Bab 70

178 7 0
                                    

1 bulan kemudian...

Hari ini sudah genap sebulan mereka hidup dengan aman damai. Tiada seorang pun mengganggu mereka kecuali seekor nyamuk. Anak kecil bernama Auney itu sangat comel dengan pendiriannya sendiri walaupun umurnya masih sebulan.

Kandungan Alya sudah mencecah lapan bulan. Hanya tinggal lagi sebulan saja sebelum anaknya lahir di muka bumi ini.

Bang!

Bang!

Bang!

Bunyi tembakan itu jelas kedengaran di dalam bilik tembak itu. Keadaan Ivan yang sedang melatihkan seorang budak yang berusia lima tahun dengan arahan dari Aaron. Dia adalah Ace. Budak kecil yang akan mewarisi takhta pada generasi akan datang.

                    "Nice, Ace. Tapi ada yang kurang." Komen Ivan tentang tahap pencapaian budak itu. Kemudian, dia melangkah ke arah Ace dan membetulkan posisinya.

                    "Ok, rilek. Tegakkan badan. Muka selaraskan dengan pistol. Jangan pandang lurus. Sengetkan kepala dan pandang ke sasaran melalui bahagian tepi pistol. Kalau pandang lurus, kita akan cepat tersasar dan gaya juga seperti jantan pecah telur." Kata Ivan. Sambil-sambil itu, dia sempat membetulkan posisi Ace.

                    "Shoot!"

Bang!

80 points.

                    "Nice. Itu benda asas yang kau perlu tahu. Untuk asas yang seterusnya, kedudukan jadi pada trigger." Ivan meletakkan jari telunjuk Ace pada trigger itu.

Ace tidak bersuara. Dia hanya ikut saja apa yang diajar oleh Ivan. Tidak bersungut, mahu pun merengek kerana penat.

                    "Satu jari ada tiga bahagian betul? Untuk memastikan kita tembak tepat pada sasaran, jangan letak bahagian jari yang pertama dan kedua pada trigger. Iaitu hujung jari dan tengah jari."

                    "Tapi letak pada garisan jari antara bahagian jari pertama dan bahagian jari kedua."

Ace pun mengalihkan jarinya seperti yang dikata Ivan.

                    "Shoot!"

Bang!

100 points.

                    "Yes." Kata Ivan sambil mengangguk.

                    "Pergi rehat. Nanti bila aku panggil, kita mulakan latihan yang seterusnya."

Ace pun menundukkan sedikit badannya kepada Ivan. Kemudian, dia berlalu pergi ke satu tempat duduk yang bersertakan meja di situ. Botol airnya dicapai dahulu sebelum dia melabuhkan pada kerusi.

Selepas beberapa saat, pintu besi itu dikuak dari luar. Muncullah Aaron bersama Alley yang masuk ke dalam bilik itu.

                     "Wah, hebatnya abang tembak tadi." Kata Alley kagum selepas dia berlari anak ke arah Ace.

Sebenarnya dari mula lagi Aaron dan Alley berada di situ. Cumanya, mereka di bilik sebelah yang dapat mereka tengok melalui cermin lut sinar. Bunyi tembakan hanya sipi-sipi saja apabila dengar. Tak adalah terkujut sangat.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now