Bab 58

162 8 0
                                    

"Macam ni. Aku adalah orang suruhan musuh suami kau. Paling tepat lagi, perempuan yang nama dia Valen tak silap aku, dia kenal ketua aku."

Alya terus menekup mulutnya. Valen kenal?

"Dia bersubahat dengan Uno. Bebola emas dalam perut aku ni adalah salah satu cara untuk hapuskan nama keluarga kau. Selamanya. Uno dapat ambil bebola ni. Macam mana pun aku tak tahu. Dan sekarang ni, aku nak kau ambil bebola emas ni dan bagitahu suami kau. Umpan Uno dengan semua yang dia bersubahat dan arahkan pada Segitiga Bermuda."

Alya hanya peka mendengarkan lelaki itu menerangkan kepadanya.

"Tapi, kenapa mesti Segitiga Bermuda? Kenapa tak buang je. Atau pun, hapuskan ke." Tanya Alya.

"Tak boleh. Kalau buang, mesti pekerja dekat perkarangan sampah akan jumpa. Kenapa Segitiga Bermuda? Sebab bebola emas ni ada sumpahan. Sumpahan apa tu aku tak tahu. Kau tanya suami kau. Yang aku tahu, sumpahan ni memang akan lenyap dalam Segitiga Bermuda." Jawab lelaki itu.

Tiba-tiba dia terbatuk. Dalam masa yang sama, luka pada perutnya mengalirkan darah.

"Kau tak boleh buang masa. Ambil pistol ni, tembak aku." Lelaki itu menyerahkan pistol di tangannya kepada Alya.

"T- tak. Tak boleh. Kenapa aku kena buat macam tu?" Alya menolak.

"Situasi akan datang sama je weh. Aku akan mati dekat tangan dia jugak. Sebelum lebih teruk, baik aku mati sekarang. Kalau kau tak nak, biar aku buat sendiri."

"Nanti!"

Alya terus memberhentikan kelakuan lelaki itu yang mahu menembak dirinya. Kemudian, Alya pun mengambil dengan terpaksa pistol ditangan lelaki itu.

Dia berfikir. Mungkin lelaki ini akan diseksa oleh ketuanya kalau ketuanya dapat tahu mengenai hal ini. Dan dia juga berfikir... Oh tidak. Dia tak dapat berfikir lagi.

"Tak apa. Aku rela mati dalam tangan kau. Anggap lah ni balasan untuk aku. Bebola emas tu mungkin sekitar perut atau usus aku. Ada dua bebola. Kau cari sampai dapat dan pulangkan dekat suami kau." Lelaki itu berusaha memberi Alya semangat. Tetapi, sebenarnya Alya sangat simpati.

"Tapi, macam mana aku nak bagi dekat suami aku kalau dia dah tak ada. Suami aku dah meninggal weh. Ni. Ni adalah hadiah terakhir dia untuk aku." Alya memegang perutnya. Lelaki dihadapannya itu hanya memandang.

"Suami kau dah mati? Chris dah tak ada? Kenapa aku tak tahu?" Lelaki itu pun tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Alya hanya mengangguk.

"Tak apa. Kau bagi dekat Carl. Bagi dia yang uruskan." Kata lelaki itu. Alya hanya memandang kebawah dengan wajahnya yang menyimpan perasaan sedih.

"Tolong... Aku harapkan kau. Please."

Lelaki itu memegang pistol di tangan Alya. Hati Alya masih takut-takut mahu membunuh lelaki dia hadapannya ini. Dia baik. Dia sanggup memberitahu tentang kejadian keluarganya.

Perlahan-lahan, Alya mengangkat pistol itu. Dia mengacukan di kepala lelaki itu. Tangan tergetar-getar. Hati masih rasa simpati pada lelaki dihadapan ini.

"Aku Yuda. Aku pasti kau akan tahu siapa ketua aku. Kalau dia tanya, sebut nama aku. Dan kata aku dah mati." Kata lelaki yang bernama Yuda itu. Dia tersenyum kelat.

Bang!

Alya melepaskan tembakan itu tepat pada dahi Yuda. Dia melihat Yuda yang sudah terbaring di lantai dengan matanya terbuka. Alya mendekati Yuda. Perlahan-lahan dia menutup mata lelaki itu dengan berlapikkan selimut.

Tanpa membuang masa, Alya terus membuka baju Yuda dimana arahan yang dibagi oleh Yuda untuk mencari bebola emas di dalam perutnya.

Selimut tadi diambil. Lalu, luka pada perut Yuda itu Alya terus merobeknya dengan besar. Percikan darah terkena pada muka dan bajunya. Alya berhenti seketika. Nafasnya terasa mengah.

Kemudian, dia menyambung merobek isi perut Yuda dengan dalam. Sampai saja pada usus, dia menarik usus itu keluar. Panjang. Usus yang panjang itu dikeluarkan.

Alya mula mencari bebola emas itu dari mula usus sehingga ke hujung usus itu. Tangannya sudah dipenuhi dengan darah segar itu. Dan dibeberapa tempat, ada darah yang sudah kering pada kulitnya.

Tiada.

Bebola emas itu tiada pada usus. Kemudian dia beralih pula pada perut yang terletak di atas usus. Dia mengorek, mengorek dan mengorek. Sudah sampai ke siku tangannya mengorek badan Yuda itu.

Dapat saja perut itu, Alya menghancurkan perut itu dan mula meraba sedikit jikalau ada terasa dua biji benda bulat.

Selepas beberapa saat, satu benda keras mula terasa. Dan Alya pun mengeluarkan benda itu. Selimut di tepi dicapai dan mengelap benda itu. Dan ternyata, itu adalah bebola emas.

Dapat satu, Alya mencari lagi. Dan, ya. Dia dapat lagi. Alya hanya membersihkan bebola emas itu dengam selimut disebelahnya saja.

Mata Alya melilau sekeliling di tempat sempit itu. Dan dia tertancap pada satu kain buruk yang berada pada poket seluar mayat Yuda. Dia mengambil kain tu dan meletakkan bebola emas itu di dalam kain. Lalu, dia memasukkan kain berisikan bebola emas itu ke dalam poket seluarnya.

Untuk tidak rasa ketakutan, dengan gagah dan tenaga yang masih tersisa, Alya menarik mayat Yuda itu keluar. Dia meletakkan mayat itu di dalam semak yang berdekatan. Habis tempat dan ruangnya telah dipenuhi dengan darah.

Tidak lupa juga dengan baju dan seluarnya turut terkena dengan darah itu.

Alya pun kembali ke tempat dia tadi. Sedang dia leka merehatkan badan, dia ternampak satu bayang di ekor mata kirinya. Apabila dia beralih, bayang-bayang itu tiada.

SAP!

Satu benda hitam lalu dihadapan mata Alya. Laju. Seperti turbo.

Dia sudah rasa tidak sedap hati. Baru saja dia mahu menarik selimut yang penuh dengan darah itu, tiba-tiba ada satu makhluk yang menarik selimut itu bertentangan arah.

Alya semakin takut. Bayang-bayang hitam itu mula bergerak laju seperti Boboiboy halilintar.

Untuk mengurungkan rasa takut, dia mengesot dengan perlahan ke arah hujung sudut dan memeluk dirinya. Jantung mula berdegup laju. Peluh juga mula membasahi badan. Terketar-ketar badannya saat ini.

Tiba-tiba, satu bayangan hitam itu berjalan ke arahnya. Alya tidak tahu ingin buat apa. Dia pun menutup mukanya dengan lengan.

Lama-kelamaan, dia terasa seperti ada orang menyucuk pada lehernya. Baru saja dia nak membuka mata, matanya menjadi kabur dan berat.

Satu susuk tubuh dihadapannya tidak dapat di diagnosis dengan tepat. Dan perlahan-lahan, matanya mula tertutup rapat.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now