Bab 26

227 9 0
                                    

Arris menghempas pintu keretanya kasar. Keretanya terus memecut laju melepasi semua kereta dihadapan. Shawn dan Ivan sedaya upaya menahan diri supaya tidak tergolek jatuh. Muka mereka sudah berubah cuak.

Mahu suruh Arris perlahankan, memang tak akan boleh. Kalau dirinya tidak terkawal seperti ini, memang sudah tak boleh berbuat apa. Makin suruh diperlahankan, makin dilajukan nanti.

"Suruh Aidan tunggu dalam bilik kosong sebelah bilik dia." Arah Arris.

Shawn dan Ivan memandang sesama sendiri. Arris cakap dekat siapa?

Tidak banyak soal, Shawn terus membuka telefonnya dan mendail Aidan.

"Hello! Woi. Dah nak malam ni. Korang pergi mana?!" Sergah Aidan apabila dia mengangkat panggilan dari Shawn.

Shawn hanya menjarakkan sedikit telefonnya. Sakit telinga.

"Pasal tu, nanti aku terang. Sekarang ni Arris suruh kau tunggu dalam bilik kosong sebelah kau tu." Kata Shawn. Nadanya kedengaran seperti dalam ketakutan.

"Kau asal? Aku dengar takut semacam je ni." Tanya Aidan yang perasan akan nada suara Shawn.

"Tak ada masa nak terang. Sekarang ni kau ikut je apa yang aku cakap." Balas Shawn dengan tenang.

"O- ok."

Masuk saja ke dalam kawasan perumahan, Arris terus memberhentikan kereta tanpa mematikan enjin keretanya.

Ivan keluar dengan pantas untuk membuka pintu membantu Arris. Badan Alya terus dicempung Arris dan terus berlari masuk ke dalam bilik yang dikatakan tadi.

Aaron, Valen dan Spao yang melihat Arris itu sudah mengerutkan dahi. Tanda tanya mula muncul di kepala.

Badan gadis yang dicempungnya dia letakkan di atas katil bilik itu. Aidan yang melihat itu mencekak pinggangnya.

"Kau nak buat apa ni? Nak aku jadi saksi kau perkosa perempuan ni ke?" Tanya Aidan dengan keningnya dinaikkan sebelah.

Arris mengeluh geram.

"Sial lah kau. Tolong periksa dia. Shawn, kau tolong ambil barang Aidan." Kata Arris. Kemudian dia beralih pada Shawn.

Shawn hanya menurut. Lalu, dia terus ke bilik Aidan mengambil segala barang untuk memeriksa gadis itu.

Kembali ke bilik tadi, Shawn meletakkan barang-barang itu di atas meja yang ditarik Aidan tadi.

Kemudian, Aidan menyuruh Arris dan Shawn keluar untuk memberi ruangan kepadanya memeriksa gadis itu. Dalam masa yang sama, Aaron, Valen dam Spao diruang tamu melangkah naik.

"Apa ni? Apa jadi? Siapa perempuan tu?" Tanya Spao sejurus saja dia berada di hadapan Arris.

"U ada buat apa-apa ke dekat dia?" Tanya Valen.

"Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" Tanya Aaron pula.

Semua soalan yang tertuju pada Arris, dia tidak menjawab satu pun. Kemudian, dia melangkah ke ruang tamu. Diikuti dengan Aaron, Valen dan Spao. Shawn, dia terus menuju ke biliknya.

Badan dihempas ke sofa. Keluhan berat dilepaskan.

"Apa jadi, Ivan?" Tanya Aaron kepada Ivan yang turut berada di situ.

"Aku tak boleh nak cerita. Kau kena dengar sendiri dari mulut Arris. Sebab ni berkaitan dengan dia." Balas Ivan.

Aaron, Valen dan Spao pun terus memandang serentak ke arah Arris. Ace dan Alley yang sedang bermain itu dibiarkan di bawah.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now