Tanpa membuang masa, Arris terus pergi ke hadapan Zeno. Zeno hanya mengangkat keningnya sebagai tanda tanya.

                     "Aku tumpang belakang mantel kau." Kata Arris. Baru saja dia mahu serbu masuk ke belakang Zeno, Zeno dengan pantas menolak Arris.

                      "Tolong lah weh. Aku nak sorok. Aku pun nak tengok apa yang jadi." Arris mendakap kedua telapak tangannya dan memuncungkan sedikit bibirnya.

Zeno di situ hanya pandang tanpa rasa apa-apa.

                    "Bleh, bleh, bleh." Ajuk Arris.

                    "Please. Jangan sebut ayat tu." Kata Zeno seakan marah.

                     "Biar lah. Bukan ke semua vampire cakap macam tu." Balas Arris seperti mahu tergelak.

                      "Aku tak suka." Ringkas Zeno menjawab.

                      "Lagi bagus kalau aku yang ajuk tahu. Kalau bini aku memang dah teruk kau kena nganjing dengan dia." Kata Arris.

                     "Aku lagi suka bini kau. Patut pun Ivan suka. Dah lah, bagi je dia dekat Ivan. Hidup dengan kau memang tak akan aman." Bidas Zeno.

Baru saja Arris nak membalas balik, Ivan sempat memotong.

                      "Cepat gila! Tak lama dah bini kau nak datang!"

Dengan pantas, Zeno membuka mantel belakang Kai dan terus menyumbat Arris di belakang Kai itu. Kai yang terkejut terus memandang Zeno dengan tanda tanya.

Aaron dan Ivan pun mengambil tempat mereka. Berbuat seperti tiada apa. Shawn, Spao dan Aidan yang tidak jadi tidur kerana bermain permainan video pun menutup telefon mereka. Zeno dan Kai hanya berdiri.

Terpaksa lah Kai menyembunyikan Arris walau terpaksa. Vampire kan. Walau mantel mereka hanya sehelai kain, tetapi boleh menjadi tempat seseorang sorok. Dan mantel itu langsung tidak menampakkan orang.

                     "Arris macam mana abang? Apa dah jadi?" Tanya Valen selepas dia sampai di tempat menunggu itu.

                     "Abang tak boleh nak bagitahu sekarang. Kita tengok dulu keadaan dia nanti." Kata Aaron. Segala perancangan Arris, masih lancar setakat ini.

Kemudian, Valen pun mula duduk di kerusi sebelah Aaron bersama Alley. Ace pula pergi ke Aaron dan Aaron mengangkatnya di atas riba.

Arris yang berada di balik mantel Kai hanya tengok saja keadaan Alya. Alya yang masih menangis ke bahu Asya itu membuatkan rasa bersalah muncul pada dirinya.

Selepas beberapa jam menunggu, akhirnya dua orang doktor membuka pintu kecemasan.

                    "Apahal lah jantan ni suruh doktor keluar pukul dua pagi. Menyusahkan betul." Kata Ivan sendiri.

Sebelum Arris keluar, dia ada bagitahu kepada doktor untuk keluar pada dua pagi. Dan tak sangka dua pagi sangat lama. Shawn, Spao dan Aidan sudah tidur. Tak malu betul. Dah lah tidur terkangkang. Tambah pula lingtang-pukang macam tu.

Selepas doktor terangkan keadaan Arris, Alya seakan tidak percaya. Dia pun menyuruh doktor itu ulang kembali ayatnya.

                    "Pesakit kami, Arris Chris, tidak dapat diselamatkan. Saya diberitahu yang puan adalah isterinya. Puan boleh mengisi borang kematian di kaunter sana, ya. Terima kasih, saya pergi dulu. Mayatnya nanti pihak kami akan uruskan." Kata doktor itu. Dia pun kembali masuk ke ruangan kecemasan itu.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now