Bab 17

217 10 1
                                    

"Aku tak terima penolakkan." Nada Arris yang mendatar tadi bertukar tenang.

"Aku tak terima perasuahan."

Arris melepaskan keluhannya.

"Tolong ambil. Jangan bazir masa aku. Ambil lah sebagai isi minyak motor ke. Yang penting, kau ambil." Paksa Arris lagi.

"Cakap macam orang tak mampu bayar minyak je." Sindir Alya. Hujung bibirnya dijongketkan sesaat.

"Mana ada aku cakap kau tak mampu bayar."

"Tak payah cakap. Tengok cara pun dah tahu."

Arris memejamkan matanya. Apa masalah perempuan ni. Susah sangat ke nak ambil duit.

Sudah lama Alya berada di situ. Dia pun memandang jam di tangannya. Hanya tinggal 20 minit saja lagi sebelum dia ke kerja lainnya.

"Aku dah lambat. Baki ni ambil. Terima kasih sebab memesan makanan." Kata Alya sepintas lalu.

Tidak sempat dia melangkah keluar dari pintu, Arris menarik dia kembali. Duit baki dan sekeping 100 tadi diletakkan di dalam poket gadis itu. Selepas itu, dia menolak badan gadis itu keluar dan terus menutup pintu membiarkan gadis itu terpinga-pinga di luar.

Arris tergelak kecil.

Dia memusing kebelakang untuk kembali ke mejanya. Dia melihat Aaron, Shawn dan Aidan masih memandang.

Spao pula memandang dia sambil makan makanan Arris dengan selambanya.

"Woi! Makanan aku! Pahal kau makan!" Arris terus merampas bekas makanan itu dari Spao. Tidak lupa juga air nescafe bersama.

"Sedap weh. Ingatkan aku nak rasa sikit je. Eh terlebih pulak." Kata Spao sambil menjilat jari.

Tiba-tiba, Shawn meletuskan gelaknya. Aaron, Arris, Aidan dan Spao yang pelik itu memandang ke arahnya.

"Kau pahal. Tiba gelak. Tak ada siapa buat lawak pun." Kata Aidan sambil menepuk kuat bahu itu.

"Tak ada lah..." Kata Shawn meredakan geli hatinya.

1 saat...

2 saat...

3 saat...

"HAHAHAHAHAHA!" Shawn kembali meletuskan gelaknya.

Pang!

Spao terus melempang pipi milik Shawn disebelah. Terus diam jejaka itu dengan serangan mengejut daripada Spao.

"Kau asal lempang dia." Kata Aaron kepada Spao.

"Aku nak sedarkan dia. Tengok ni. Gelak macam orang gila." Balas Spao.

Sekali lagi Shawn meletuskan gelaknya.

Sap!

Kali ni Arris pula. Dia membaling sebilah pisau ke arah Shawn. Sipi-sipi saja disebelah lehernya.

"Kau kenapa babi. Otak longgar ke sial." Kata Arris sambil berjalan ke arah mereka.

"Aku bukan apa.... Cuma... Ala nanti lah. Balik rumah nanti aku cerita." Kata Shawn. Baru saja gelaknya mahu reda... tiba-tiba kembali meletus balik.

"Apa nak jadi ni? Tak penat ke asyik ulang kejadian yang sama, benda yang sama, semua sama. Tak penat ke? Dah-dah lah tu buat kerja ni. Ingat sikit nyawa tu. Korang manusia. Nyawa satu je. Bukannya kucing, nyawa sembilan." Bebel Valen yang sedang merawat luka-luka kecil pada badan Aaron.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now