Bab 68

147 10 0
                                    

                    "Comel gila! Mata dia ikut korang. Kecik-kecik dah lawa, entah-entah besar lagi lawa kuasa tiga." Kata Spao yang masih ralit melihat anak Aaron yang baru lahir itu.

                    "Apa benda kau merepek ni jamal. Kau ingat dia ni Boboiboy versi perempuan ke sial." Balas Shawn dengan merepek Spao yang serupa pak Kasim jiran rumah cik Zaiton.

Aku pulak yang merepek tak tentu pasal.

                    "Apa nama dia? Korang dah bagi ke dia nama?" Tanya Alya. Sekarang ni, mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk meraikan ahli baru itu.

                    "Ada. Nama dia Auney. Comelkan?" Jawab Valen dengan pertanyaan Alya tadi.

                     "Auney apa?" Tanya Alya lagi.

                    "Auney apa lagi? Auney je lah." Sampuk Arris.

                    "Bukan ke sepatutnya ada nama tengah macam korang jugak. A depan. E belakang. Tengah C."

Semua mata memandang sesama sendiri. Nampaknya ada yang tak tahu lagi ni.

                   "Untuk yang ada nama tengah tu untuk lelaki. A. C. E. Atau disebut Ace yang bermaksud ketua, diharapkan dan kepercayaan. Dan salah satu contoh untuk nama itu adalah Ace. Sebab dia yang pertama dan dia juga yang akan menjadi ketua untuk generasi akan datang." Terang Aaron kepada Alya. Kemudian, Ace yang berada tidak jauh darinya ditarik.

                    "Dan untuk perempuan pulak, hanya A. E. Atau disebut Æ (ai). Macam nama Alley. Hanya nama depan dan belakang saja. Æ juga bermaksud kumpulan. Satu kumpulan yang berani melawan pihak musuh." Sambung Aaron lagi. Alya yang baru tahu itu hanya mengangguk. Baru dia tahu.

                     "Æ? ÆSPA?" Kata Alya selepas dia berfikir sesuatu.

                    "Bukan yang tu lah. Tu Æ lain. Ni Æ lain." Balas Ivan. Nasib jiwanya juga seperti Alya. Kalau tidak, tercengang semua orang.

                    "Auney ni, aku tak pelik lah sangat. Yang aku peliknya, Alley. Elok-elok mata Ace sama macam korang, sampai Alley biru." Kata Aireen membuat perbandingan.

                    "Mungkin dia macam kita jugak. Iyalah, semua orang biru, sampai Aaron coklat. Keturunan lah ni." Kata Ariana pula. Mereka pun mengangguk mengiyakan Ariana.

Selepas balik saja dari hospital tadi, memang semuanya sudah bersedia di ruang tamu. Shawn dan Spao yang tengah berlumba tadi pun dipaksa Aaron suruh balik. Nak atau tidak, mereka terpaksa.

Untuk makan malam, Aaron telah menempah satu restoran yang mewah berbintang tinggi. Satu keluarganya dia sudah tempahkan.

Tepat pukul lapan malam, mereka sudah bersiap sedia di tempat bangkel kereta dibawah. Aaron dan Valen naik kereta Vellfire yang muat dengan lapan orang. Arris dan Alya, mereka naik kereta mereka sendiri, iaitu Lamborghini. Kata Arris, dia mahukan privasi untuk mereka berdua.

                    "Aku nak drive!" Jerit Spao dari muka pintu yang sedang menyarungkan kasutnya. Kemudian, dia terus turun ke bawah dimana mereka semua berkumpul.

                    "Aku tak boleh lah nak percaya kau bawak kereta. Dah lah ada budak." Kata Ivan kepada Spao yang ragu-ragu dengannya.

                    "Itu lah tu. Aku dah trauma dengan kau masa kau bawak aku pergi kedai hari tu. Sumpah aku rasa jantung aku ni nak tercabut keluar." Kata Shawn pula yang mengungkit kisah lama.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now