Bab 18

226 10 0
                                    

"Kau tak pergi kerja ke hari ni?" Tanya Aaron kepada Arris yang sedang baring di sofa.

"Malas." Jawab Arris ringkas.

Aaron hanya mengangguk. Kemudian dia menyambung balik kerjanya.

"Makan tengah hari kau macam mana?" Tanya Shawn pula.

"Pandai-pandai lah dia." Selamba Arris. Dia malas mahu memberitahu gadis itu supaya tidak menghantar makanan tengah hari nanti.

"Sial kau. Buat penat je nanti kalau dia datang tapi kau tak ada." Sampuk Spao.

Shawn dan Spao juga turut di situ. Sejak Arris datang tadi, mereka terus tangguhkan kerja mereka. Hanya membiarkan Ivan yang buat.

"HAHAHAHAHAHA!!"

Keadaan yang agak senyap beberapa saat tadi, tiba di bisingkan oleh gelak Shawn yang seperti semalam.

"Babinya dia ni." Kata Arris sendiri.

"Woi babi! Kau pahal! Terencat ke! Dari semalam lagi kau gelak. Pahal! Istaka ajak couple ke." Terjah Arris sambil menepuk belakang kepala Shawn.

"Siapa Istaka?" Tanya Spao.

Terus berhenti gelak Shawn itu. Dia dan Arris serentak memandang Spao. Spao pula terpinga-pinga dengan mereka yang memandangnya serupa dia sedang berbogel.

Aaron yang dengar itu hanya menahan gelak saja.

"Kau... tak tahu?" Tanya Shawn yang sedang menahan gelak.

Spao menggelengkan kepala.

Arris pula sudah menggosok belakang lehernya. Tidak tahu ingin terang macam mana lagi.

"Kenapa? Siapa dia?"

Arris dan Shawn masih tidak memberitahu. Mereka masih teringat akan kejadian tahun lalu semasa Shawn masih tidak tahu siapa Istaka.

"Dia tu manusia. Manusia yang digelar sebagai perempuan tercantik di tangga nombor satu." Jelas Arris dengan muka yang penuh dengan penipuan.

Dan si bocah pun percaya.

"Cantik macam mana tu?" Tanya Spao lagi.

Shawn di situ sudah tidak bernafas dek kerana menahan gelak. Aaron yang sedang membuat kerja itu sudah tertangguh mendengar perbicaraan mereka.

"Dah kalau cantik ditangga nombor satu, dah tentunya cantik. Tak akan macam tapak kasut aku kot muka dia." Kata Arris. Dia kalau tak meloya buruk orang, tak sah. Ada je.

Spao hanya mengangguk.

"Ha kau. Asal gelak tadi." Kata Spao.

"Oh pasal tu." Shawn cuba menahan gelak. Mengambil masa untuk mereda.

"Macam ni. Aku tak tahu kenapa. Tapi, kau tengok Arris semalam. Lain macam je aku tengok dia dengan perempuan tu." Cerita Shawn. Spao ditepi serius saja dia mendengar.

"Kau jangan nak cari gaduh dengan aku. Aku tepuk, bersepai gigi kang." Kata Arris memberi amaran. Keras saja nadanya.

"Sabar. Aku analisis kejap. Mula-mula mamat ni dengan perempuan tu, biasa je. Lepas tu masa mamat bercakap, aku tengok mata dia pandang perempuan dalam. Uish.. aku perasan, aku perasan." Spao memetik jarinya diakhir ayat.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now