Bab 50

199 10 0
                                    

Suasana mereka semua di ruang tamu bawah tanah itu sangat sunyi. Mereka semua berada di markas dan tidak berada di rumah mansion Arris. Markas dua tingkat yang luas di bawah tanah itu hanya dikhaskan untuk mereka saja.

"Apa benda kali ni yang kau buat." Kata Aaron mendatar sambil mencampakkan iPad nya di atas meja berhadapan Arris.

"Berapa kali aku nak cakap, aku tak tahu pun pasal ni." Balas Arris mempertahankan dirinya.

Khabar angin yang tersebar itu sebenarnya ialah khabar angin tentang ' The Edoardo's family has re -emerged '. Dimana nama keluarga itu telah kembali tersebar secara tiba-tiba.

Muka mereka semua termasuklah identiti dan segalanya juga sudah disebarkan. Sama ada memakai pelitup muka, topi dan seangkatan dengan itu semua disebarkan juga.

"Tak akan lah pasal ni memang langsung kau tak tahu."

"Memang aku tak tahu. Aku elok je happy dengan bini aku. Kalau aku tahu, memang masa tu jugak aku call kau, aku flight balik Malaysia." Arris mengawal nadanya supaya tidak menengking Aaron.

"Tak apa. Lupakan. Aku nak sekarang ni, kita siap-siap untuk majlis kau. Aku nak kau uruskan. Telefon Ariana. Suruh dia datang." Kata Arris.

"Bullshit!! Kau kan ketua! Kau lah yang uruskan!"

"Hubby! Duduk diam-diam!" Terus menyampuk Alya apabila Arris mula berdiri. Sebenarnya dia sedang merawat luka di dahi Arris yang terhantuk pada jalan tar di US tadi.

Selepas Alya berkata sebegitu, Arris terus duduk kembali.

"Masalahnya ni musuh kau! Bukan aku! Pasal ni semua kerja Cuore Oscuro yang sebarkan pasal nama keluarga kita! Dia nak kerjasama dengan kau, tapi kau tolak dia dengan cara kasar! Sekarang ni dia dah bergabung dengan pihak Mexico dan Thailand dan nak musnahkan keluarga dan keturunan kita!" Balas Aaron dengan suaranya sudah naik beroktaf.

Ivan, Shawn, Spao dan Aidan yang berada di situ hanya mendiamkan diri. Mereka tidak menyampuk antara pergaduhan adik-beradik itu.

"Okay, fine!! Buat majlis tu hari sabtu ni jugak! Kau nak sangat kan."

Sekali lagi Arris berdiri. Alya yang masih membersihkan luka di dahi suaminya hanya tahan menahan geram.

"Kau. Kita ada tiga hari lagi. Suruh budak-budak mangkuk jamban tu siapkan semuanya dalam tiga hari. Aku nak semuanya perfecto kat mata aku. Kalau tak, memang aku tangguhkan lagi." Kata Arris kepada Ivan pula.

Kemudian, dia menarik Alya pergi dari situ. Terpinga-pinga si isteri dibuatnya.

Sehari sebelum majlis berlangsung...

Arris masih berdiri di hadapan keenam-enam baju yang akan dipakainya untuk majlis esok. Masa sudah berlalu. Sudah hampir lima puluh minit dia berdiri tercegat di situ.

Shawn, Spao dan Alya yang menemannya untuk mencuba baju-baju itu sudah naik bosan. Sudah beberapa kali mereka mengeluh, tetapi Arris hanya memekakkan saja telinganya.

"Hubby... cuba je lah semua tu. Tengok mana yang sesuai dengan hubby untuk esok. Janganlah tenung baju tu macam tu. Bukannya baju tu boleh cakap. Ha... ' hai, pakailah saya. Saya pasti awak akan menjadi hodoh '. ' Pilih lah saya. Saya akan membuatkan awak seperti cicak kobeng merangkak '. ' Saya pula dapat menampakkan awak lebih bodoh berbanding baju-baju yang lain '." Kata Alya sambil mengajuk seperti baju-baju itu bercakap. Spao dan Shawn disebelahnya sudah hilang naik ke langit kerana gelak dengan ayat dikatakan Alya.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now