebel Aaron. Dia sebagai seorang yang matang, dia berhenti suasana kanak-kanak ini.

"Ishh!!!! Diamlah!!!! Serabut tahu tak!!!! Tak pernah tenang rumah ni lah!!!!! Sial nak mampus!!!! Sekarang ni, baik korang buat keputusan cepat. Kalau nak minta tolong dengan ZZV, bagitahu aku bila korang nak pergi jumpa dia. Aku serabut!!!!!" Tengking Arris dengan beroktaf suaranya. Rasanya hutan disekeliling bergema dengan suara Arris itu.

Kaki dibentak kasar melangkah naik ke bilik. Aaron, Shawn, Aidan dan Spao hanya memerhati tanpa berkata. Agak terkejut dengan perangai Arris yang tak pernah dibuatnya sebelum ini.

Mrs. Arris ChrisKde žijí příběhy. Začni objevovat