Bab 14

226 10 0
                                    

Arris tersedar dari tidur lenanya apabila telefonnya berbunyi.

Dia terus menekan punat hijau tanpa memandang kontak nama.

"Turun woi. Ada benda ni." Kata satu suara di hujung talian.

Arris tidak menjawab. Dia terus matikan talian. Dia meraup muka mengantuknya. Kemudian dia memandang ke arah tingkap.

Gelap.

Jam di telefon dilihat.

22:45

Arris terus bangun dari pembaringannya. Baju putih yang tersangkut disarungkan ke badan.

Kaki terus melangkah turun ke bawah.

Melihat Aaron, Shawn, Ivan, Spao dan Aidan yang sudah berkumpul bersama.

"Kau tidur ke tho? Tanya Shawn.

Mereka pun memandang ke arah Arris apabila Shawn berkata itu. Arris hanya mengangguk sambil menggosok matanya.

Dia melangkah ke arah Aidan. Riba jejaka itu di duduknya.

"Dasar adik kasayangan Adiel." Kata Aaron perlahan. Walau perlahan, tetap didengar Arris.

"Biarlah. Dia sama macam Adiel. Layan je aku. Tak macam kau. Dah ada anak bini terus lupa aku." Sindir Arris. Lalu, Aidan dipeluknya.

Spao yang melihatkan adegan itu terus memeluk Shawn disebelah.

"Kau pahal babi." Tanya Shawn kepada Spao.

Spao tidak membalas. Dia memuncungkan bibirnya untuk mencium pipi Shawn.

"Eii! Apa ni woi!! Lepas!! Eeiii!!!" Shawn cuba melepaskan pelukan yang dipeluk Spao itu.

"Spao. Fokus."

Terus terhenti perbuatan Spao itu selepas Ivan bersuara. Dia kembali duduk di tempatnya. Aaron yang melihat itu hanya mampu memegang kepalanya.

"Ha... apa yang nak dibincangkan? Cepatlah sementara aku masih sedar." Kata Arris dalam nada mengantuknya.

"Aku dapat E-mail dari Cuore Oscuro. Uno ajak jumpa." Kata Aaron dengan nada serius.

"Ajak jumpa? Kenapa? Sebab apa? Kat mana? Tingkat mana? Lot mana? Mana-mana?" Tanya Spao yang halal untuk dimaki.

"Sial. Diam." Kata Shawn kepada Spao.

"Dia tak bagi tahu lagi. Nanti dia hantar. Pergi siap cepat." Arah Aaron.

Aaron, Ivan, Shawn dan Spao terus bergegas ke bilik masing-masing untuk bersiap. Begitu juga dengan Aidan dan Arris.

"Masa aku nak rehat lah macam-macam ada. Masa aku free tak ada pulak nak ada-ada. Sial betul." Kata Arris.

Siap saja, mereka terus keluar dan menuju ke satu van yang terletak di kiri bawah tanah sebelah rumah.

Valen, Ace dan Alley hanya tinggal dirumah. Aaron sudah berpesan supaya tidak keluar. Arris pula telah mengunci kesemua rumahnya supaya keselamatan mereka terjaga.

Aaron hanya memandu mengikut GPS yang diberi oleh Cuore Oscuro seminit tadi.

Sampai di destinasi, Aaron memandang tempat itu dengan tidak percaya. Sama juga Arris dan Aidan. Shawn, Ivan dan Spao hanya beriak biasa.

Kerana itulah tempat kesukaan mereka.

"Apa gila dia ajak jumpa kat sini." Kata Aaron. Matanya masih memandang tempat itu.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now