Bab 53

151 9 0
                                    

2 bulan kemudian...

Perlahan-lahan Alya membuka matanya. Syiling berwarna putih dipandang dengan perasaan yang masih mamai. Jari-jarinya cuba digerakkan. Kemudian, jarum yang berada pada belakang tangannya dipandang.

Dahi mula berkerut. Kejadian sebelum ini dicuba ingat balik. Tetapi yang didapatnya hanyalah kepala yang mula berdenyut. Dia cuba untuk bangun mendudukkan dirinya. Walaupun agak sukar, tapi dipaksa juga.

Tepat pada masa, seorang doktor perempuan datang masuk ke dalam wad VIP itu. Selepas dia melihat Alya mahu duduk, terus dia cepat-cepat menyuruh Alya baring kembali.

Selepas semuanya reda, doktor mula periksa kondisi Alya selepas dua bulan dia koma disebabkan kemalangan menimpa. Habis saja, doktor mengatakan dia perlu rehat dengan secukupnya. Kandungan dia juga tidak ada yang serius. Hanya kekurangan air dalam badan dan kurang rehat saja. Dia pun memegang perutnya yang sudah buncit sedikit.

                    "Doktor." Panggil Alya. Doktor itu yang baru saja mahu berlalu pergi, dia kembali balik kepada Alya.

                    "Ya? Ada apa-apa lagi yang tak kena ke puan?" Tanya doktor itu ramah.

                    "Suami saya mana doktor?" Tanya Alya.

                    "Suami puan ada di bilik sebelah. Keadaannya sudah sedar seminggu lepas. Kalau puan nak saya bawakkan puan jumpa dia, saya boleh tolong."

Alya hanya mengangguk setuju. Lalu, doktor itu mengambil kerusi roda yang berdekatan dan mula menolong Alya untuk dibawa ke bilik keberadaan Arris.

Sampai saja di bilik itu, doktor itu terus berlalu pergi dan memberi masa kepada Alya untuk melawat suaminya yang masih lagi tidur.

Perlahan-lahan Alya berdiri dan mendekatkan dirinya ke arah katil. Tangan Arris dipegang dengan wajah sayu. Muka handsome suaminya ditenung.

Tiba-tiba dia terpandang yang kening Arris seperti berkerut. Terus bibir Alya mengukirkan sedikit senyuman. Arris membuka matanya. Dia terbangun kerana ada sesuatu yang mengganggunya tidur.

                    "Hubby dah bangun. Hubby..." Kata Alya seakan dia mahu menangis.

                    "Kau pahal sial. Datang-datang panggil aku hubby. Kau siapa bodoh." Kata Arris sambil menepis tangan Alya yang memegang tangannya.

Terus terkelu lidah Alya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Arris. Jantungnya juga seakan mahu terhenti. Hatinya tak perlu dibicarakan. Seperti belati tajam yang menusuk ke hati.

                    "Ni orang lah. Isteri hubby." Kata Alya lagi. Tangisannya cuba ditahan.

                    "Isteri aku? Eh perempuan. Kau nak ambil harta aku sebenarnya kan. Tak payah lah. Bla kau." Arris mendudukkan badannya dan mengalihkan pandangan ke arah lain.

                    "Apa yang hubby cakap ni?" Alya cuba untuk menafikan.

                    "Tolong keluar. Kau dah ganggu tidur aku. Please. Jangan panggil aku hubby. Jijik tahu tak. Aku berjanji dekat diri aku, aku tak nak kahwin. Dasar perempuan sewel. Ada hati nak mengaku jadi bini aku. Bodoh." Kata Arris mengikut kata hatinya.

Sekali lagi Alya terkelu. Apa yang dah jadi dekat suaminya? Kenapa boleh macam ni? Entah-entah... Amnesia.

                    "Hubby! Sampai hati hubby cakap macam tu. Hubby dah kenapa. Ni. Ni bukti dia. Orang mengandung anak hubby. Anak kita." Terus Alya memegang perutnya yang sedikit buncit. Tangisannya yang ditahan tadi sudah keluar membasahi pipi.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now