Prolog

1.3K 31 0
                                    

Kedengaran satu tapak kaki yang menapak keluar dari satu bilik kecil dalam bilik yang besar itu. Kerusi yang berada di tengah itu diduduknya.

Kaki disilangkan.

Seorang jejaka mula masuk ke dalam bilik itu dengan mengheret seorang lelaki yang diserkup mukanya dengan guni kecil muat-muat mukanya. Lalu, jejaka itu terus menghempas kasar lelaki yang di heret itu di hadapan gadis yang berada di kerusi itu.

Ya. Dia seorang gadis.

Gadis itu menjatuhkan kakinya dan kedepankan badannya dihadapan lelaki yang dibawa jejaka itu tadi.

Kemudian, gadis itu mencabut kasar guni yang menutupi kepala dan wajah dari lelaki dihadapannya.

Dengan lebam yang teruk, mata disebelah kiri sudah sepet dek kerana ditumbuk. Tambahan pula ada beberapa luka di dahi, pipi dan juga leher.

Itu baru wajahnya. Badan? Sudah tentu ada yang sudah patah.

"You did it well, Spao." Kata gadis itu kepada jejaka di sebelahnya yang bernama Spao.

Spao Kenzo. Atau nama saintifiknya, Lelouch Spao Kenzo. Jejaka yang berdarah kacukan Jepun itu cekap mengendalikan segala masalah mengenai reka bentuk. Tidak lupa juga dirinya yang selalu digelar sebagai Mr. Macgyver.

Spao hanya mengangguk. Kemudian dia melangkah ke belakang untuk memberi ruang kepada gadis itu untuk menyelesaikan lelaki dihadapannya.

Arris yang berada di hujung sudut bilik itu hanya memerhati saja tidak balas gadis itu. Dalam diam, dia mengukirkan senyuman sinisnya bersama aura hitamnya dengan kedua tangan yang elok dimasukkan ke dalam poket.

Perlahan-lahan, gadis itu mengeluarkan sebilah pisau yang berada di belakangnya. Pisau yang kelihatan agak lama yang bercorakkan dengan warna coklat berkeemasan. Karat.

Gadis itu bangun dari kedudukannya. Dia menapak perlahan ke arah lelaki dihadapan walau hanya beberapa inci sahaja.

Lelaki itu jelas ketakutan. Dengan peluhnya yang membasahi dirinya. Kepala digeleng-gelengkan yang bertanda supaya gadis itu tidak berbuat apa-apa kepadanya.

Tetapi, gadis itu tidak menghiraukan lelaki itu. Dia hanya meruskan langkah. Tanpa isyarat apa-apa, gadis itu terus mencengkam dan menarik kuat rambut lelaki itu sehingga dia terdongak ke atas kasar. Bunyi pada leher lelaki itu pun turut terhasil.

Terpampar jelas, muka lelaki itu ketakutan.

Dengan pisau tumpul yang berada di tangan gadis itu, perlahan-lahan dia meletakkan di bahu lelaki itu. Bajunya yang sudah terkoyak rabak di leher, membuatkan leher dan dadanya terdedah.

Gadis itu menoreh halus di antara bahu dan leher lelaki itu dengan ukuran 10.5 sentimeter. Nampak seperti halus. Tapi, hanya dia saja yang tahu bagaimana caranya dia menggores halus walaupun pisau yang dipegang itu sangat tumpul.

Kerongkong lelaki itu seakan tersekat sesuatu. Dia mahu menjerit, tetapi dia tiada daya untuk itu.

Cecair merah yang mula mengalir di dada lelaki itu keluar dengan deras. Gadis yang melihat itu, dia tersenyum riang.

Dia pun mencium darah itu.

"Wangi." Kata gadis itu dengan nada sukanya.

"Tapi sayang, kau sendiri yang membuatkan ianya busuk." Sambung gadis itu.

Lalu, dengan cekap dan pantas, gadis itu terus menoreh kasar di bahagian rahang lelaki itu. Lelaki itu masih tidak mengeluarkan satu bunyi dari kerongkongnya. Dia pun tertunduk kesakitan.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now