Bab 11

246 11 0
                                    

"Hi."

Tegur satu suara dari pertengahan antara Aaron dan Ivan. Aaron, Valen, Ivan, Shawn, Spao dan Aidan pun memandang wanita yang berada di situ.

Ace dan Alley yang masih menjamu selera mareka hanya menghiraukan saja. Begitu juga dengan Arris.

Tiada siapa di meja itu yang membalas teguran dari wanita itu. Mereka pun kembali membuat haluan masing-masing.

"Memang tak ada orang nak tegur i ke?" Kata Amber. Dia sengaja membuat gaya gediknya di situ.

"Sorry ma'am. You're not allowed here. Cause' this is for VVIP only. You just VVIPig." Kata Spao dalam nada sindirnya.

Shawn, Aidan, Aaron dan Valen hanya menahan ketawa dengan sindiran dari Shawn itu.

Amber membuat muka marahnya kepada Spao. Tetapi Spao langsung tidak kisah dengan marah si Amber itu.

"U! How dare u! Jangan malukan i boleh tak." Kata Amber kepada Spao. Kakinya dihentak sedikit.

"Tak boleh."

Sekali lagi mereka gelak dengan ayat dilontarkan Spao itu. Dengan Valen sekali terjebak sama.

"What?" Amber mendengus geram.

"Please. I want you guys attentions."

Mereka hanya membuat muka malas. Tahu sudah apa tujuan si Amber datang.

"I cuma nak bagitahu dekat Chris, congratulations!" Kata Amber riang sambil menepuk tangannya. Dia pun melangkah pergi ke arah Arris di situ.

Amber meletakkan tangannya di kerusi yang diduduk Arris. Arris hanya mendiamkan diri. Langsung tiada tarik minat dengan wanita itu. Kelakuan Amber itu membuatkan dia sangat berasa rimas.

"Chris... u tak nak bercakap dengan i ke?" Kata Amber penuh goda.

Kesabaran dan hati yang rasa terganggu itu di tenangkan dahulu. Dia tidak mahu terlalu agresif.

"Kotor lah baju u ni." Amber membersihkan sisa kotor pada bahu Arris. Dengan kesempatan yang ada, dia mula merangkut leher putih itu.

Shawn dan Aidan yang disebelahnya sudah menjeling tajam. Ivan pula hanya menunggu pelurunya beranak untuk dilepaskan ke dahi wanita itu.

Spao tidak mengendahkan keadaan mereka. Dia hanya makan makanan mahal itu dengan pelahap sekali. Aaron yang perasan itu rasa mahu tenyeh-tenyeh saja muka itu ke dalam pinggan yang bertimbun dengan timun itu.

Dagu Amber diletakkan di atas bahu Arris.

Arris yang terganggu itu sudah tidak tahan. Di lubuk hatinya mahu saja dia mencampakkan wanita ini ke langit ayah hijau.

Sebab apa ayah hijau? Sebab aku tak tahu.

Baru saja Arris mahu bertindak, Spao terlebih dahulu mendekatinya dan menggenggam kuat bahu Amber.

Amber yang berasa sakit itu terus meronta minta dilepaskan.

"Sakit tahu tak! Lepas!" Marah Amber. Mereka yang lain hanya jadi pemerhati.

"Tak tahu." Jawab Spao selamba. Sengaja dia mahu menyakitkan lagi hati wanita gila itu.m

"Ma'am. Kan saya dah cakap tadi, sini hanya untuk VVIP. VVIPig dekat tong sampah sana tu. Anda faham? Ke nak saya tunjukkan jalan?" Kata Spao sambil menunjukkan tong sampah yang tidak jauh.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now