Bab 69

153 8 0
                                    

                    "Aarghhh!!! Aduh! Aduhh!! Adudududuhh!!! Sakitttt!!!!!" Jerit Spao dalam kesakitan.

Keadaannya dimana selepas saja sampai di restoran itu Aaron terus keluar dari kereta dan menarik telinga Spao sebelum dia sempat membuka pintu. Auney pula sudah dia serahkan kembali kepada Valen.

                    "Kan aku kata, ada anak-anak aku. Tak akan tu pun tak pun boleh nak bawak dengan elok." Kata Aaron. Dia pun terus menarik lagi kuat telinga Spao.

                     "Adudududuhh!!! Ya, ya. Aku minta maaf. Lagu favorite aku keluar tadi....!!!! Aarghhh!!!!!" Jerit Spao lagi.

Ivan, Shawn, Valen dan Aidan hanya memerhati saja. Membiarkan Spao kesakitan sorang-sorang. Ace dan Alley juga turut melihat sekali.

Apa ni. Tak malu dengan budak.

                     "Apa cerita ni?" Tanya Arris yang baru sampai bersama Alya itu.

                    "Babyy!! Help me!!!" Terus menjadi pondan si Spao apabila Arris datang. Seakan mahu meminta tolong dari Arris supaya dapat dilepaskan.

                    "Apa benda kau ni. Baby, baby bagai ni. Langkah bini aku dulu lah kalau nak panggil aku macam tu."

Eh, Arris. Kenapa tiba-tiba macam takut bini ni.

                    "Alaa tolong lah....." Rayu Spao.

                    "Apa jadi sebenarnya?" Tanya Alya yang masih tak tahu dengan keadaan.

                    "Tadi lagu favorite dia keluar kat radio. Lepas tu mula lah nak bawak kereta terumbang-ambing. Macam orang mabuk." Cerita Aidan kepada Alya kerana dia yang paling dekat dengan Alya.

Alya mengangguk tanda faham.

                    "Sudah lah tu Ron. Biarkan lah dia ni. Balik nanti biar aku yang bawak." Pujuk Ivan.

Aaron yang dari tadi masih menarik telinga Spao terus dilepasnya kasar ke bawah. Nasiblah tak ada siapa yang terhantuk dalam kereta tu. Kalau tak, memang sampai ke sudah lah mereka tak masuk makan.

Mereka pun mula melangkah masuk ke dalam restoran itu dengan didahului oleh Aaron bersama keluarganya. Mereka yang lain pun hanya mengikut dari belakang. Ariana dan Aireen tidak ikut sekali kerana hal kerja mereka yang memerlukan mereka.

Tempat duduk yang dibawa oleh pelayan itu membawa mereka ke halaman luar bersama air terjun buatan. Di atas meja itu telah terhidang pelbagai makanan bersama lilin terhias.

Mereka pun mengambil tempat masing-masing. Orang lain yang turut berada di dalam restoran itu hanya memerhati mereka. Mereka tahu, keluarga itu adalah keluarga yang terkenal dari C.E Holdings dan juga La Solo. Dua syarikat dengan usahawan yang semakin meningkat pada era globalisasi ini.

                    "Cantiknya." Puji Alya dan Valen mengenai tempat itu.

                    "Haah, cantik kan? Tengok tu. Burung atas pokok." Kata Spao sambil memandang ke arah air terjun. Kononnya mahu membuat mereka pandang sekali.

Tapi kebodohannya sia-sia. Tiada seorang pun yang memandang ke arah tempat yang dia pandang itu.

                     "Sini. Abaikan dia. Dalam ni mana ada pokok." Arris menggapai-gapai tangannya memanggil Alya.

Ya, halaman luar itu hanya ada air terjun bersama bumbung yang terbuka saja. Tiada satu pun pokok di situ walaupun ia di halaman luar. Kecuali, beberapa pasu bunga dan pokok yang terhias pada pintu mengikut tema damai restoran itu. Sesiapa saja makan di situ, serius mereka akan tenang dengan perasaan masing-masing. Sebab itu lah ia dipanggil restoran mewah bintang tertinggi.

                    "Hubby tengok. Ada ketam jugak lah. Hubby nak makan sekarang ke, nak makan kejap lagi?" Tanya Alya. Ketam yang tidak berada jauh itu ditunjuknya.

                    "Aku nak makan sekarang. Kau tolong suap aku boleh?" Jawab Arris sambil mendekatkan mukanya ke arah Alya. Hidungnya sengaja dilagakan dengan hidung Alya.

                    "Nah sayang. Letak Auney dalam stroller ni." Aaron yang membawa kereta bayi bersama tadi terus diletakkan di tepi Valen. Auney yang masih nyenyak tidur itu Valen letakkannya di dalam.

                    "Abang nak makan apa? Biar sayang ambilkan." Pelawa Valen.

                     "Abang nak nasi dengan ayam panggang tu. Bagi dua. Ace nak jugak." Kata Aaron.

Disebalik kemanisan dua keluarga itu, terselit dua burung jantan yang sedang menahan diri mereka daripada tidak tahan dengan situasi ini.

                     "Aku ni, salah tempat duduk atau salah keluarga?" Tanya Shawn yang merenung makanan itu.

                    "Tak tahu. Jangan tanya aku. Sebab aku pun tak tahu." Balas Spao dalam renungannya seperti Spao.

                    "Makan je lah. Tak payah tenung makanan macam tu. Dikira elok lah ada dua keluarga terlajak manis ni. Dah lah depan makanan. Tak ke manis diorang termasuk sekali. Sedapp." Kata Aidan sambil menggigit ayam panggang yang sangat dia menikmati.

                    "Hm, iya lah. Dah lah, aku penat. Jom Spao. Kau jadi Bright, aku jadi Win. Tak pun, kau jadi Ohm, aku jadi Nanon. Atau kau nak macam Tharntype?" Pelawa Shawn sambil memuncungkan bibirnya seperti minta dicium.

Uhuk!

Alya yang dengar perbualan mereka terus terbatuk. Baru saja mahu minum air. Arris disebelahnya terus mengusap perlahan belakang Alya.

                    "Nanti kalau ada masa korang pergi pantai. Main gitar sambil minum air boba. Jangan lupa ais lebih. Lagi satu, makanan nanti buatlah udang bakar ya." Kata Alya yang sememangnya memahami maksud tersirat mereka.

                    "Hehehe. Ok!!" Shawn dan Spao menunjukkan ibu jari mereka.

Mereka pun menjamu selera mereka dengan tenang menghiaskan air terjun buatan dibelakang. Sesekali Auney di dalam stroller itu merengek meminta susu terpaksa Valen pergi ke tempat persalinan di bilik belakang.

Ivan dari tadi tidak bersuara. Sungguh selera dia makan sambil menonton drama di telefonnya. Dia langsung tidak kisahkan situasi yang lain.

Habis saja makan, Aaron terus membuat pembayaran di kaunter. Bukan kaleng-kaleng harga makanan apabila harga itu muncul pada skrin komputer dihadapan Aaron.

Mereka mula bangun dari kedudukan masing-masing. Sedikit sebanyak mereka mengemas sedikit meja makan supaya tidak nampak bersepah sangat. Selepas itu, mereka pun keluar dan menuju ke kereta.

                    "Biar aku bawak." Ivan terus memotong Spao dan terus melangkah ke tempat memandu.

                    "Tahu lah." Spao menggulingkan matanya keatas.

                    "Kau ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" Tanya Arris kepada Aaron sebelum dia melangkah ke keretanya.

                    "Tak ada. Kenapa? Kau ada ke?" Tanya Aaron kembali.

                    "Malas aku. Baik aku rehat dekat rumah dengan bini aku." Jawab Arris.

                    "Aku tak tahu lah. Siapa tah dulu berlagak sangat tak nak kahwin. Sebuk kata menyusahkan lah, itu lah, ini lah. Tengok sekarang. Addicted dengan bini."

Shawn yang entah datang dari mana terus memaut bahu Arris dan mengajuk jejaka itu dengan hal lalu.

                    "Tu dulu gila. Aku mana tau. Dah lah. Aku nak balik. Buang masa aku layan kau ni." Kata Arris malas. Sekarang ni dia terasa seperti malas mahu jadi bodoh macam dulu. Seakan ada sesuatu yang tak kena.

                    "Sudah. Baik korang naik kereta sebelum aku tinggal korang semua kat sini." Sampuk Ivan sebelum sesiapa sempat berkata. Sudah lama dia menunggu di dalam kereta bersama Aidan, Spao, Ace dan Alley.

Aaron yang bersama Valen pun melangkah masuk ke dalam kereta bersama Auney didukungan Valen. Stroller tadi sudah dilipat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Seterusnya, mereka pun terus berlalu pergi dengan diikuti Arris dibelakang.

Mrs. Arris ChrisOnde as histórias ganham vida. Descobre agora