Bab 44

224 10 0
                                    

"Siapa hantar kau?!!" Tengking Arris sambil hujung pisaunya diletakkan di bawah dagu lelaki dihadapannya itu sehinggakan lelaki itu sendiri terdongak ke atas.

Selepas tujuh hari mendapatkan lelaki itu, Arris mengurungnya selama empat belas hari. Termasuk hari ini, sudah menjadi tiga minggu. Dari mulut Zeno, dia mengatakan yang lelaki ini adalah salah seorang dari orang suruhan musuhnya.

Dan hanya mendapati lelaki ini yang mendera Alya dan membunuh anaknya. Sebenarnya, dia sudah tahu. Cuma katanya mahu Arris berusaha sendiri.

Dari mula mereka mendapatkan lelaki itu, dari mula lah apabila di tanya lelaki itu langsung tidak membuka mulut. Walaupun sudah diseksa, tetap tidak memberitahu siapa yang menghantarnya.

"Aku tanya ni bodoh. Siapa hantar kau?!!"

Arris menekan sedikit hujung pisaunya dileher lelaki itu. Keadaan lelaki itu masih sama. Dia hanya memejam mata dengan rapat. Tubuhnya nampak terketar-ketar.

"Kalau kau bagitahu siapa hantar kau, aku tak teragak-agak nak lepaskan kau." Ugut Arris. Terus lelaki itu membuka matanya.

"B- be- betul... ke?" Kata lelaki itu seperti tidak percaya apa yang dikatakan Arris.

"Buat apa aku nak tipu. Baik kau bagitahu aku. Siapa hantar kau. Ni soalan terakhir dari aku." Balas Arris. Katanya itu semua hanyalah dusta. Cuma, hanya dengan reaksi wajahnya saja yang membuatkan orang terpedaya.

"O- ok, ok. Aku s- sebenarnya orang suruhan Cuore Oscuro yang dihantar sendiri oleh Uno. Dia dah bekerja sama dengan syarikat Mexico. Lepas tu, syarikat terbesar Thailand minta tolong dia untuk ambil semua duit saham kau sebab kau tolak tawaran dia untuk gabungkan saham."

"Lepas tu, diorang bertiga dah bersatu dan rancang untuk bunuh dan rampas syarikat kau." Kata lelaki itu jujur.

Arris hanya tersenyum sinis mendengarkan itu.

"Ok. Terima kasih untuk itu." Balas Arris dengan muka yang penuh penipuan itu. Tidak sempat dia mahu keluar dari bilik itu, lelaki tadi memanggilnya semula.

"Hey. Kata nak lepaskan aku."

Arris terus terhenti dari langkahnya. Memusing kebelakang menghadap lelaki itu. Spao yang berada di muka pintu itu Arris memberikan isyarat kepadanya.

Serta-merta, Spao pun mengangguk seperti menerima satu arahan. Dia pun melangkah ke arah lelaki itu dengan satu beg guni kecil yang muat-muat mukanya.

"Kau jangan risau. Aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Aku tutup mata kau sebab tak nak kau tau tempat ni."

Kata Spao, sebelum dia menutup seluruh kepala dan muka lelaki itu. Spao menarik lelaki itu bangun dan membawanya dalam keadaan mengheret. Dia mengheret lelaki itu sehingga di satu bilik yang tidak jauh dari situ. Buka saja pintu bilik itu, dia mencampakkan lelaki itu dihadapan Alya yang berada di tengah halaman sambil duduk dan menyilangkan kakinya.

Kemudian, Alya menjatuhkan kakinya dan mendekatkan badannya dihadapan lelaki itu. Lalu, dia terus mencabut kasar guni yang menutup seluruh kepala dan muka lelaki itu.

Dengan lebam yang teruk, mata disebelah kiri sudah sepet dek kerana ditumbuk. Tambahan pula beberapa luka di dahi, pipi dan juga leher. Itu baru wajahnya. Badan? Mesti sudah ada yang patah. Lelaki itu diseksa oleh Arris. Dan Spao.

"You did it well, Spao." Kata Alya kepada Spao. Spao hanya mengangguk. Kemudian, dia melangkah ke belakang untuk memberi ruang kepada Alya untuk menyelesaikan lelaki itu.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now