Bab 25

222 10 0
                                    

Dari tadi Arris masih menunggu Alya di luar kedai itu. Badannya diasandarkan pada dinding sambil menyilangkan kakinya dan memusing-musingkan kunci di jari telunjuk.

Keadaan masih sama seperti tadi. Pintu kedai itu masih belum mempunyai tanda-tanda untuk dibuka. Hanya beberapa orang saja yang datang untuk makan tengah hari.

Arris sudah penat. Lenguh kakinya berdiri. Dengan itu, dia membuka pengesan airtag yang diletaknya di belakang casing telefon Alya tanpa pengetahuannya.

Pengesan itu mula menunjukkan dimana telefon Alya berada. Tanpa membuang masa, Arris terus mengorak langkah mengikut pengesan itu.

Arris berasa pelik. Airtag itu menunjukkan hanya 3 meter saja dari keberadaannya. Di lorong itu kosong. Tiada orang. Arris pun mengikut lagi pengesan itu sehingga terjumpa telefon dan dompet Alya yang berada di jalan tar itu.

Telefon dan dompet itu diambil. Ada kesan calar pada telefon itu. Rasanya lelaki itu telah mencampakkan telefon itu dengan kasar.

Arris sudah rasa tidak sedap hati. Jantung mengepam laju.

"Shit!"

Arris terus berlari ke arah keretanya. Telefon dan Dompet Alya dibawa bersama. Masuk saja ke dalam kereta, Arris terus memecut laju ke rumah mendapatkan Shawn.

Sampai di rumah, enjin keretanya dibiar tidak dimatikan.

Shawn yang sedang bermain permainan video bersama Ivan itu terbantut apabila melihat Arris yang tiba-tiba masuk seperti kena kejar kucing.

"Wo, wo... Rilek bro. Asal ni?" Tanya Shawn. Tangannya masih pada telefon. Ivan yang disitu hanya memerhati saja.

Arris terus mengambil komputer Shawn yang berada di bawah meja itu dan meletakkan di atas meja. Komputer itu terus dibuka.

"Tak. Sial. Kau pahal ni. Ada kucing kacau ke?" Shawn terus menutup telefonnya. Komputer yang dibuka Arris itu diambil dan diarahkan pada dirinya.

Setiap soalan Shawn tadi tidak dibalas Arris walaupun satu. Peluh di kepalanya mula mengalir ke tepi.

Hot. Tolong seseorang wakilkan diri untuk lapkan. Terima cash.

"Kau check CCTV dekat lorong sebelah kedai makan warna kelabu dekat dengan syarikat aku tu." Arah Arris.

Dengan pelik, Shawn akur dengan arahan dari Arris itu. Dia pun mula menggodam CCTV di lorong tu.

"Tak ada apa pun." Kata Shawn. Rakaman CCTV itu menunjukkan hanya kucing yang sedang ber catwalk.

Pap!

"Bengap gila. Kau ni dah lama kerja pun masih dungu kan. Kebelakangkan lah rakaman itu babi." Kata Arris dengan mengawal nadanya supaya tidak naik seoktaf.

Takut mengganggu Valen yang sedang mengajar Ace dan Alley belajar. Ya. Mereka hanya belajar dahulu sebelum Aaron hantarkan mereka ke tadika.

Laju saja tangan Arris menepuk belakang kepala Shawn.

"Heh, heh, kepala tu." Kata Ivan. Nadanya mendatar. Jejaka ni, memang pendiam. Tapi dalam diam, ada cicak disebalik mee bandung. Apa jadi? Jadi babi lah kan? Tak caya? Nanti cuba makan mee bandung lepas tu tiba jumpa cicak dalam tu.

Shawn pun mengundurkan rakaman itu ke beberapa minit yang lepas.

"Ok stop! Sini-sini." Kata Arris apabila nampak Alya berjalan seorang diri di lorong itu selepas menghantar air kepada rakannya di dapur belakang.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now