Bab 62

149 8 0
                                    

                    "Aku rasa benda ni akan jadi lagi lebih teruk." Kata Aidan di atas katilnya.

Arris, Shawn, dan Ivan hanya mengangguk dan mengeluh. Mereka berempat melepak di bilik Aidan pada waktu malam ini. Ianya hanya masih membincangkan tentang perancangan yang dirancang Arris hari tu.

Dari pukul lapan malam tadi mereka masih mendiamkan diri tidak berbuat apa. Hanya baring di bilik Aidan itu dan termenung memandang syiling. Syiling pun malu dipandang oleh jejaka kacak itu.

                      "Semua macam tak ada idea je. Otak masing-masing dah kering. Aku je yang masih basah. Tapi tangan tak mampu nak perah otak." Kata Spao sambil tangannya seolah-olah melukis sesuatu pada lelangit.

                     "Apa kau merepek sundal. Bukan tangan kau tak boleh nak perah otak. Tapi otak kau tu terlalu jijik untuk kau sendiri pegang." Balas Arris.

                     "Kau lagi merepek. Tak akan lah tangan dia jijik nak pegang otak sendiri. Otak dia memang basah. Tapi basah dengan kebodohan." Kata Shawn pula. Spao yang awalnya mengangguk dengan ayat Shawn, terus memandang Shawn dengan dahinya berkerut. Arris pula sudah tergelak. Begitu juga dengan Aidan dan Ivan yang hanya tersenyum.

                      "Ceh. Tak boleh harap punya manusia." Omel Spao sendiri.

Keadaan kembali sunyi. Termenung lagi di syiling atas yang tiada kipas. Hanya penghawa dingin saja tertampal disitu.

                     "Eh weh. Baik kau naik atas cepat. Aku rasa Alya akan naik atas tidur dengan kau tho." Ivan memecahkan kesunyian selepas hampir lima belas minit.

                      "Mengkuban-kuban je kau." Arris terus menafikan ayat Ivan.

                      "Iya betul. Baik kau pergi sekarang sebelum kantoi. Tak pasal-pasal kita yang mati kat tangan dia." Ivan terus bangun dari pembaringannya dan menarik tangan Arris.

Arris yang masih berkhayal terkejut dia dengan tindakan Ivan. Ivan menariknya sehingga ke pintu.

                    "Yo bro. Sabar lah! Perlahan sikit tak boleh ke. Aku ada kaki lah nak bangun berjalan bagai. Eishh..."

Arris terus melepaskan tangannya dari tangan Ivan. Selepas itu, dia terus membuka pintu sambil menggulingkan matanya malas. Selangkah saja keluar, dari tingkat bawah Arris sudah nampak Alya yang sedang menaiki tangga.

Terus itu, Arris kembali masuk dan menutup semula pintu dengan perlahan. Dia bersandar pada pintu dan melepaskan keluhannya. Shawn, Spao dan Aidan memandang pelik.

                     "Alya dah naik. Macam mana ni." Arris terus berjalan ke arah mereka bertiga.

                     "Kau naik lah ikut tingkap."

Mereka berempat terus memandang seseorang yang elok bersandar pada tingkap bilik Aidan. Elok saja dia berdiri tegak.

                    "Bodoh lah kau. Terkejut aku." Kata Spao sambil memegang dadanya.

                    "Bukan kau je. Aku pun sekali." Kata Arris pula.

                    "Bukan korang je. Aku pun sekali." Kata Shawn pula.

                    "Senang cerita, semua terkejut. Kan Aidan." Kata Ivan. Dia sempat tanya kepada Aidan. Dan dia hanya mengangguk.

                    "Kau nak apa datang sini?" Tanya Aidan.

                    "Saja. Aku terdengar korang cakap tadi. Tu yang aku datang. Aku rasa baik kau pergi sekarang. Dia sampai dekat bilik kau karang, baru tau." Kata Kai kepada Arris.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now