Bab 9

230 13 0
                                    

Seminggu kemudian...

Petang itu, mereka semua bersiap untuk majlis pembukaan rasmi tentang penunjukan diri pemilik syarikat La Solo yang sudah dibuka 4 tahun lepas.

Arris membetulkan tali lehernya di hadapan cermin itu. Kot hitam yang dipakai bersama kemeja sutera berwarna silver itu dikancing belah tengah. Rambutnya yang agak sedikit serabai itu dibetulkan supaya nampak lebih kemas.

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya di dalam poket dan berjalan menuju ke meja yang berdekatan dengan tv dan mengambil cermin mata hitamnya. Lalu, di letakkan di dalam poket kot yang berada di sebelah dalam.

Kaki terus melangkah turun ke ruang meja makan. Melihat beberapa jenis makanan yang di masak Valen itu membuatkan dia membuka balik kot yang dipakai tadi dan meletakkan di atas sofa.

Pinggan yang diatas meja itu terus diambilnya dan mencedok macaroni.

"Tadi bukan main turun dengan lagak macho. Sekali sampai dapur macam pelacur." Kata Spao yang berada di meja makan itu.

"Apa benda kau ni. Tak ada kena mengena sia macho dengan pelacur." Balas Arris sambil membaling kotak tisu yang berada di tengah itu.

"Angkat balik." Kata Spao.

Dia sempat mengelak balingan dari Arris. Kotak tisu yang jatuh di atas lantai itu Spao hanya membiarkan saja.

"Benda tu dekat dengan siapa?" Balas Arris sambil mengunyah macaroninya.

"Siapa yang baling?"

Spao tidak memandang Arris. Dia hanya membuat gaya seperti mengejek Arris.

"Angkat lah babi! Benda tu jatuh dekat dengan kau kan!"

"Pandai baling, pandai lah angkat sendiri."

"Sial kau."

Mula lah peperangan mulut yang diletuskan antara Arris dan Spao. Shawn, Aidan dan Ivan yang baru turun itu hanya memandang mereka tanpa reaksi.

Aaron, Valen, Ace dan Alley masih berada di atas. Mereka masih bersiap untuk majlis yang akan mereka pergi pada 20:00 malam nanti.

"Kecoh lah kau. Itu pun nak besarkan." Kata Shawn.

Dia yang lalu dibelakang Spao itu pun menolong mengangkat kotak tisu yang berada di bawah berdekatan kaki kerusi yang diduduki Spao.

Arris tidak menghiraukan Shawn. Dia hanya memandang Spao dengan renungan tajamnya.

"Sudah lah tu. Tak macho lah macam ni. Nanti orang ramai nak tengok kau. Tak akan nak tengok kau hodoh macam ni." Kata Aidan kepada Arris sambil mengusap kepala jejaka itu untuk menenangkannya. Lembut saja percakapannya. Seperti bercakap dengan mak.

Arris pun mengukirkan senyumannya kepada Aidan yang berada di sebelahnya. Aidan pun membalas kembali senyuman Arris itu.

"Kau nak makan tak? Sini aku suap." Arris menghulurkan sudu yang berisi macaroni itu ke arah Aidan.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now