Bab 55

165 9 0
                                    

Jam sudah hampir menunjukkan pukul tiga pagi. Mereka masih lagi berada di hospital oleh kerana Alya yang masih mengeraskan dirinya untuk tidak mahu pulang. Sudah berkali-kali mereka memujuknya. Tapi dia masih tidak mahu beredar dari tempat duduk.

Aaron hanya menunggu sambil mendukung Ace yang didadanya yang sudah tertidur. Begitu juga dengan Valen yang mendukung Alley.

Shawn dan Spao sudah terbongkang baring di atas kerusi. Spao baring kepala di bawah kaki di atas. Shawn pula kepalanya membantalkan perut Spao dan kakinya terkangkang luas. Tidak lupa juga Aidan yang turut serta bersama mereka.

Zeno dan Kai yang bersandar pada dinding hanya mampu memerhati. Apa perangai lah manusia ni.

                    "Kak, jom lah balik. Dah nak pukul tiga dah ni." Pujuk Asya yang sedang menahan matanya dari tertutup.

Alya menggelengkan kepalanya tanpa berkata. Dia masih lagi tidak dapat menerima yang suaminya sudah pergi dalam keadaan macam ni.

                    "Weh, bangsat. Pergi balik lah sial. Kau nak aku cium kau dulu baru kau nak balik ke hah."

Tiba-tiba satu suara lalu digegendang telinga Alya. Dari dia menangis di bahu Asya, terus saja dia berhenti dan mengangkat kepalanya. Mencari siapa yang bercakap tadi.

                    "Siapa..." Kata Alya sambil memandang Asya. Dia merasakan suara itu seperti suara Arris.

Ivan yang duduk disebelah Spao yang nyenyak tidur terus bangun. Dia melangkah ke arah Alya.

                    "Jom balik. Kita dah lewat dah ni." Kata Ivan. Dia sempat memasukkan tangannya ke dalam poket.

                    "Tak boleh ke kita tunggu sampai pagi. Lawat kubur dia sekali." Balas Alya menahan sedu.

Tangan Ivan yang berada di poket tadi dikeluarkan dan cuba melutut di hadapan Alya.

                    "Dengar. Sekarang dah pukul tiga. Lambat lagi matahari nak terbit. Kau tu mengandung. Tak elok lewat-lewat macam ni. Jom. Aku tahu kau lapar. Aku bawak kau pergi cari makan." Pujuk Ivan sehabis baik. Lembut dan halus saja suara dia menujuk. Sambil dia berkata, sambil dia mengusap perut Alya yang makin membesar itu.

Alya pun mengelap sisa air matanya. Asya disebelah menolong dia untuk bangun. Ivan yang sudah kehadapan, terus kembali ke arah Alya dan memegang hujung lengan bajunya. Mereka pun terus keluar dari hospital itu. Aaron yang berdiri tadi melangkah ke arah Valen untuk balik. Zeno dan Kai yang faham dengan situasi, mereka berdua terus hilangkan diri entah kemana.

Di tempat menunggu itu hanya tinggal Spao, Shawn dan Aidan yang masih nyenyak tidur. Langsung tidak sedar yang mereka semua sudah berlalu pergi.

Tiba-tiba ada seorang doktor menghampiri mereka bertiga.

                    "Excuse me. Encik ada sesiapa ke yang tengah tunggu?" Kata doktor itu. Dia menyentuh sedikit bahu Aidan kerana dia saja yang masih waras antara mereka bertiga.

Aidan tersentak sedikit. Dia membuka matanya dan memandang ke arah doktor itu.

                    "Oh, maaf. Saya..." Baru saja Aidan nak tunjuk mereka yang tadi ada dihadapannya, terus saja terkaku apabila di depannya kini sudah kosong.

                    "Encik dengan diorang semua ke tadi. Oh, diorang baru je pergi tadi." Kata doktor itu.

Aidan memandang sekeliling. Kemudian, dia terus menggoncang badan Spao dan Shawn yang masih terbongkang. Lalu, terus terkejut mereka dibuatnya.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now