Bab 56

163 8 0
                                    

Mata dibuka perlahan. Badan yang terasa sangat tak selesa mula bangun. Keadaannya di dalam bilik itu sangat gelap dan hanya menerangi dengan cahaya matahari yang menembusi dari tingkap.

Alya memandang bilik itu sekeliling. Dia baru sedar yang ini bukan bilik biasa seperti sebelum ni. Ini adalah sebuah rumah yang usang dan hanya diperbuat daripada kayu.

Perlahan-lahan Alya berdiri sambil memegang perutnya yang berusia dua bulan. Kepala yang sakit itu dia abaikan. Tingkap yang berada di sebelah kirinya dituju. Melihat tempat yang dia berada sekarang ini bukan lah tempat yang biasa, dia berada di hutan. Tengah-tengah hutan.

Kemudian, matanya tertancap pada satu bungkus roti bersama dua botol air mineral di hujung sudut. Alya melangkah ke arah roti dan air. Dia menilik dua benda itu.

"Kurung orang lepas tu bagi makan dengan minum macam ni je. Aku dah lah tengah mengandung. Kalau ya pun, bagi lah aku ayam kfc." Bebel Alya sendiri.

Habis saja mengata pada makanan dan minuman itu, dia pun menuju ke arah pintu disebelah. Dia cuba membuka pintu itu dengan tenaga yang ada. Tapi apakan daya, pintu itu terkunci dari luar.

Alya kembali ke tempat tadi. Hanya satu bantal dan satu selimut yang nipis bersama. Katil atau tilam tak ada. Dia hanya tidur atas lantai tanpa berlapik.

"Nak kurung aku, tapi keperluan dia bagi kat aku macam aku ni babi kuli dia je." Omelnya sendiri sambil duduk diatas lantai. Dia menyelimutkan badannya dan kembali melelapkan mata.

Selepas beberapa saat, dia memusingkan badannya kekanan. Kemudian kekiri. Apabila sudah badannya tidak selesa, dia kembali bangun. Mulutnya aduh kesakitan.

Malam menjelma. Keadaan Alya masih lagi tidak dapat baring dengan selesa. Malah, dia bertambah takut kerana hari yang sudah gelap.

Perlahan-lahan tanpa dia sedar, air matanya sudah membasahi pipi. Dia duduk dan bantal itu dijadikan alas belakangnya. Selimut pula diselubungkan pada badan.

"Hubby... Hubby dekat mana... Orang takut." Kata Alya. Hatinya sudah menjadi tisu yang basah. Sayu. Tidak tahu berbuat apa.

Sedang dia ralit melayan perasaan, lama-kelamaan, dia tertidur sendiri dengan perasaan sayunya pada saat ini.

5 bulan kemudian...

Lima bulan sudah berlalu. Keadaannya masih sama. Makanan dan minuman untuknya sudah habis. Tapi, walaupun dah habis, keesokan pagi pasti akan ada kembali roti dan air kosong itu ditempat yang sama. Pelik atau tak, itu sudah semestinya. Jadi, Alya hanya abaikan saja.

Kandungannya sudah mencecah tujuh bulan. Namun, badannya sangat lemah. Tiada daya mahu bangun, berdiri atau pun berjalan.

Setiap masa dia akan mengusap perutnya yang semakin membesar dan juga memanggil suaminya walaupun dia tahu yang Arris tak akan datang kerana dia sudah mati.

Telefon pula, tak ada dengan dia. Macam mana nak telefon keluarganya yang lain.

"Hubby... Orang rindu hubby..."
Air mata Alya kembali menitis untuk sekian kalinya. Selama lima bulan ini, air matanya sangat kerap keluar mengalir.

"Argh... S- sakit..." Alya mengaduh kesakitan kerana perutnya yang tiba-tiba kekejangan.

"H- hubby, sa- sakit..."

•••

"Status?" Tanya Arris kepada Shawn yang ralit bersama komputernya. Jari pada kekunci itu lincah saja menekan bersama mata yang peka pada skrin.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now