Bab 74

164 12 0
                                    

Tiga hari sudah berlalu. Alya masih belum dapat keluar dari hospital. Luka pada pehanya pun semakin baik apabila doktor selalu membersihkan luka itu. Lagi empat hari, doktor akan membuka jahitan itu. Selama tiga hari ini juga, Arris lah yang menjaganya sepenuh masa.

                    "Cariño. Esok aku dah mula kerja. Aku mintakan Sya untuk jaga kau sementara. Lepas tu aku ada mintakan juga Aidan buat surat MC dia. Jadi, tak ada lah dia kena cop ponteng kelas." Kata Arris. Matanya tidak beralih pada telefon.

                     "Hubby kerja ke?" Tanya Alya seakan perli. Dia tahu, suaminya ni bukannya rajin kerja. Itu pun kalau ada hal penting.

Kerja dulu pun suruh Ivan dengan Aaron buat. Ceh!

                     "Kurang ajar kau. Aku ada meeting esok. Apa benda tah diorang tu. Tau lah syarikat aku tengah hots sekarang." Jawab Arris. Sempat dia memuji kerjanya.

                     "Kalau malam ni hubby tidur sini. Malam esok hubby tidur mana?"

                     "Sini. Aku tak balik rumah. Kalau aku tidur kat rumah nanti, aku resah. Resah sebab kau tak ada. Hati aku tak akan tenang." Kata Arris sambil dia memegang tangan Alya.

                     "Iya lah tu. Yang masa buat-buat hilang ingatan, lepas tu mati bagai tu tak ada pulak fikir benda ni." Ungkit Alya tentang kejadian lama itu.

                    "Kau ingat aku tenang ke? Kau nampak je luaran aku serupa bontot babi, tapi hati aku tak. Hati dengan otak aku selalu fikir pasal kau." Luah separuh hati Arris.

                    "Iya lah." Alya pun kembali menyandarkan badannya di kepala katil itu.

                     "Hubby." Panggil Alya selepas keadaan mereka senyap beberapa saat. Arris hanya 'hm' tanpa mengeluarkan sebarang perkataan.

                    "Ivan mana? Tiba-tiba rindu dia pulak."

Terus terhenti Arris yang sedang menaip di telefonnya. Badannya sedikit mengeras. Dia pun memusingkan badannya dan menatap Alya.

                    "Kenapa? Dah bosan dengan aku ke? Atau kau dah berubah hati? Eh. Kau kena ingat. Kalau bukan sebab aku, kau tak dapat tau naik kereta mahal aku. Kalau bukan sebab aku, kau tak dapat telefon ni. Kalau bukan sebab aku, kau tak akan bahagia sekarang."

                     "Kau kena ingat. Dan kalau bukan sebab aku, dia tak ada dia kat sini." Arris menunjukkan perut Alya. Anak mereka. Alya hanya tersengih saja mendengar Arris membebel dan mengungkit hal lama.

                    "Ceh. Model sperma je pun. Itu pun nak berkira. Eh. Hubby kena ingat. Kalau bukan sebab orang, hubby tak akan dapat semua tu." Balas Alya. Dia cuba mempertahankan dirinya.

                    "Kau jangan nakal sangat, cariño. Tak sempat anak ni lahir, dah ada lain dalam tu." Kata Arris seakan memberi amaran. Alya hanya tergelak.

                     "Ok, aku dah siap."

Arris menzipkan beg galasnya selepas tuala itu disumbat ke dalam. Alya yang menunggu Arris hanya duduk di hujung tepi katil sambil menggoyang-goyangkan kakinya kedepan dan kebelakang.

Asya yang baru sampai tadi hanya membuat tidak tahu kepada pasangan itu. Terasa segan menyeluputi diri walaupun sudah biasa.

                    "Kau rehat diam-diam kat sini. Jangan keluar. Aku balik lewat sikit. Kalau lewat sangat, kau tidur je lah dulu." Pesan Arris.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now