Bab 15

239 10 0
                                    

Diam tidak bergerak tubuh itu. Dengan cermin mata hitam dipakai sambil tangan disilangkan. Tidak lupa juga kakinya diletakkan di atas peha kiri. Uno yang melihat itu mengecilkan matanya untuk melihat mata Arris.

Cermin mata hitam yang sangat gelap itu menyukarkan dia melihat mata Arris. Arris yang disebalik itu telah memandang tajam ke arah Uno. Aura hitamnya sudah bersama sejak mula masuk tadi.

Uno berdehem sekali. Menghilangkan rasa kekok.

"So, can I work with you, Chris?" Tanya Uno dengan berani. Airnya diteguk sekali.

Sudah beberapa saat menunggu balasan dari Arris. Malangnya tiada langsung tanda-tanda jejaka itu mahu membalas.

"Sorry, he does not talk to filthy people at will." Balas Aaron. Dia sedar akan keadaan itu. Jadi, dia ambil alih bagi pihak Arris.

Sekali lagi Uno mengetap giginya. Amarahnya sudah tidak boleh tahan. Dia sudah dibodohkan oleh musuhnya dihadapan konco-konco yang berada bersamanya dibelakang.

"Mr. Edoardo, please keep your mouth shut if you don't want old things to happen again." Kata Uno seakan-akan mengugut Aaron.

Ya. Uno memang takut akan keluarga itu. Dalam masa yang sama, dia merasa dirinya seperti menguasai keluarga itu.

Satu kejadian dahulu yang membuatkan nama 'Edoardo' digeruni setiap rakan kongsi gelap. Dan pada masa itu Uno lah orang yang paling mengetahui segala kejadian itu.

Hanya dia saja yang tahu cara untuk sebarkan nama itu dan lenyapkan nama itu.

Arris yang sudah geram itu terus mengambil pistol yang terletak di poket Ivan. Lalu, dia mengacu tepat ke arah Uno.

Konco-konco Uno yang bersama itu terus mengacukan juga pistol ke arah Arris dan mereka yang lain.

"It's not my mouth that needs to be shut. It's you, bitch. You better cancel that intention if you don't want me to shoot you today. I don't want to work with dirty people. Please get out of here." Kata Arris dengan penuh sinis dan mendalam.

"Idiot." Kata Uno.

Bang!

Arris melepaskan tembakan di bahu Uno. Konco-konco Uno pun terus menyerang sesaat selepas Arris.

Aaron, Arris dan Ivan terus menyorok di belakang kerusi untuk melindungi diri. Pistol yang dipegang Arris tadi terus memberi kembali kepada Ivan.

Bang!

Bang!

Bang!

Bunyi tembakan yang kuat dan bergema di dalam kelab itu membuatkan semua orang menjerit dan berlari menuju keluar.

Spao yang sedang menikmati bersama dua orang wanita disebelahnya terus berhubung dengan Shawn melalui earpiece ditelinga.

"Weh, nampak macam dah mula. Nanti update tau." Kata Spao sebelum dia terus menuju ke arah Aaron dan yang lain.

"Okay!" Balas Shawn dihujung earpiece.

"Okay girls, I can't protect you. Take care of yourself. Bye."

Spao terus meninggalkan kedua wanita itu dalam ketakutan. Sesekali dia memandang kembali kebelakang sambil tersenyum sinis. Kemudian, dia terus berlari ke arah keadaan yang kecoh itu.

Dengan rancangan yang sudah dirancang, Spao dengan kecekapannya terus mengambil beberapa wayar dan membuat sesuatu yang berada di fikiran.

Leka saja matanya melihat ketangkasan tangan yang membelit wayar-wayar itu untuk disatukan.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now