Bab 36

250 10 0
                                    

Dengar saja negara itu, Arris sudah pasti seratus peratus yang itu adalah syarikat saham terbesar Thailand yang berurusan pada hari itu. Terus mood nya bertukar tiga ratus sembilan puluh darjah.

Arris kembali ke ruang tamu. Mereka yang perasan akan kelakuan Arris sudah berubah, terus diam. Sunyi suasana.

Kemudian, Arris terus melabuhkan punggungnya di sebelah Alya dan terus memeluk isterinya sambil menyorokkan mukanya dibalik leher itu. Alya yang terkejut dengan tindakan suaminya hanya membiar saja.

Yang lain sudah memandang sesama sendiri.

"Kenapa dengan dia?" Bisik Aidan kepada Alya. Alya hanya mengangkat kedua bahunya tanda dia juga tidak tahu.

Tiba-tiba Arris melepaskan pelukan itu dan menegakkan badannya ketika duduk. Suasana tadi masih sunyi. Masih tertanya-tanya dikepala.

"Aku nak korang tolong aku." Kata Arris. Dia memandang mereka semua.

"Tolong apa?" Tanya Aaron. Di antara mereka berlapan, dia yang menanyakan dahulu.

"Saham aku kena curi."

"Tak perlu bagitahu. Aku tahu siapa." Kata Shawn selepas sesaat Arris berkata.

"Yang Tahi tu ke?" Teka Spao. Jarinya menunjuk-nunjuk untuk mengatakan yang dia betul.

"Thai lah, Spao." Kata Valen membetulkan tatabahasa Spao sambil tergelak. Habis terus mereka menghemburkan tawa.

"Apa babi kau tahikan negara orang. Itulah, lain kali belajar tu jangan banyak main. Kan dah bodoh. Otak pun terikut sama. Biul tak bertempat." Bidas Arris. Selamba mulut dia je. Sudahlah tak ada insurance.

"Tak baik. HAHAHAHA!" Gelak Aireen. Dia terhibur dengan ayat Arris yang melepas ke Spao.

"Kau... jahat sia. Shawn. Tengok anjing kau tu..." Adu Spao kepada Shawn.

"Masalah aku ke masalah kau." Shawn memandang Spao dengan riak muka tidak bersalah. Muka Spao kembali malas melayan. Dia pun menjeling Shawn.

"Dah, dah. Sekarang ni kau nak kitorang buat apa?" Kata Aaron yang memberhentikan perbualan mereka.

"Aku rancang aku nak flight ke sana. Kau tahu kan, duit yang dia ambil tu bukannya letak dalam bank." Kata Arris. Mereka kembali sunyi dan keadaan bertukar serius.

"Tau. Dalam peti besi dia." Balas Aaron

"Apa kebangangnya letak duit dalam besi. Cam sial je pangai." Kata Alya perlahan. Dia tidak sedar yang dia terlepas berkata. Selepas mereka memandangnya, terus dia menekup mulut sendiri. Agak terkejut juga dengan Alya yang tiba-tiba kata sebegitu.

"HAHAHAHA! Betul Alya, betul!" Kata Aireen sambil menepuk tangannya.

"Tapi kan, aku nak sorang perempuan ikut untuk menyamar jadi pengurus penjaga peti tu." Arris mula merubah topik ke rancangan tadi.

Mereka semua pun memandang Ariana yang sedang leka bermain dengan Ace dan Alley. Apabila dia terasa ada yang memerhati, terus mengalihkan pandangannya ke arah orang yang memandangnya.

"Apa? Kau ingat aku faham bahasa Thai ke? Lagipun kerja aku belambak. Nak kena uruskan semua sekolah. Sekolah rendah, sekolah menengah." Kata Ariana. Walaupun dia ralit bermain dengan anak buahnya, telinganya dengar saja perbualan mereka.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now